CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam Anggota Polis Ditahan Tengah Syok Berparti Liar

26-2-2021 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2909| Komen: 16

Ipoh: Seorang pegawai dan lima anggota polis antara 14 individu ditahan dalam serbuan parti liar di pangsapuri di sini, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, serbuan pada 1.30 pagi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.


"Dalam serbuan berkenaan kita menahan enam pegawai dan anggota berkenaan dari Polis Kontinjen Perak, lima perempuan warga tempatan dan tiga perempuan warganegara Indonesia yang anggaran berusia 20 hingga 40an.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati satu pegawai dan empat anggota positif dadah, satu anggota negatif dadah, manakala lima perempuan tempatan dan dua perempuan warganegara Indonesia positif dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Foto: Harian Metro


Mior Faridalathrash berkata, bagaimanapun pihak polis tidak menemui dadah ketika serbuan itu.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau berkata, Rabu lalu, JSJN Kontinjen Perak turut membongkar dan menangkap sindiket pengedaran dadah heroin di Taiping dan Ipoh.

Katanya, dalam serbuan kes pertama di rumah di kawasan Kampung Baru, Kamunting, Taiping, polis menangkap dua lelaki berusia 26 dan 35 tahun serta menjumpai 110 paket plastik lutsinar disyaki mengandungi heroin dan dengan nilai pasaran keseluruhan RM 9,077.

Manakala, pada 4 petang hari sama, polis turut menahan lelaki berusia 40 tahun menunggang motosikal di kawasan Lapangan Symphony Business Park di Ipoh .

"Suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dan hasil pemeriksaan menemui 10 peket plastik lutsinar besar dadah jenis heroin anggaran berat 4,490 gram dengan nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM157,500," katanya.

Katanya, kesemua suspek daripada kedua-dua kes di Taiping dan Ipoh direman selama tujuh hari mulai 25 Februari sehingga 3 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 26-2-2021 03:22 PM
asal mana la gamaknya ketua polis perak ni?



natang2 ni elok kena sula jer, buat malu pdrm.
Quote Kurex 26-2-2021 03:29 PM
Buang kerja je tak payah gantung gantung
Quote salmon-suki 26-2-2021 03:52 PM
Hohoho~

Hepi yee berparti taik dadah..padan muka kena tangkap..mohon buang keje terus..xpayah nak siasat n bg ehsan ke apa..org mcm ni xlayak jd polis!
Quote kakikuDibibirmu 26-2-2021 04:03 PM
Banyak polis yang tak menjadi
Quote n3ar 26-2-2021 04:14 PM
polis dan jenayah berpisah tiada....


tak ada fungsi banyak polis2 kat malaysia ni...jenayah tak selesaikan, sebab ada yg sendiri terlibat atau ada saham..

yg baik,kena pulau/tukar ke balai hulu jauh...

Quote Belibis 26-2-2021 07:51 PM
salmon-suki: Hohoho~Hepi yee berparti taik dadah..padan muka kena tangkap..mohon buang keje terus..xpayah nak siasat n bg ehsan ke apa..org mcm ni xlayak jd polis!

Barang free banyak.rampas sana sini,pakai la daripada membazir.
Quote jalfa 26-2-2021 07:57 PM
Amboi kemain ye....joli katak ya
Quote zamnie 26-2-2021 08:11 PM
Ya Allah polis ni pun lahaiii... Mcm2 hal
Quote CikYaYaYa 26-2-2021 10:35 PM
Org mcm ni elokk dibuang kerjaa terus laaa. Xpayah nak tatatertib laa warning laaa.. Buang masa jee. Buat rugii bayarrr gaji buln2
Quote kuntum_ros 26-2-2021 11:25 PM
Manusia sama sahaja
Quote asyriqa 26-2-2021 11:29 PM
Memalukan sungguh lahai korang ni..makin la org tak respek kt polis ada je buat hal
Quote ifanonline 26-2-2021 11:31 PM
hancur institusi pdrm...perlu ada overhaul besar-besaran oleh perdana menteri
Quote otai_g 27-2-2021 07:54 AM
Polis pun isap dadah. mcm mano?
Quote Manjahati 27-2-2021 10:20 AM
Zaman org kena buang kerja n hilang kerja ni napa lah polis2 ni wat perangai...x sayang ke kerja yg dah elok2 tu
Quote Ivysaur 27-2-2021 10:47 AM
Harapkan pegar dia makan padi
Quote ReginaGeorge 21-3-2021 12:34 PM
Kalau dah habis tempoh gantung kerja boleh la buang terus. Buat apa simpan racun dalam balang madu?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.201788 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top