CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Udara Segar Dijual Dalam Botol, Harga Cecah RM450 Sebotol

8-3-2021 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2204| Komen: 6

Description: Sebuah syarikat di England menjual udara segar dengan harga 75 pound sterling atau RM450 yang diisi dalam botol.
Sebuah syarikat di England menjual udara segar dengan harga 75 pound sterling atau RM450 yang diisi dalam botol.

Udara itu dikatakan diambil dari sebuah pantai yang paling segar!


Syarikat itu menjual botol mengandungi udara itu agar orang-orang yang tinggal di kawasan yang udaranya tercemar boleh kembali menghirup udara segar dan bersih.

Meskipun ia kedengaran pelik, namun dilaporkan botol udara itu mendapat permintaan tinggi dan ramai mendakwa menghirup udara segar yang dijual dapat membantu melawan kesan bahaya pencemaran udara.


Foto: mStar

"Setiap botol yang menyimpan udara segar adalah dari sebuah pantai yang tidak tercemar daripada pembangunan dan manusia membuatkan ia cukup segar.


"Lokasinya juga sukar dikunjungi pelancong dan ia membuatkan udara dalam botol ini sangat berharga dan berkualiti," tulis keterangan dalam laman web syarikat itu.

Tidak hanya menjual udara, laman web itu turut memberi panduan terbaik untuk menghirup udara dalam botol tersebut.

Untuk mendapat hasil terbaik, seseorang perlu mencari tempat yang tenang, membersihkan lubang hidung serta bernafas daripada diafragma dan bukannya dada.

Selepas menarik nafas, mereka diminta menutup kembali botol itu agar udara didalamnya tidak keluar.

Sebelum ini ada sebuah syarikat lain yang turut menjual udara daripada pergunungan Swiss dan dijual dengan harga RM650 sebotol. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 8-3-2021 01:00 PM
Wow, imaginasi Dr Seuss dlm animasi The Lorax dah jadi realiti....nampaknya mmg btol udara segar bleh dijual.....hahahahahha
Quote Scheherazade 8-3-2021 01:08 PM
Rasa mcm dah penah baca thread ni sblm ni, kt CI ke mana ntah.
Quote R2D2 8-3-2021 01:32 PM
dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1240933
Quote Adrif 8-3-2021 02:35 PM
teringat tengok citer ninja turtle

hero bandar tiup belon pastu jual,
peminat beli sebab nak bau nafas hero
Quote kasibiman 8-3-2021 03:05 PM
Scheherazade replied at 8-3-2021 01:08 PM
Rasa mcm dah penah baca thread ni sblm ni, kt CI ke mana ntah.

cinapek tanah besar tiongkok dah buat dulu jaman beijing smog gila2...
Quote Perawankota 8-3-2021 08:21 PM
Dalam doraemon pon ada episod tin udara dari tempat pwrcutian, hawai la apa lah.. Teringat lak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.044695 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top