CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Anjoulie Dapat Perintah Bela Diri Kes Fitnah, Nampaknya Fara Mendoza Belum Menang

1-3-2021 01:31 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5205| Komen: 9|Original author: Oleh: Saiful

Nampaknya belum berakhir kes saman fitnah yang difailkan Fara Mendoza terhadap Zarina Anjoulie.

Ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan membenarkan permohonan dikemukakan Zarina untuk membatalkan penghakiman yang dimasukkan Fara berhubung dakwaan pelakon itu memfitnah dirinya.


Peguam Nurul Hafidzah Hassan daripada NHA Advocates and Solicitors berkata, Zarian tetap pendirian bahawa dia tidak memfitnah Fara.


Foto: IG

"Anak guam saya menafikan segala tuduhan dan tidak pernah memfitnah Fara Mendoza. Kami akan memastikan dia akan memenangi kes ini," katanya seperti dipetik di mStar Online.

Sebelum ini laporan menyatakan Fara menang saman malu atau fitnah ke atas Zarina.


Susulan itu  Zarina memfailkan permohonan membatalkan penghakiman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 24 Jun 2020.

Tambah peguam, ada isu berbangkit terhadap keputusan tersebut.

"Zarina mendakwa dia tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan peguam terdahulu telah membela nasib usahawan media sosial itu.

"Dia menyangkakan peguam yang dilantik terdahulu telah melindungi haknya dan mengusahakan untuk memenangi kes tuntutan fitnah tersebut sehinggalah berita kemenangan Fara diterbitkan oleh pihak media pada 5 Jun tahun lalu.

"Apabila Zarina menghubungi peguam tersebut, ahli keluarga peguam itu memaklumkan bahawa peguamnya diserang strok dan firma guaman telah pun ditutup beberapa bulan.

Zarina melantik barisan peguam baharu bagi mewakilinya selepas mendapatkan kepastian daripada mahkamah bahawa terdapat saman dan penghakiman bagi kesnya itu. -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-3-2021 02:15 PM
Dua dua huduh.
Quote cikatilia 1-3-2021 02:22 PM
dua fake plastik and bingit
Quote bruberry88 1-3-2021 04:22 PM
dua dua lantuh, hangit, haying dan mihir
Quote Perawankota 2-3-2021 01:06 AM
Pelik2 perangai Dua2 ni
Quote dudaberhias 2-3-2021 01:24 AM
yang pasti anjoulie lah bakalan kalah...
dah memang sheols fitnah pun masatu koh koh koh...
yang pasti dua2 ni not my level untuk sibuk k...

moga dua2 bercakaran sampai lenyap
Quote anony-mous 2-3-2021 03:35 AM
dudaberhias replied at 2-3-2021 01:24 AM
yang pasti anjoulie lah bakalan kalah...
dah memang sheols fitnah pun masatu koh koh koh...
yang p ...

I pon xminat dedua tp iols rasa pon fara bakal menang n team sheol in this case. Dia sebarkan video FM muntah dgn caption pregnant kan?
Quote TeddyBear84 2-3-2021 04:54 AM
Complete nonsense
Quote beatgirlX 2-3-2021 11:13 PM
Sampahhhhhh
Quote kucim 15-4-2021 10:54 PM
Ini ke yg katanya tetek pun buat insuran...patutlah besaq smcm..cocok rupanya...ada la dlm 10k untuk tyg dlm beegok

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.161362 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top