View: 1193|Reply: 6
|
Udara Segar Dijual Dalam Botol, Harga Cecah RM450 Sebotol
[Copy link]
|
|
Sebuah syarikat di England menjual udara segar dengan harga 75 pound sterling atau RM450 yang diisi dalam botol.
Udara itu dikatakan diambil dari sebuah pantai yang paling segar!
Syarikat itu menjual botol mengandungi udara itu agar orang-orang yang tinggal di kawasan yang udaranya tercemar boleh kembali menghirup udara segar dan bersih.
Meskipun ia kedengaran pelik, namun dilaporkan botol udara itu mendapat permintaan tinggi dan ramai mendakwa menghirup udara segar yang dijual dapat membantu melawan kesan bahaya pencemaran udara.
Foto: mStar
"Setiap botol yang menyimpan udara segar adalah dari sebuah pantai yang tidak tercemar daripada pembangunan dan manusia membuatkan ia cukup segar.
"Lokasinya juga sukar dikunjungi pelancong dan ia membuatkan udara dalam botol ini sangat berharga dan berkualiti," tulis keterangan dalam laman web syarikat itu.
Tidak hanya menjual udara, laman web itu turut memberi panduan terbaik untuk menghirup udara dalam botol tersebut.
Untuk mendapat hasil terbaik, seseorang perlu mencari tempat yang tenang, membersihkan lubang hidung serta bernafas daripada diafragma dan bukannya dada.
Selepas menarik nafas, mereka diminta menutup kembali botol itu agar udara didalamnya tidak keluar.
Sebelum ini ada sebuah syarikat lain yang turut menjual udara daripada pergunungan Swiss dan dijual dengan harga RM650 sebotol. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wow, imaginasi Dr Seuss dlm animasi The Lorax dah jadi realiti....nampaknya mmg btol udara segar bleh dijual.....hahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mcm dah penah baca thread ni sblm ni, kt CI ke mana ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat tengok citer ninja turtle
hero bandar tiup belon pastu jual,
peminat beli sebab nak bau nafas hero |
|
|
|
|
|
|
|
cinapek tanah besar tiongkok dah buat dulu jaman beijing smog gila2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam doraemon pon ada episod tin udara dari tempat pwrcutian, hawai la apa lah.. Teringat lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|