CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ekzos Perang Bawa Padah - 4 Jam Berhempas Pulas Tukar Semula Ekzos Asal Di Balai

4-3-2021 08:53 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5278| Komen: 29|Original author: Oleh: Natrahn


Selepas pihak polis mengeluarkan amaran akan mendenda mana-mana pemilik kenderaan yang menggunakan ekzos perang atau ekzos berbunyi bising, sekumpulan individu yang berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan dikehendaki membawa ekzos asal bagi proses penukaran yang dilakukan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Mereka terpaksa berhempas pulas hampir empat jam menukar semula ekzos itu.

Loading FB Post...


Kesemua mereka telah dikenakan saman minimun RM300 dibawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959) atas kesalahan Ubah Suai Ekzos manakala 17keping saman Pol 257 terhadap pelbagai kesalahan.

Kredit Foto - Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Memetik laporan KOSMO!, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kompaun RM300 juga dikenakan oleh pihak JAS kepada 10 individu tersebut mengikut Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan.

Untuk info, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat kenyataan mengenai pelaksanaan operasi besar-besaran ke atas penunggang motosikal melakukan kesalahan lalu lintas baru-baru ini.

Kredit Foto - Careta

Walaupun penunggang motor mendakwa tujuan pemasangan ekzos berkenaan adalah untuk keselamatan mereka, sesungguhnya bunyi ekzos tersebut terlalu bising dan menganggu ketenteraman awam.

Matlamat tak menghalalkan cara. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 4-3-2021 09:07 AM
padan muka
Quote makneng 4-3-2021 09:16 AM
Padan muka!!!!!! Jenis macam ni la lalu lalang depan rmh mak ptg2 bunyi perit je..kita tengah in call rasa terganggangu. Dasar setan!!
Quote Boomibulat 4-3-2021 09:22 AM
Sy cashkan sbb mcm ni la yg sering mengganggu tido mlm sy..nak bangun tahajud pun x dpt klu lewat tido..
Quote mizzmimi 4-3-2021 10:51 AM
Padan muka korang setan.. Memekak buat pencemaran bunyi tak padan rempit PADAN MUKAAAAAA ENGKOOOOOO PADAN MUKA {:spot
Quote lavendernovella 4-3-2021 12:34 PM
Aside from negativity kan..

Budak2 ni ada bakat terpendam dalam engineering permotoran. Bakat2 cam ni kena salur ke tempat betul, dan gomen kena prihatin.

Mana tau malaysia boleh keluarkan bakat setaraf permotoran eropah.
Quote Artemesiaa 4-3-2021 12:44 PM
Mendapat sudah itu sekolahnya
Quote dudaberhias 4-3-2021 01:19 PM
cashhh... orang macamni la yang jadi mat rempit duk wheelie kehulu kehilir...

sape tag mat2 rempit dapat 10k.... tc appliesss
Quote shernazz 4-3-2021 01:33 PM
makneng replied at 4-3-2021 09:16 AM
Padan muka!!!!!! Jenis macam ni la lalu lalang depan rmh mak ptg2 bunyi perit je..kita tengah in cal ...

Ioos kalauntengah zoom tu..iols senyap.je sambil pandang ke.luar..
Hahahahaa
Malu oi..bising gila
Walaupung pakai headphone
Quote Nes3in1 4-3-2021 01:41 PM
Padam muka.
Quote Megikari 4-3-2021 04:29 PM
Kehkehkeh.. Dah serik ke belum dik?
Quote siputpepel 4-3-2021 05:33 PM
Kadang tu sekali dia prengggg boleh terlompat uii
Quote Jitu 4-3-2021 06:10 PM
harap berterusanlah jangan mula2 je beria ambik tindakan bila dah lama sikit biar lantak je
Quote makneng 4-3-2021 07:25 PM
shernazz replied at 4-3-2021 01:33 PM
Ioos kalauntengah zoom tu..iols senyap.je sambil pandang ke.luar..
Hahahahaa
Malu oi..bising gil ...

Mak x leh senyap hahaha.. Mak kena bercakap. Sibuk org bercakap sibuk mat2 rempit ni press2 motor sekuat2 hati.. Naik malu.. Sampaikan mak tanya counterpart mak, kat negara korang ada tak youngsters yg perangai mcm ni? Diorg kata ada je. Haduiii. Sorang counterpart kat india siap bahan mak.. Apalah sgt katanya bunyi takat  ekjos perit.. Kalau mak duduk india baru mak tau erti bising yg sebenar... Katanya...uolls ghase?
Quote Amigurumi 4-3-2021 10:24 PM
lavendernovella replied at 4-3-2021 12:34 PM
Aside from negativity kan..

Budak2 ni ada bakat terpendam dalam engineering permotoran. Bakat2 c ...

Kalau i jadi polis situ, orang pertama siap dulu dapat discount saman
Quote rajamoney 4-3-2021 10:35 PM
alhamdulillah

pdrm buat keje dngn cemerlang

bangga ngn pdrm
Quote rajamoney 4-3-2021 10:38 PM
Jitu replied at 4-3-2021 06:10 PM
harap berterusanlah jangan mula2 je beria ambik tindakan bila dah lama sikit biar lantak je

kena wat report polis jitu

kalau dapat rakam video dpt nombor plat ko kasi viral

simpan nombor2 tu ko wat report lambak habis semua nombor plat

puak2 rempit ekzos lubang kunyit ni sama je bangang ngn puak2 gay pondan pemedo medo pedo

pdrm akn melaksanakan amanah mereka dngn jayanya
Quote Jitu 4-3-2021 11:46 PM
rajamoney replied at 4-3-2021 10:38 PM
kena wat report polis jitu

kalau dapat rakam video dpt nombor plat ko kasi viral

tak payah report pun
bersepah2 kat jalan tinggal polis nak ambik tindakan dgn tak nak je
aku pun ada simpan ni ekzos Cobra nak buang rasa sayang pulak mahal tu
bunyi bising giler menyampah aku dengar
Quote rajamoney 4-3-2021 11:48 PM
Jitu replied at 4-3-2021 11:46 PM
tak payah report pun
bersepah2 kat jalan tinggal polis nak ambik tindakan dgn tak nak je
aku pun ...

bagi kes perumahan

report polis adalah kaedah terbaik

ko pun mat rempit ekzos lubang kunyit gak ke?

ish ish iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiish
Quote Jitu 4-3-2021 11:51 PM
rajamoney replied at 4-3-2021 11:48 PM
bagi kes perumahan

report polis adalah kaedah terbaik

sori ye aku bukan mat rempit dan tak pernah jd mat rempit
motor pun dah lama tak bawak kecuali masa nak gi masjid je aku bawak
aku duduk kawasan kampung ni
ekzos tu arwah abang aku punya

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.042332 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top