CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dua Ekor Anjing Hilang, Lady Gaga Tawar RM2 Juta

26-2-2021 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2001| Komen: 0

Description: Lady Gaga dilapor menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan dua ekor anjing baka French Bulldog yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tembak dan ro ...
Lady Gaga dilapor menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan dua ekor anjing baka French Bulldog yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tembak dan rompak di Hollywood, Rabu lalu.


CNN melaporkan, penjaga dua ekor anjing kesayangan penyanyi lagu Shallow itu ditembak menggunakan pistol separuh automatik, dalam kejadian rompakan, kira-kira 10 malam.

Memetik sumber rapat kepada penyanyi itu, Lady Gaga menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta kepada sesiapa yang memiliki Koji dan Gustav, tanpa disoal siasat.


Kredit foto: IG


Individu yang memiliki dua ekor anjing peliharaan penyanyi Shallow itu boleh menghantar maklumat kepada e-mel KojiandGustav@gmail.com, lapor CNN.


Dilaporkan, ketika kejadian, penjaga anjing dikenali sebagai Ryan Fischer sedang bersiap-siap membawa haiwan kesayangan Lady Gaga bersiar-siar di kediamannya di Sierra Bonita Avenue, sebelum diserang.

Perompak itu kemudian melarikan dua ekor anjing terbabit sebelum meninggalkan lokasi menggunakan kereta jenis Sedan berwarna putih, lapor agensi.

Fischer dilaporkan dirawat di hospital dan keadaannya stabil.

Difahamkan, ketika kejadian, Lady Gaga berada di Itali. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.038706 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top