CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Doakan Kita Boleh Balik Kampung Raya Tahun Ni” – DS Ismail Sabri

5-3-2021 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4876| Komen: 160

Description: “Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini,” demikian luah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merujuk kepada trend penurunan kes harian COVID-19, ...



“Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini,” demikian luah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merujuk kepada trend penurunan kes harian COVID-19, ketika ini.

Ismail Sabri berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.

“Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.

“Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di ibu negara malam ini.


Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.

Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.

Sumber :  BERNAMA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 5-3-2021 07:45 AM
Pastu PKP balik.
Raya krismas taun lepas cukup laa..... berkilometer angka jangkitan naik.
Quote noor2 5-3-2021 07:51 AM
Hehe....boleh hidup mcm dulu balik
Quote saviour_09 5-3-2021 08:06 AM
puasa pun belum kemaruk nak raya dah

apooo
Quote mijot 5-3-2021 08:14 AM
bagi rentas negeri, lepas tu naik balik kes, sapa yg meroyan...korang gak...
Quote airfilterkotor 5-3-2021 08:22 AM
Ni musti kerja vvip gak ni.
Quote Minami2013 5-3-2021 08:26 AM
Dulu kes tak capai 300 pun sehari still kita tak boleh balik kg beraya. Sekarang ni kes sehari ribu2
Quote aint 5-3-2021 08:27 AM
awat poyo sgt si mail ni... puasa pun blm dh kemaruk nak raya...
Quote batusembilan 5-3-2021 08:29 AM
kes naik tu sbb tak faham apa itu covid-19.

bila balik kg, penjarakan sosial tak patuh. mask tak pakai. kalau dh tau sakit demam, masih degil nak balik kg. bila dh balik kg, x reti duduk diam kt rumah mak ayah je......

SOP semua ke laut. mcmn la kes x naik. tapi nak balik kg.

otak tak ada. tapi blaja tinggi.
Quote aqissa 5-3-2021 08:29 AM
X kose aku nak blk kg hubby... jem bagai baik dok umah dendiam. Next month... pkp balik... kluster raya... hadap
Quote hayrin86 5-3-2021 08:30 AM
Tak mungkin!! Kekalkan dahulu sekatan merentas negeri (kecuali atas urusan penting dan penggiat-penggiat sukan) sehingga sifar kes aktif C19 dan kesemua kluster C19 tamat! Kalau tak PRU15 aku takkan undi kerajaan sekarang
Quote hayrin86 5-3-2021 08:31 AM
aqissa replied at 5-3-2021 08:29 AM
X kose aku nak blk kg hubby... jem bagai baik dok umah dendiam. Next month... pkp balik... kluster r ...

Baguslah.. Tunggu aje la sifar kes aktif C19 dan kesemua kluster C19 tamat..

Quote hayrin86 5-3-2021 08:33 AM
batusembilan replied at 5-3-2021 08:29 AM
kes naik tu sbb tak faham apa itu covid-19.

bila balik kg, penjarakan sosial tak patuh. mask tak  ...

Kan.. Harap sekatan merentas negeri tanpa urusan penting dikekalkan..

Quote domestobot 5-3-2021 08:42 AM
korbankan saja lah sambutan hari raya tahun ni, ada pulak suruh rakyat doakan supaya kita boleh beraya. menang lawan Covid pun belum lagi, tapi nak sambut kemenangan tu dah plan awal2 pulak
Quote bulalof 5-3-2021 08:55 AM
sembang...
Quote bulalof 5-3-2021 08:57 AM
kalau dah boleh balik beraya tu, parlimen tu apa sangatlah kalau nak bersidang, ye tak?
Quote anakjiran 5-3-2021 08:59 AM
terbaik kerajaan PN, in muhyidin we trust!
Quote Belibis 5-3-2021 09:01 AM
Gasak la tokkkk..balik atau tak,sama aje..
Quote Tinot7 5-3-2021 09:14 AM
Bkn ke meningkat sbb prn sabah?

Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059601 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top