CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Pak Guard' Makan Nasi Kosong Kuah Air Masak Berlaukkan Bawang Undang Sebak

8-3-2021 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8012| Komen: 43

Seorang pengguna Facebook, Apit Lid berkongsi dua foto yang membuatkan netizen ‘sebak’ apabila melihat menu harian seorang pengawal keselamatan dari Nepal.

Jika dilihat, pengawal keselamatan itu hanya memakan nasi kosong bersama air masak sebagai kuah selain hanya berlaukkan potongan bawang merah dan bawang putih. 




Tambahnya, pengawal keselamatan itu menanggung ibu bapanya dan adik-beradik lain.

Kata Apit, dia kagum melihat kesungguhan pengawal keselamatan itu yang sanggup makan ‘menu’ sedemikian yang mungkin tidak boleh ditelan orang lain. 

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan pekerja paling rajin berbanding pekerja lain.


Kredit foto: FB Apit


Apabila ditanya, dia mendedahkan setiap bulan hanya membelanjakan RM100 bagi menampung segala keperluan hariannya. 

Manakala, bakinya akan dihantar kepada keluarga yang sabar menanti gaji setiap bulan yang diterimanya.


Sumber: OhBulan
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 8-3-2021 08:41 AM
Ya Allah kesiannya
semoga Allah kurniakan dia rezeki yg melimpah ruah
serta dipermudahkan segala urusan
Quote exclusive_vvip 8-3-2021 08:42 AM
pastu, si apit x berapa cerdik ni tlg belanja pak gad Nepal ni makan..pak gad Nepal simpan duit..come on la nak impress pun..paling2 koman pak gad ni leh je masak vegetable curry..mmg makanan diorg kan..sorry, i mmg x impress ngan citer ni..ada member iols,suami keje pak gad gak..gaji 2k..tu org local yg nak kena bayar duit moto,umah,komitmen bulanan..still mampu makan proper..(sapa nak kecam iols sbb tak ber’empati’ dgn citer ni, silakan lah)..
Quote nurul_akmar 8-3-2021 08:44 AM
Keluarga dia pon.. kalau gaji dia rm1.5k.. n dia amek rm500 utk sewa, mkn, bil2, pengangkutan sume, meaning dia hntr 1k ke kampung, which i think sgttttt bykkk..
Quote otai_g 8-3-2021 08:59 AM
Org tempatan pun bnyk yg susah kalo nak tau. Cuma x viral je lah. At least lak gad ni bleh mkn nasi.

Ada rakyat tmptn yg nasi pun x ada. Ari2 mkn megi. X sempat nak rs tua.
Quote Belibis 8-3-2021 09:05 AM
exclusive_vvip: pastu, si apit x berapa cerdik ni tlg belanja pak gad Nepal ni makan..pak gad Nepal simpan duit..come on la nak impress pun..paling2 koman pak gad ni  ...

Stendet la sis.nepal,bangla yang datang sini memang makan bercatu untuk tahun pertama kerja.kos gedebuk gedebak kena bayar balik dalam 10k rm.ada yang jual tanah.lepas 10 tahun,balik sana dah jauh senang berbanding kita rakyat mesia.
Quote Nana_Man 8-3-2021 09:06 AM
Dia penat2 keje. Mkn pun nasi ngan bawang je. Tapi kt nepal, family senang lenang. Sama mcm maid2 indon. Dpt gaji semua antar kt kampung. Tup tup dpt tau laki kawin baru. Keje penat2 savings pun takde.
Quote umbut 8-3-2021 09:07 AM
exclusive_vvip replied at 8-3-2021 08:42 AM
pastu, si apit x berapa cerdik ni tlg belanja pak gad Nepal ni makan..pak gad Nepal simpan duit..com ...

