CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Kenapa YouTuber AS Ulas Proton X70? Walhal Proton Tak Masuk Sana Pun

7-3-2021 11:46 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3948| Komen: 10|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Orang Malaysia ni rajin sangat bertunggu tangga di Youtube ke Tik Tok, pantang cerita pasal Malaysia, mula lah puji melambung orang putih, Filipino, Korea. Easy money kan."

Tanpa menafikan kita mempunyai kapasiti penduduk Malaysia lebih kurang 32 juta sahaja berbanding negara jiran yang lebih ramai, akan tetapi semangat nasionalisme kita berada di tahap tertinggi membuatkan ramai orang luar negara suka mengaitkan media sosial mereka dengan Malaysia.

Terbaharu, YouTuber Amerika Syarikat (AS) pula membuat ulasan mengenai kereta nasional negara, Proton X70. Hal ini lah yang dikesalkan segelintir rakyat Malaysia kerana kereta tersebut tidak memasuki pun pasaran sana, jadi kenapa pula sibuk-sibuk?


Foto :Twitter & Youtube

Walhal jika dilihat saluran Youtube AS tersebut, hanya video yang membabitkan Malaysia sahaja tinggi tontonanya, tetapi video lain tidak mendapat sambutan.

"Korang tengok channel tu, jenis video yang dapat ribu views mesti ada perkataan "Malaysia" dan "Vietnam". Lain-lain sendu. Lepas tu lari fokus. Kejap view kereta, kejap view sambal sotong."


Foto : Youtube

Hal ini adalah rentetan daripada Youtuber luar negara yang mendapat jumlah pengikut dan tontonan tertinggi apabila membuat kisah mengenai produk Malaysia.

Antaranya ialah Blimey dari Korea mengenai gaya hidup dan juga Nephi Acaling dari Filipina yang memuji bintang nombor satu negara, Siti Nurhaliza sehingga mendapat jemputan ke rumah Siti. Semuanya kerana jasa-jasa warganet yang memuji mereka melambung-lambung.



Hal ini turut dipersetujui oleh warganet bahawa ramai dari kita yang sangat bangga apabila nama Malaysia disebut-sebut walaupun ianya hanyalah sekadar material sahaja.

Foto : Twitter

Jadi, adakah anda antara yang mempopularkan golongan YouTuber oversea ini? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 7-3-2021 02:22 PM
Baguslah untuk marketing proton itu sendiri
Quote LadyCarefree 7-3-2021 03:34 PM
Nephi tu iols nyampah betul. Nampak sangat dia guna siti dan malaysia untuk raih views. Siti pun sama batak siap ajak datang rumah nyanyi sesama. Lainlah kalau dia popularkan siti kat pilipin sana sampai terjual konsert ke produk ke haper.

Ni semua sbb meleis batak kalau ada org luar sebut malaysia melayu or cakap melayu. Pelat dan mainkan bahasa melayu pon dikira lawak comel. Tetiber people like mer yam masuk tv sana sini. Si mark tu ok juga lagi boleh nyanyi dan ada juga sikit bakat lah.
Quote dudaberhias 7-3-2021 04:45 PM
Memang la nak views je, sama macam youtuber dybbuk box tu. Asalkan dapat duit.
Quote rajamoney 7-3-2021 05:37 PM
dah yg menonton youtube ni pun puak2 pprt

dok hadap unlimited data n internet kelajuan tinggi

pprt much

prfffffffffffffffffffffffffffffffght
Quote saviour_09 8-3-2021 08:07 AM
dah ko hadap sangat omputih korean japan ike2 bagai ni

memang kena umpan je dibongok2 kan
Quote buragazz 8-3-2021 12:47 PM
Aku klu review penyanyi aku layan si Yazik tu jer sebab review dia di campur sedikit technical klu si Nephi tu hameh je.. tapi aku perasan lepas Nephi tu berduyun jadi reviewer kat youtube...
Quote bbasir 8-3-2021 12:50 PM
finally someone said it. kadang geli n cringe tahap gaban tgk msian komen2 kat content utube ni...reactor ni bukan genuine pun react ape2 pasal msia... nmpk fake dgt especially reactor dr belah2 aprikaaa yg dokkk react retis2 mesia...lol...... well good marketing la.. tp tgk mcm msian je yg tgk video tu smua... org asing x kuasa nak tgk pun hahahahahahha
Quote eyansss 8-3-2021 09:06 PM
meleis memang mudah taksub...  hahhaa...
Quote haifawehbe 9-3-2021 05:27 AM
bagi iols selagi x kutuk msia iols ok jer.. ok la dia promote msia dari youtubers lain buat content merepek utk views. tapi nampak la muka mereka x de kimia masa ulas psl makanan msia.
Quote Sham143 13-4-2021 06:37 AM
Mereka anti sebab Proton milik China.. Biasa la perang ekonomi China-Amerika..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.313340 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top