CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jejambat Runtuh: Pemandu Treler Positif Dadah Methamphetamine

4-3-2021 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21047| Komen: 157

Description: Kuala Lumpur: Pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) didapati positif dadah.
Kuala Lumpur: Pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) didapati positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, suspek berusia 40 tahun didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi.


Menurutnya, pada kejadian itu, pemandu van kilang, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, mengalami patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan berlaku pendarahan dalaman.


Foto: Facebook

"Dua lagi penumpang van Zaitun Zainal, 54, cedera kaki sebelah kiri, manakala Zakiyyah Yakop, 51, cedera betis kiri.


"Mangsa yang meninggal dunia adalah Nurina Edwin Abdullah,47, dan Norhayati Abdullah,42," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila treler itu yang melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sebaik tiba di lokasi, ia melanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki dan menyebabkan rusuk keluli bersama dengan perancah besi terjatuh di dua-dua laluan MRR2 sebelum menghempap van kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS).

"Semasa kejadian van itu dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang Sensata Technologies, USJ 1.

"Pemandu treler itu ditahan dan akan direman mengikut sek 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan dua wanita pekerja kilang maut selepas jejambat dalam pembinaan di SUKE runtuh dan menimpa van pekerja dinaiki mereka, ketika melalui MRR2, pada 5.58 petang.

Dua lagi rakan mereka bersama seorang lelaki yang juga pemandu van itu dilaporkan terselamat dan mengalami kecederaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 3-3-2021 07:17 PM
Ada gambar lain tak nak tau sapa mangsa
Quote MissVixen 3-3-2021 07:18 PM
Edited by MissVixen at 3-3-2021 07:20 PM

Ada yang mati ke?
Suke ni pnb punya ke? Buat kerja main2.
Quote Scheherazade 3-3-2021 07:20 PM
Hish, ni yg seram bila kena lalu bwh highway yg dlm construction nih. Benda2 gini la. How bad is it?
Quote sehirkedi 3-3-2021 07:33 PM
Kat twitter orang update.. Betul ke ada kereta bawah runtuhan?[twitter]https://twitter.com/badMy2/status/1367069137248210944?s=20[/twitter]
https://twitter.com/badMy2/status/1367069137248210944?s=20
Moga selamat semuanya
Quote sukacactus 3-3-2021 07:33 PM
Ada kereta x bwh tu
Quote shida81 3-3-2021 07:34 PM
Ak cukup seriau lalu bwh construction... Sanggup ak lalu jauh
Quote ellZack 3-3-2021 07:36 PM
Twitter kata kena langgar low loader.
Quote Dovahkiin 3-3-2021 07:37 PM
Ada lori melebihi had ketinggian langgar temporary structure sampai runtuh.
Quote sehirkedi 3-3-2021 07:37 PM
Bulan September lepas ada slab konkrit jatuh.. Lebuhraya SUKE jugak kan?

Adehh.. Seram nak lalu bawah pembinaan yg ditengah jalanraya.
Quote AbukRokok 3-3-2021 07:40 PM
pakai buruh bangla ke bina?
Quote farlis 3-3-2021 07:42 PM
ada van pekerja kt bwh tu katanya...
Quote akukah 3-3-2021 07:43 PM
sukacactus replied at 3-3-2021 07:33 PM
Ada kereta x bwh tu

Dari video yg share kt youtube.. ada 1 van kena hempap.. mcm van kilang..
Quote aderaderker 3-3-2021 07:45 PM
Aku tengah terperangkap dlm jem ni.
Drp lrt tasik selatan nak balik rumah kat area situ,  tak tau la pukul berapa boleh sampai ni..

Dengar kata ada van pekerja bawah binaan yg jatuh tu,  4 orang tapi tak tau status lagi.
Bomba ambulan nak lalu ni pun jem tak lepas...
Quote seth.lin14 3-3-2021 07:48 PM
aderaderker replied at 3-3-2021 07:45 PM
Aku tengah terperangkap dlm jem ni.
Drp lrt tasik selatan nak balik rumah kat area situ,  tak tau  ...

Ya allah harap chuols bsabar.
Quote EJALTI 3-3-2021 07:48 PM
Pembinaan SUKE runtuh, kereta disyaki terperangkap

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... syaki-terperangkap/

Oleh NOR AZIHAN BINTI MD. GHAZALI
3 Mac 2021, 7:37 pm


Keadaan pembinaan Lebuh Raya SUKE yang runtuh

PETALING JAYA – Pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berdekatan apartment Desa Tasik menghala ke Ampang dilaporkan runtuh sebentar tadi.

Runtuhan tersebut menyebabkan sebuah kenderaan disyaki terperangkap bagaimanapun keadaan mangsa belum dapat dipastikan.

Pihak bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyelamat di lokasi. – K! ONLINE
Quote epuepy 3-3-2021 07:50 PM
Sblm ni area tempat yg sama. Ni runtuh Lagy tempat yg sama. Aku nk balik uma mertua aku on takut
Quote rajamoney 3-3-2021 07:53 PM
Edited by rajamoney at 3-3-2021 11:25 PM

innalillahiwainna ilaihirojiun
Quote AbukRokok 3-3-2021 07:54 PM
epuepy replied at 3-3-2021 07:50 PM
Sblm ni area tempat yg sama. Ni runtuh Lagy tempat yg sama. Aku nk balik uma mertua aku on takut

jalan ke alam damai ke ni?
Quote Lista 3-3-2021 07:55 PM
Innalillahi wa'inna ilaihi ro'jiun..

Takziah kepada mangsa terlibat.

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.090182 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top