Pelakon kacukan Melayu-Arab, Mathni Razak, 32, bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua apabila isteri, Azrin Zulkepli kini hamil tujuh bulan.
Berita gembira itu dikongsi pelakon drama Nur itu menerusi laman Instagram (IG), kelmarin. Mathni berkata, isterinya dijangka melahirkan cahaya mata perempuan pada Mei depan. "Saya akui, ini adalah anak yang dihasilkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Ketika melakukan proses imbasan sebanyak dua kali memang nampak jantina perempuan. Alhamdulillah, cukup sepasang cahaya mata kami. "Anak sulung, Abd Mateen Arjuna sudah berusia lima tahun. Sudah masanya Abd Mateen mempunyai adik untuk menemaninya," katanya kepada BH Online.
|
cruz2 replied at 5-3-2021 02:09 PM
Dia berlakon cite Nur jd doktor suka kat kwn dia si lailer jekfer tunang ustaz adam gituh i tak inga ...
ADVERTISEMENT