CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2353|Reply: 7

Dua Minggu Berubat Dengan Ustaz, Andi Bernadee Kini Kembali Semangat Untuk Beker

[Copy link]
Post time 5-3-2021 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Dua Minggu Berubat Dengan Ustaz, Andi Bernadee Kini Kembali Semangat Untuk Bekerja

Keadaan penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee dilaporkan semakin pulih dan berada dalam keadaan baik setelah hampir dua minggu mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz selepas dirinya mendakwa telah menjadi mangsa ilmu hitam, baru-baru ini.






[size=1.15]Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengurus Andi, Nasir Deraman yang memberitahu bahawa penyanyi itu sudah mula bekerja dan kini sedang menjalani sebuah rakaman program TV.
[size=1.15]Namun begitu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini khabarnya perlu lagi meneruskan rawatan tersebut untuk memastikan dirinya benar-benar pulih daripada gangguan sihir tersebut.
[size=1.15]
  
“Andi sudah mula bekerja, tapi masih perlu dipantau. Setiap kali keluar dia perlu ada teman sebab keadannya masih on off lagi. Buat masa ini dia masih lagi mendapatkan rawatan. Benda-benda berkaitan ilmu hitam dan sihir ini memerlukan masa untuk berubat.”
Perkembangan terkini, Andi sedang menjalani penggambaran untuk sebuah program realiti terbitan Astro dan bakal membintangi sebuah drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Terdahulu, Andi Bernadee mendakwa telah menjadi mangsa ilmu hitam yang dihantar oleh seseorang sehingga menjejaskan kesihatan dan berada di luar kawalan.
  
Penyanyi lagu Penat ini juga berkata bahawa kesan daripada sihit tersebut telah membuatkan dirinya bercakap seorang diri dan boleh bertutur dalam bahasa Siam.
SUMBER : mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 10:59 AM | Show all posts
Penyanyi lagu Penat ini juga berkata bahawa kesan daripada sihit tersebut telah membuatkan dirinya bercakap seorang diri dan boleh bertutur dalam bahasa Siam.


Sihit eh.
Sikit lg nk mencarut
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:21 AM | Show all posts
wartawan pn 1, dah tau dia sakit bagi la no account bank , kitorang nak hantar bantuan duit ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 12:07 PM | Show all posts
salimrock replied at 5-3-2021 11:21 AM
wartawan pn 1, dah tau dia sakit bagi la no account bank , kitorang nak hantar bantuan duit ni

sejak2 dah meninggalkn tebiat buruk dulu tu

abg lim loaded ye skang
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy sedih membacanha
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Rambut dia tu betul2 rambut suniyo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2021 01:52 PM | Show all posts
die ni jenis..skali tengok hensem..
2x terus turn off
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Side shaved camtu x ngam utk dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.554806 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list