CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 'Pulang' Selepas 10 Tahun Dihanyut Tsunami

5-3-2021 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2854| Komen: 6

Tokyo: Polis Jepun hari ini mengesahkan rangka wanita yang ditemui, bulan lalu adalah mangsa bencana tsunami 2011.

Penemuan terbaharu itu hanya beberapa hari menjelang ulang tahun ke-10 tragedi berkenaan.


"Rangka termasuk tengkorak dijumpai pada 17 Februari lalu di pantai di timur laut Miyagi," kata jurucakap polis kepada AFP.

Katanya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan forensik perubatan dikeluarkan minggu ini mendedahkan mangsa adalah Natsuko Okuyama berusia 61 tahun, yang hilang selepas dihanyutkan ombak besar pada 11 Mac 2011.


Foto: AFP

Anak lelaki Okuyama dilapor media tempatan sebagai berkata, sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang menemui rangka ibunya.


"Saya sangat gembira ibu saya ditemui menjelang 10 tahun tragedi. Kini emosi saya lebih terurus dan saya dapat meneruskan kehidupan lebih baik," kata Kyodo.

Polis Jepun merekodkan angka rasmi kematian akibat tragedi yang turut memusnahkan loji nuklear adalah 15,899 pada Disember 2020.

Namun, lebih 2,500 orang disahkan masih hilang selepas 10 tahun bencana, sekali gus memberi kesan kepada keluarga yang sukar menerima hakikat kehilangan, memandangkan mayat tidak dijumpai. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-3-2021 05:02 PM
Dah lama betul tu, tapi sekurang2nya pihak keluarga dah tahu jawapan tak perlu tertunggu2 tertanya2 mana menghilang lagi
Quote Gianna111 5-3-2021 05:25 PM
Alhamdulillah...paling-paling jumpa juga walaupun lambat dan hanya tulang..
sebak pula rasa ni.
Quote farhani87 5-3-2021 06:37 PM
Alhamdulillah. Sekurang nya dapat jumpa mayat tu balik. Walaupun tinggal rangka.
Quote bungasakura89 19-3-2021 08:31 AM
Alhamdulillah
Quote me12345 19-3-2021 08:33 AM
Sekurangnye ada closure...
Quote supernaturalee 19-3-2021 08:35 AM
Hr tu psl suami yg seminggu sekali dive in sekitar tmpt kejadian tsunami utk cr wifenya



Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.039271 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top