CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Cemas Ular Sawa Melingkar Di Bahu Anak

8-3-2021 07:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3731| Komen: 21

Suri rumah berdepan detik cemas selepas mendapati seekor ular sawa seberat enam kilogram melingkar di bahu anak perempuannya yang sedang tidur di atas katil di Kampung Gangsa, Durian Tunggal di sini, semalam. 


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nurul Fatehah Amran, 24, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika dia ingin menukar baju anak perempuannya yang berusia dua tahun.


Kredit foto: BH/Utusan

“Anak saya tidur kira-kira pukul 7.15 malam dan pada pukul 9 malam saya masuk ke dalam bilik kerana ingin menukar baju dipakainya, tiba-tiba, saya ternampak ada satu benda berkilat bercorak batik di bahunya. 

“Ketika ingin mengangkat anak, benda tu tiba-tiba bergerak. Dalam keadaan menggigil, saya terus angkat anak saya dan berlari keluar memanggil suami dan abang memberitahu ada ular di atas katil,” katanya ketika dihubungi.


Tambahnya lagi, dia yang bimbang dengan keadaan anaknya terus memeriksa tubuh badan kanak-kanak itu dan meluahkan rasa syukur selepas tidak menjumpai sebarang kecederaan. 

“Alhamdulillah, anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang saya kemudian telah menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi menangkap ular tersebut yang mungkin datang dari kawasan semak tidak jauh dari rumah kami,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.40 malam. 

“Sepasukan empat anggota telah dikejarkan lokasi untuk operasi kes menangkap ular (KMU) dan setiba di tempat kejadian, kita dapati ular sawa tersebut masih berada di bawah bantal. 

“Pasukan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menangkap ular seberat enam kilogram dengan panjang satu meter itu sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan perumahan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 8-3-2021 04:09 AM
Ngeri gile maknye..
Quote allshares 8-3-2021 04:11 AM
Seram siot. Mcm nk buat budak tu makanan je
Quote FOTHER-MUCKER 8-3-2021 04:11 AM

Jikalau di Indonesia ni mesti mereka kata kembar anak mereka sudah pulang
Quote cap_ayam 8-3-2021 05:08 AM
Syukur Alhamdulillah Ya Allah..
Quote depresio 8-3-2021 06:10 AM
Ya Allah xdpt aku byg klu masuk2 tgk ank dah kena telan Alhamdulillah anak selamat
Quote Nana_Man 8-3-2021 07:47 AM
Alhamdulillah anak dia selamat... nasib masa dia angkat anak nya, tak jadi apa2...
Quote jalfa 8-3-2021 08:28 AM
Kecik je boleh telan ke...ngeri weh...x leh nak bayang..bergeliguk leher aku membayangkan nasib baik adek selamat
Quote Hazi1975 8-3-2021 08:29 AM
Alhamdulillah nasib baik maknya tak panik cepat2 ambk anak dia.
Quote dudaberhias 8-3-2021 08:30 AM
mesti takde forumer perasan ada henfon tengah on flash kat kanan tu koh koh koh...
apa motippp tu? lighting ke dikk??? ular sawa pun nak selfie lighting herlok ke apa untuk up kat ig?
Quote dudaberhias 8-3-2021 08:31 AM
FOTHER-MUCKER replied at 8-3-2021 04:11 AM
Jikalau di Indonesia ni mesti mereka kata kembar anak mereka sudah pulang

mujur tak di kahwinkan sekali dengan kembarnya tu sebab kehidupan ular tu sebelumnya adalah cikki ayu cantik
Quote salmon-suki 8-3-2021 08:35 AM
Nasib baik xmelilit kt anak tu..dia tumpg tido agaknye..tp mmg skeri wehhhhh..nk2 benda ni boleh cecah lg tggi drpd manusia..dh laa skrg musim panas..dia nk cri tmpt sejuk laa ni..
Quote Belibis 8-3-2021 08:58 AM
FOTHER-MUCKER: Jikalau di Indonesia ni mesti mereka kata kembar anak mereka sudah pulang

Siap ada kenduri pulut kuning la ..
Quote doubleA 8-3-2021 08:58 AM
Camana la boleh sampai ke atas katil ular tu. mujur la anaknya selamat. Entah berapa lama dah ulit budak tu
Quote buragazz 8-3-2021 11:56 AM
FOTHER-MUCKER replied at 8-3-2021 04:11 AM
Jikalau di Indonesia ni mesti mereka kata kembar anak mereka sudah pulang

Hahahaha... jilaker... tersembut milo ais ku...
Quote prettyuglybabe 8-3-2021 12:02 PM
dudaberhias replied at 8-3-2021 08:30 AM
mesti takde forumer perasan ada henfon tengah on flash kat kanan tu koh koh koh...
apa motippp tu?  ...

bukan flash tu.. torch light on
Quote MsKathryn 8-3-2021 12:06 PM
Scary
Quote LadyCarefree 8-3-2021 01:26 PM
FOTHER-MUCKER: Jikalau di Indonesia ni mesti mereka kata kembar anak mereka sudah pulang



Dan mak si alep sokree pon gigih pergi melawat dan mengiyakan cerita macam kes kembar buaya tu
Quote tumpanglalu74 8-3-2021 01:48 PM
Edited by tumpanglalu74 at 8-3-2021 01:50 PM
FOTHER-MUCKER replied at 8-3-2021 04:11 AM
Jikalau di Indonesia ni mesti mereka kata kembar anak mereka sudah pulang

Bongok..   
Quote shop_girl 8-3-2021 04:36 PM
Makcik aku penah kena..dia gi holiday kat mana ntah..duduk dekat chalet..dia terjaga dari tido bila rasa ada benda licin kat kaki dia..bukak lampu tgk ada ular sawa

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043676 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top