|
View: 4565|Reply: 161
|
“Doakan Kita Boleh Balik Kampung Raya Tahun Ni” – DS Ismail Sabri
[Copy link]
|
|
|
Edited by R2D2 at 5-3-2021 11:02 AM
"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
Bernama
Mac 4, 2021 23:56 MYT
KUALA LUMPUR: "Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merujuk kepada trend penurunan kes harian COVID-19, ketika ini.
Ismail Sabri berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.
"Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.
"Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam ini.
Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.
Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai esok manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.
Mengulas mengenai taman-taman rekreasi dan awam di sesetengah negeri yang masih ditutup walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti beriadah dilakukan di situ, beliau berkata sepatutnya ia tidak menimbulkan sebarang isu.
"Kita telah benarkan beroperasi kerana taman-taman ini merupakan tempat terbuka, ia kurang berisiko berbanding tempat tertutup," katanya menambah orang ramai boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) Pihak Berkuasa Tempatan atau SOP Majlis Keselamatan Negara.
-- BERNAMA |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastu PKP balik.
Raya krismas taun lepas cukup laa..... berkilometer angka jangkitan naik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehe....boleh hidup mcm dulu balik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
puasa pun belum kemaruk nak raya dah
apooo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi rentas negeri, lepas tu naik balik kes, sapa yg meroyan...korang gak... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni musti kerja vvip gak ni.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kes tak capai 300 pun sehari still kita tak boleh balik kg beraya. Sekarang ni kes sehari ribu2  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
awat poyo sgt si mail ni... puasa pun blm dh kemaruk nak raya... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kes naik tu sbb tak faham apa itu covid-19.
bila balik kg, penjarakan sosial tak patuh. mask tak pakai. kalau dh tau sakit demam, masih degil nak balik kg. bila dh balik kg, x reti duduk diam kt rumah mak ayah je......
SOP semua ke laut. mcmn la kes x naik. tapi nak balik kg.
otak tak ada. tapi blaja tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
X kose aku nak blk kg hubby... jem bagai baik dok umah dendiam. Next month... pkp balik... kluster raya... hadap  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak mungkin!! Kekalkan dahulu sekatan merentas negeri (kecuali atas urusan penting dan penggiat-penggiat sukan) sehingga sifar kes aktif C19 dan kesemua kluster C19 tamat! Kalau tak PRU15 aku takkan undi kerajaan sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah.. Tunggu aje la sifar kes aktif C19 dan kesemua kluster C19 tamat..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. Harap sekatan merentas negeri tanpa urusan penting dikekalkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
korbankan saja lah sambutan hari raya tahun ni, ada pulak suruh rakyat doakan supaya kita boleh beraya. menang lawan Covid pun belum lagi, tapi nak sambut kemenangan tu dah plan awal2 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini,” demikian luah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merujuk kepada trend penurunan kes harian COVID-19, ketika ini.
Ismail Sabri berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.
“Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.
“Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di ibu negara malam ini.
Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.
Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.
Sumber : BERNAMA |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah boleh balik beraya tu, parlimen tu apa sangatlah kalau nak bersidang, ye tak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik kerajaan PN, in muhyidin we trust! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gasak la tokkkk..balik atau tak,sama aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ke meningkat sbb prn sabah?
Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|