CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bagi Cincin, Tanya 'Will You Marry Me?' - Shiera Ijoy Dedah Kinah Tunang Gaya Barat

6-3-2021 01:09 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11007| Komen: 38|Original author: Oleh: LilRose

Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi bualan warga maya selepas memaklumkan dirinya dan kekasih dari Sweden, Michael Hansen sudah bertunang.

Malah, perkara itu disahkan sendiri kakaknya, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah kepada mStar.


Sharifah Shahirah atau Shiera memaklumkan pertunangan adiknya itu mengikut gaya Barat.


Kredit foto: IG

"Sakinah dah bertunang dan dia bertunang ikut gaya orang putih. Ikut cara lamaran orang putih, bagi cincin dan tanya 'will you marry me?'.

"Orang putih apabila dah melamar tu kira dah bertunang, jadi kami sekeluarga pun dah bersetuju (mereka bertunang). Tiada majlis-majlis tunang, tak ada pantun semua itu," katanya kepada mStar.

Tambahnya, selain merancang majlis perkahwinan, Sakinah kini sibuk menguruskan urusan Michael yang akan memeluk agama Islam nanti.


Katanya, keluarga hanya menurut sahaja segala perancangan yang akan diuruskan Sakinah.

mStar sebelum ini melaporkan, aktres itu bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mei ini.


Kredit foto: IG

"Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

"Buat masa sekarang, kami masih lagi tak tahu nak buat majlis di mana sebab Covid-19, semuanya masih dalam perbincangan," katanya.

Wah, gaya barat gitu! Apapun, semoga semua urusan Sakinah dan bakal suami berjalan lancar. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 6-3-2021 01:25 PM
bestnya... laki bini same birthdate


member aku second marriage dia , dia and wife shared same birthdate ... on christmas plak tu ...

apapun tahniah sakinah
all the best...
harap kali ni kekal sampai mati
Quote Tinot7 6-3-2021 01:29 PM
Tahniah..
Quote pearl.silver 6-3-2021 01:32 PM
So laki tu dah cerai dgn bini omputeh nya kah..
Quote Begbiru 6-3-2021 01:38 PM
tahniah la..one step further utk menghalalkan hubungan. semoga kekal hingga jannah.
Quote makneng 6-3-2021 02:18 PM
Ikutkan mmg mcm tu pun..tunang kan rahsia2 gitu. Tipikal meleis je yg buat majlis besau2 time tunang.. Nak tunjuk apa agaknya.. Ujung2 sedeh
Quote adaakukesah 6-3-2021 02:51 PM
Hahaha aku suka shera ni. Tak dak no komen nya. Jujur terus.
Quote rayna_raynes 6-3-2021 02:56 PM
Begbiru replied at 6-3-2021 01:38 PM
tahniah la..one step further utk menghalalkan hubungan. semoga kekal hingga jannah.

masuk islam kalu otomatiklah ceraiii

Quote hasniey 6-3-2021 04:23 PM
pearl.silver replied at 6-3-2021 01:32 PM
So laki tu dah cerai dgn bini omputeh nya kah..

Bukan ke mmg duda anak 2 ke 3 gitu katanya kan
Xkan laki org dok malaysia lama2 sorg2,anak bini dok sweeden
Quote pearl.silver 6-3-2021 04:41 PM
hasniey replied at 6-3-2021 04:23 PM
Bukan ke mmg duda anak 2 ke 3 gitu katanya kan
Xkan laki org dok malaysia lama2 sorg2,anak bini d ...

Oh.. Iols bc ada forumer tulis ritu, bini dia lari blk sweeden sbb tau laki tu berskandel ngn kinah

So covid thn lps laki tu blk sweeden sbb pujuk bini..

Hahaa
Quote newyork 6-3-2021 04:47 PM
Semoga perkahwinan ni boleh mengubati ADHD kinah..
Quote hasniey 6-3-2021 06:18 PM
pearl.silver replied at 6-3-2021 04:41 PM
Oh.. Iols bc ada forumer tulis ritu, bini dia lari blk sweeden sbb tau laki tu berskandel ngn kina ...

Owhhh yeke? xtau pulak.yg tau duda je
Balik sweeden nk smbut krismas dgn anak2
Quote Lengkong 6-3-2021 06:19 PM
Tahniah kinah

Quote downiey 6-3-2021 06:57 PM
Tahniah kinah
Quote pearl.silver 6-3-2021 07:03 PM
hasniey replied at 6-3-2021 06:18 PM
Owhhh yeke? xtau pulak.yg tau duda je
Balik sweeden nk smbut krismas dgn anak2

Iols salah baca kot..
Quote rajamoney 6-3-2021 07:10 PM
pecaya benau la muka omputih cam tu
Quote clarizsa 6-3-2021 07:21 PM
Ok je tunang cm omputih tu pun
I pun cmtu dulu tapi cm biasala org lain yg sebok kata takde adatla apa so tpksa gak buat majlis tunang cm tipikal malay
Quote Manjahati 6-3-2021 08:48 PM
Moga berjodohan n kekal till jannah ye kinah
Quote Amandaminaj96 6-3-2021 08:56 PM
betul lah..klu dah setuju nak kahwin kira tunang ler tu..adat je nak berdulang 7-9 sekali makan2 utk 100 org..hehehe but kemampuan masing2
Quote sawi_bayam 6-3-2021 09:18 PM
Elok kahwin . moga kahwin. Amen

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.113307 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top