CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Minggu Berubat Dengan Ustaz, Andi Bernadee Semakin Pulih Dari Sihir

5-3-2021 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2894| Komen: 7

Description: Keadaan kesihatan penyanyi Andi Bernadee dilaporkan semakin baik setelah dua minggu mendapatkan rawatan daripada seorang ustaz selepas didakwa menjadi mangsa sihir, baru-baru ini.
Keadaan kesihatan penyanyi Andi Bernadee dilaporkan semakin baik setelah dua minggu mendapatkan rawatan daripada seorang ustaz selepas didakwa menjadi mangsa sihir, baru-baru ini.


Menurut pengurusnya iaitu Nasir Deraman, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile sudah mula bekerja dan sedang menjalani siri rakaman program televisyen.

Bagaimanapun penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang ini masih perlu meneruskan rawatan tersebut bagi memastikan benar-benar pulih daripada gangguan sihir itu.


Foto: IG

"Andi sudah mula bekerja, tapi masih perlu dipantau. Setiap kali keluar dia perlu ada teman sebab keadaannya masih on off lagi.

"Buat masa ini dia masih lagi mendapatkan rawatan. Benda-benda berkaitan ilmu hitam dan sihir ini memerlukan masa untuk berubat," katanya kepada mStar.

Andi terbabit dengan sebuah program realiti terbitan Astro dan bakal menjalani penggambaran drama tidak lama lagi.

Pada 17 Februari lalu, Andi mendakwa menjadi mangsa ilmu hitam sehingga menjejaskan kesihatan dan menyebabkan dia berada di luar kawalan.




Penyanyi lagu Penat ini memberitahu sihir dan santau yang dihantar kepadanya itu menyebabkan dia bertindak seperti orang tidak normal.

Dia mula menunjukkan perubahan sikap termasuklah bercakap seorang diri dalam bilik air dan bertutur dalam bahasa Siam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 5-3-2021 10:59 AM
Penyanyi lagu Penat ini juga berkata bahawa kesan daripada sihit tersebut telah membuatkan dirinya bercakap seorang diri dan boleh bertutur dalam bahasa Siam.


Sihit eh.
Sikit lg nk mencarut
Quote salimrock 5-3-2021 11:21 AM
wartawan pn 1, dah tau dia sakit bagi la no account bank , kitorang nak hantar bantuan duit ni
Quote rajamoney 5-3-2021 12:07 PM
salimrock replied at 5-3-2021 11:21 AM
wartawan pn 1, dah tau dia sakit bagi la no account bank , kitorang nak hantar bantuan duit ni

sejak2 dah meninggalkn tebiat buruk dulu tu

abg lim loaded ye skang
Quote KakakGoyang1 5-3-2021 12:32 PM
Sy sedih membacanha
Quote Perawankota 6-3-2021 04:35 AM
Rambut dia tu betul2 rambut suniyo
Quote Noraniza_Iblis 6-3-2021 01:52 PM
die ni jenis..skali tengok hensem..
2x terus turn off
Quote gideoncross 13-3-2021 11:22 PM
Side shaved camtu x ngam utk dia.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042682 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top