CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

#Ibutakrestu Cetus Spekulasi, Perkahwinan Hannah Delisha Tak Direstui Ibu?

9-3-2021 12:06 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 168143| Komen: 1164|Original author: Oleh: Saiful

Tak sampai sebulan, ada pula cerita kurang enak tentang Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah.

"Perkahwinan mereka tidak mendapat restu si ibu. Itu saja yang saya boleh beritahu. Selebihnya, tanyalah tuan badan," kata sumber seperti yang dipetik melalui mStar Online.


Tambah menguatkan spekulasi, terdapat luahan kata-kata puitis ibu aktres berkenaan, Noor Ashikin Ahmad di Instagram.

Foto: IG

Bukan itu sahaja terdapat tanda pagar #IbuTidakRestu pada pengakhiran bait-bait kata ditulisnya.

Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangga mereka didirikan tanpa pengetahuan si ibu.

Menerusi perkongsian tersebut, Ashikin menceritakan situasi kehidupan ranjau dan duti yang ditempuh bersama anaknya dari kecil sehingga kini.



Dia juga menulis mengenai sebuah perkahwinan seorang wanita dengan mualaf yang berakhir dengan perpisahan ketika si anak masih kecil.

Si ibu sanggup berbanting tulang dan berkorban apa saja demi membesarkan si anak namun bila da dewasa dan mula bercinta seterusnya berumah tangga, si ibu terpaksa membawa diri dengan segala tohmahan bersilih ganti.

Buat pengetahuan Ashikin merupakan seorang penyanyi Singapura era 80-an dan berkahwin dengan bapa Hannah, Peter Blackburne Birch yang berasal dari England.



Sementara itu, apabila diminta memberi penjelasan, Ashikin enggan mengulas lanjut.

"Ya saya ibu kandungnya, dan itu benar Instagram saya. Maaf saya tidak mahu komen tentang itu, boleh rujuk di Instagram dan Facebook saya."

Sama-sama kita nantikan penjelasan dari Hannah Delisha. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 9-3-2021 11:29 AM
Nyampah dengan spesis mak pak yg sikit2 tak restu anak nak kawen dgn pilihan hati.. Fefeling entitled sgt ke camne? Doakan yg baik2 je la.
Quote teky 9-3-2021 11:31 AM
mak nye nak kenen ngan pak jerung kahh?? ker org yestana??
Quote cheergirlz 9-3-2021 11:32 AM
pulak dah...
Quote MadameOnion 9-3-2021 11:34 AM
acah2 nak mengikuti jejak langkah mamazat...nak anak kawin kerabat kot
Quote ais_kosong 9-3-2021 11:34 AM
makneng replied at 9-3-2021 11:29 AM
Nyampah dengan spesis mak pak yg sikit2 tak restu anak nak kawen dgn pilihan hati.. Fefeling entitle ...

Setuju.. asalkan bukan bewak. Kenapa nak halang.
Quote cicicumel 9-3-2021 11:34 AM
sejenis mak retis singapore Sufi AF kah?

btw mak HD pakai purdah ke?
Quote Lailerthee 9-3-2021 11:35 AM
Mak2 dr seberang ni mmg suka merempan pasal anak dekat social media ke ea
Quote Redmyvi 9-3-2021 11:36 AM
tak restu ka ? sian hannah.. hopefully everything turn out well
Quote kualibesi 9-3-2021 11:36 AM
pebenda ntahhhh mak pak gini. anak tu kemainnnnn lagi jaga privacy, elok2 xde wild gossip, terus ad wild gossip.
Quote JibboTheCat 9-3-2021 11:37 AM
Laa tak restu pulak dah. Hannah ni org singapore ke?
Quote haylie 9-3-2021 11:37 AM
Nyampah meols kalau mak pak retis jenis merempan di social media..lebih2 lagi kalau anak jenis low profile cam hannah
Quote dua_chzy 9-3-2021 11:37 AM
Owh no...Kesian...
Quote missmeornot 9-3-2021 11:38 AM
Haiyooo mak hd nak nasib hd jadi cam lopa ke. Restu je la. Deols dah kawin pun lgpun kan dorang yg nak hidup sesama. Meols harap cite ni xbetul la. Sian hd
Quote kakakgarang 9-3-2021 11:42 AM
Jangan tetiba maknya seperti mak sufi... rantai luar tudung.. tiberrrr.


Quote lolipopbiru 9-3-2021 11:45 AM
menunjukkan tiada manusia sempurna kehidupannya. nampak hannah mcm perfect dan ramai puji dia sejak bertudung kemudian bernikah tapi rupanya ada kisah sebaliknya
Quote Geeayden 9-3-2021 11:45 AM
Suka benar canang kat socmed. Dah selamat bernikah, restu ajelah. Maknya ke yg pakai purdah tu.
Quote berrygurl 9-3-2021 11:51 AM
Edited by berrygurl at 9-3-2021 11:52 AM

yg penting wali restu..kadang ada mak yg over memilih.. yg nak hidup diaorg..betul atau salah tu pilihan diaorg sendiri..lagi satu Allah yg dah tentukan..kalau mak nak suruh anak kawin dgn pilihan dia..dia kawin dgn lelaki tu sendiri..berapa ramai je kawin pilihan keluarga bercerai berai gak..kalau x bercerai berai..bertahan sebab family tapi masing ada kehidupan sendiri..ada couple sendiri

Lagi satu dah tau anak tu ramai org kenal xyah la nak citer masalah rumahtangga mengadu domba kat media sosial..dah tua buat cara tua..grow up  esok kalu netizen masuk campo meroyan salahkan netizen mcm satu family tu..pls la
Quote BarbiePink 9-3-2021 11:51 AM
Nak tau gak sapa ler pemangil lahanat tu
Tetiba canang cerita mbusukan kn hana
Org tak tahu jadi tau lak
Smpai wartawan buat kerja
Korek smpai tau ig mak nya
Aduhai kesian dekat hana
Kemain dier jga privasi
Orang laen pulak buat taie
Mak dier pun siap buat hastag bagai.dh kenapa?
Pelik iols delulu selalu dengar anak malukn mak
Skrg ni dh terbalik satu2 dengar mak malukan anak pulak dh.benciiiiii
Betul lh patut mak2 yg dh kertu ni
tak yah ada ig,fb bagai semua kelaut
Acah2 retis,malukan anak sediri
Macam tak ada akai pulak...


Quote kaoru44 9-3-2021 11:52 AM
Ala...doa kan baik2 la..jdnya akad nikah tu bmakna mmg jodoh mereka..hd pun dh kenal lama suami dia tu..jgn la kluar2 cter xbest mcm ni..

Lihat semua komen(1164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.112007 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top