CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akim Ahmad Anggap Isu Dengan Model Vietnam Selesai

9-3-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3640| Komen: 13

Sebelum ini, nama penyanyi dan penulis lagu, Akim Ahmad menjadi perbualan selepas band yang dianggotainya, Akim & The Majistret terpalit dengan satu kontroversi bersama model berketurunan Jerman-Vietnam yang dikenali sebagai Jade Yanh.


Segalanya bermula selapas wanita terbabit meluahkan rasa kecewa apabila lakonannya dalam muzik video (MV) Rampas telah dikeluarkan.

Akim bagaimanapun mendedahkan, dia telah menganggap isu tersebut selesai meskipun tiada permohonan maaf secara peribadi dibuat oleh Jade.

Foto: IG


“Dia minta maaf pun secara terbuka. Tapi saya tak kisah pun. Saya pun takdelah berkeras nak dia mintak maaf pada saya.

“Pada saya mungkin dia tidak faham situasi dalaman yang berlaku sewaktu pembikinan muzik video tersebut. Tapi pada saya itu hanyalah miss communication,” katanya kepada MH.

Jelas suami kepada penyanyi, Stacy Anam itu lagi, pada ketika itu dia tidak berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan namun dia berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai situasi sebenar.

Katanya lagi, isu ini menjadi bertambah hangat apabila nama isterinya turut terpalit sama.



“Pada masa sama, info yang dia berikan tu salah dan tak tepat. Pada saya ini bukan isu siapa salah atau betul, cuma pihak produksi kene lebih berhati-hati untuk menyampaikan info agar tidak menimbulkan fitnah atau kemarahan.

“Dia mencabar harga diri isteri saya. Ini bukan soal isteri saya jealous atau tidak. Tapi kalau dia jealous sekali pun itu hak dia. Tapi ini bukan soal isu jealous cuma situasi lagu dan muzik video tu jauh bercanggah,” katanya lagi.

Penyanyi lagu Bengang ini berkata sedemikian sesi rakaman program MHthrowback, baru-baru ini.



Sementara itu, bapa kepada dua orang anak ini turut berpendapat sebagai seorang yang profesional, kita hendaklah memahami dan mengetahui bidang kuasa sewaktu bekerja.

“Isu ini sebenarnya tak patut dibangkitkan. Mungkin wanita tersebut tak tahu perkara sebenar. Mungkin itu yang buat dia frust. Tapi pada saya, sebagai seorang yang profesional kita kena tahu posisi kita.



“Pada saya ilmu itu penting. Kita kena tahu skop kerja kita. Dalam apa juga bidang yang kita lalui, kita kena tahu kita punya kuasa. Saya ada hak untuk keluarkan scene.

“Apa saya punya keputusan, perkara tu tak sepatutnya diberi tahu kepada pihak lain. Kalau nak ikutkan banyak lagi pelakon Hollywood yang scene dia dikeluarkan,” akhirinya. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 9-3-2021 12:57 PM
akim nmpk lg perempuan dri stacy
Quote Kurex 9-3-2021 02:56 PM
Stacy ni tak reti jaga penampilan suami ke? Dua2 busuk
Quote rayna_raynes 9-3-2021 04:07 PM
Kurex replied at 9-3-2021 02:56 PM
Stacy ni tak reti jaga penampilan suami ke? Dua2 busuk

takut lakinya dicaras kot. sama mcm bini hafiz kemain cantik, lakinya dibiar serabai. dua2 (akim dgn hafiz) duit berkepuk. takut disondol babi agaknya

Quote Carcosa 9-3-2021 09:21 PM
Kepamnyaaaa gambar yg 1st tuuuuu
Dah mcm budak duduk hutan
Quote nordin84 9-3-2021 10:52 PM
rayna_raynes replied at 9-3-2021 04:07 PM
takut lakinya dicaras kot. sama mcm bini hafiz kemain cantik, lakinya dibiar serabai. dua2 (akim d ...

kannnn.. hazama pun kepam.. mgkin mengelakkan laki dicaras..
btw, syg betul akim kat bini dia.. ms tgk interview melodi pun pegang tgn dan statement dia bg elok straight kat semua media.. huntungla stacy
Quote syakuntala 10-3-2021 01:24 PM
bertuah stacy
Quote kembarsiti 10-3-2021 02:24 PM
Untung stacy. Tgok IG akim aritu bnyk gmbr stacy sorg. Obses akim ngn bini die. Slalu puji stacy cantik stacy tongkat pipi pun cantik etc bla bla
Quote Zaien 11-3-2021 02:51 AM
Suka tgk akim ni bila layan stacy..
Ingat lgi prank call akim buat dedulu..
Before kwen kot prank call tu..
Acah2 kena pgg dgn loan shark ke ape minx stacy bw duit.. gelabah okay si stacy hahahahaha
Quote blopblop 16-3-2021 01:16 AM
Tahpape je model tu , lol
Quote ayukpingu 16-3-2021 10:22 AM
benda yang lepas jangan dikenang
Quote lattehazelnut 16-3-2021 04:59 PM
rayna_raynes replied at 9-3-2021 04:07 PM
takut lakinya dicaras kot. sama mcm bini hafiz kemain cantik, lakinya dibiar serabai. dua2 (akim d ...

Xdenye.. yang curang sekarang pun ramai lelaki gemuk pendek xhensem.. cuma berduit je la..
Quote gideoncross 16-3-2021 05:47 PM
lattehazelnut replied at 16-3-2021 04:59 PM
Xdenye.. yang curang sekarang pun ramai lelaki gemuk pendek xhensem.. cuma berduit je la..

Yg gemuk & busuk mmg prasan hensem pdahal busuk xsdar diri.
Quote kucim 28-3-2021 09:12 PM
Yg gemok ya suka curang?ha ha...yg handsome pun ramai....jgn tak tahu..hobi mereka mengetes wanita cun dan cute

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.100938 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top