CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuci Pinggan Simpan Duit Berguni Dalam Rumah, Sampai 16 Orang Kena Tolong Kira

26-2-2021 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2863| Komen: 8

Jakarta: Biyok, 81 hanyalah seorang warga emas yang hidup sederhana di Padang Kaduduak di Payakumbuh Utara Sumbar, Sumatera Barat.

Namun, siapa sangka dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan, dia mampu menyimpan wang, berkarung-karung di rumahnya sehingga memerlukan seramai 16 orang untuk mengiranya.


Pada awalnya, Biyok yang tinggal sendiri dan tidak berkahwin menerima kunjungan Musleniyetti untuk membantunya mengemas pakaian hasil sumbangan orang ramai.

Namun, ketua kampung itu terkejut apabila menemui banyak karung berisi wang antara 100 rupiah (kira-kira RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (kira-kira RM28) di rumah itu.

Kredit foto: Harian Metro


Tribunnews melaporkan oleh kerana wang yang disimpan terlalu banyak, Musleniyetti terpaksa meminta bantuan orang lain untuk sama-sama mengira duit itu.

Selepas barang-barang dikeluarkan, mereka menemui wang berselerak di rumah warga emas berkenaan.

"Pada mulanya lapan orang membantu mengira wang berkenaan sebelum ditambah menjadi 16 orang.

"Duit ada di merata-rata, di lantai, dalam lipatan kain, bawah bantal dan tilam," kata Musleniyetti.

Katanya, mereka mengambil masa seharian untuk mengemas rumah Biyok dan turut menjumpai wang kertas lama dan baharu.

Menurutnya, mereka mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan semua wang berkenaan sebelum dikira.

"Kita masih mengumpulkannya. Ada lagi lima karung yang belum dikira, setakat ini yang kita sudah kira adalah wangnya berjumlah 80 juta rupiah (kira-kira RM23,000)," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
3

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 26-2-2021 01:14 PM
Dah tua tak ada yang bantu nak hantar dia ke bank untuk menyimpan pasti itu je dia mampu buat simpan sendiri selit sana sini bila ada orang bagi duit.
Quote Skuau 26-2-2021 01:39 PM
80 juta....wow!......#xpyhSsh2 JdiPATIKt Msia.
Quote miss_perfect 26-2-2021 01:57 PM
Baguslah dia ni jenis menyimpan...
Quote MarryPottet 26-2-2021 02:04 PM
Nasib baik anai anai tak jumpa dulu
Pasni nenek boleh jadi socmed influencer, kongsi cerita susah payah cari duit & posing sambil baring atas timbunan duit
Quote Belibis 26-2-2021 02:45 PM
miss_perfect: Baguslah dia ni jenis menyimpan...

Rugi jugak sebab tak guna.bila mati,semua jadi milik orang.
Quote farhani87 26-2-2021 04:55 PM
Inilah namanya sikit2 lama2 jadi bukit.
Quote kakikuDibibirmu 26-2-2021 05:00 PM
Dia menabung sedari kecil
Quote Jorja 27-2-2021 10:59 AM
Pengajaran di sini ~ kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.260166 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top