Betul.. semua difikiran ko dah tulis.. no simpati.. dah memang selera camtu.. duit gaji simpan..kita kena bayar macam2
Quote coco 8-3-2021 09:30 AM
mungkin kot tu makanan dia.  bawang sekarang mahal kot....
Quote tagas 8-3-2021 09:31 AM
Teringat 2 dekad lepas nyer citer

pekeja indon pakcik aku dulu keje basuh keta

lepak umah dia skali tgk dia mkn nasi campur air garam

lauk telor dadar

cukup bulan hantar kampung duit smpai bleh buat banglo kata nya

kat lombok



Quote mdhelmi 8-3-2021 09:35 AM
mostly diorg mmg mcm tu
siang makan biasa2 je
diorg akan makan agak special sikit bila kat rumah mlm nanti

Quote Redmyvi 8-3-2021 10:20 AM
ini la org kata susah2 dulu senang2 kemudian..

Kdg2 duit yg depa hntar tiap bulan tu lg dua tiga tahun boleh bina banglo dan siap bukak bisnes kedai runcit.. habes kontrak balik sana suda kaya.. hidup sng.. kita yg tukang kesian ni jugakla tiap2 bulan mkn gaji..

Quote Adrif 8-3-2021 10:46 AM
nurul_akmar replied at 8-3-2021 08:44 AM
Keluarga dia pon.. kalau gaji dia rm1.5k.. n dia amek rm500 utk sewa, mkn, bil2, pengangkutan sume,  ...

kat tempat kita, pakguard gaji RM1.1k je, gaji minima.
itupun kadang2 HR bayar tak penuh, bayar lambat. kesian diorang.
mostly pakguard Melayu.
bila suruh jumpa HR, bincang masalah gaji. diorang taknak, takut cari pasal dengan HR.
sampai ke sudah jawapannya, takpelah.. takpelah..
staff biasa, haritu short bayar dalam 23 sen je, riuh-rendah satu office.
sampai kat pakguard, berulang kali jadi. aiyoo
Quote helicornia 8-3-2021 10:53 AM
ntah2 mmg makanan dorang kt sana mcm tu.so apa nk heran.mcm indon kt kg aku hari2 beli sayur je.ayam tk pernah beli.kita ingat dia tkde duit.tp rupanya mmg kt sana dia mmg makan tu je.maybe sebab susah.so dh jadi kebiasaan
Quote prettyuglybabe 8-3-2021 11:05 AM
dorang duduk ramai-ramai masak sedap je..
sendiri yang pilih jadi hamba family..
padahal boleh je hantar duit belanja yang cukup..
orang kita sendiri gaji kecik bagi mak ayah bayar bil rumah kereta itu ini makan bercatu juga..
alih-alih pengorbanan bangla nepal ni je korang nampak..
Quote buragazz 8-3-2021 11:39 AM
Alahai orang kita pun.. memang kat sana diorang dah biasa makan camni.. kita yang baru nampak ni memang ler rasa kesian.. kat taman aku ni ramai je nepal yang datang keje bawak mangkuk tepen bertingkek2 biasa nya diaorang ni beli barang basah kongsi..

Tapi aku still percaya ni adalah antara makanan diorang so takde la aku terkujat sangat.. klu dia mengutip kat tong sampah tu aa memang susah la...
Quote Kurex 8-3-2021 12:10 PM
Tak simpati utk parashit
Quote petak96 8-3-2021 01:10 PM
Tak perlu nak kasihan kat mereka ni. Memang macam gitu je makannya.
Quote TomyamPuteh 8-3-2021 02:56 PM
Kita pon klau kt tmpt org, lauk bawang goreng pun sggp makan gak.
Quote giyomi 8-3-2021 08:14 PM
dah diaorg dah biasa makan cam ni kat negara diaorg, mcm bangla, masa mula2 dtg sini sekadar mkn bawang sebagai ulam n pisang tp sekarang kfc mcD boba tea bagai, lagak cam puiiii. rakyat kita pon ramai yg menderita di luar san, patut kita tumpukan dulu perhatian kat rakyat kita sendiri tanpa mengira bangsa, pastu baru kita titik beratkan depa2 ni.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.072249 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top