CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Tolak, Baru Sekarang Sherry Al Hadad Berani Terima Tawaran Jadi Dj Radio

26-2-2021 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2927| Komen: 7

"Saya kena fikir tanggungjawab sebab apabila orang panggil dan tawarkan kerja, mestilah kena buat bagus-bagus. Tidaklah setakat ambil selepas itu lepas tangan," kata pelakon dan pengacara popular, Sherry Al Hadad yang kini menjadi penyampai radio Era FM bagi segmen pagi bersama Johan, Hanif, Ray atau JoHaRaRy sejak Isnin lalu.


Sherry, 37, atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad berkata, tawaran diterima kerana sudah sampai waktu dia mencuba cabang baru dalam bidang seni.

Menurut Sherry, dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan menjadi penyampai radio.

Foto: IG

"Sejak awal kemunculan lagi saya sudah menerima tawaran sebagai penyampai radio. Namun, saya tak ambil sebab masih baru dalam industri hiburan. Saya takut kalau ada kerja tetap dari Isnin hingga Jumaat, sedangkan minat saya masih berlakon.


"Ketika itu saya fikir kalau berada dalam konti, tawaran berlakon kurang sebab orang tahu kita ada tanggungjawab lain. Jadi, mesti tak nak ambil berlakon dan tidak ada masa. Jadi, saya tolak dengan cara baik. Lagipun saya masih nak cuba teroka dulu industri hiburan dengan berlakon dan mengacara," katanya.

Sherry berkata, apabila sudah lama dan menyusun kerjaya, tahun ini baru dia dapat semula tawaran sebagai penyampai radio.



"Saya fikir mungkin ini masa untuk saya mencuba cabang lain. Sudah tentu, sepanjang nak buat keputusan, saya fikir betul-betul sebab saya fikir boleh buat tak? Mampu tak jalani tugas ini? Saya tak terima dengan main ambil saja. Saya bukan jenis macam tu. Saya nak fokus. Inilah masa saya buat benda baru," katanya.

Menurut Sherry, tawaran yang diterima itu membuatkan dirinya teruja bercampur gementar.



"Perasaan teruja, dalam masa sama gementar sebab radio bukan platform saya. Saya selalu berada atas pentas dan bercakap depan penonton. Tapi sekarang kena bercakap sesama sendiri dan tidak ada penonton.

"Jadi, kena bayangkan penonton itu adalah pendengar yang duduk di rumah. Selalu ada tindak balas daripada penonton, kali ini kita tahu apa reaksi pendengar terhadap apa yang kita cakap. Gementar juga. Jadi, teruja berbaur cemas, takut, gementar," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 26-2-2021 01:13 PM
sbg peminat sherry, akak akan mula dengar blk radio Era
tp kalo sherry belakon dlm memana drama kat astrok, mmg akak x kan tgk la sbb aku dah lama terminate astro
Quote Orix 26-2-2021 01:36 PM
ooo 37 dah di ni.... igtkan awal 30 umur dia
Quote Redmyvi 26-2-2021 03:22 PM
ingat sherry muda lg rupanya  37 dh yer.. Minat sherry tapi tak minat slot era tu smpai 4 org dj.. semak ramai2 nak cakap..
Quote BoongaKertas 26-2-2021 03:24 PM
kalau dlm johara tu, tetiga tu bingit. tp...nak dengar sherry. ala...malasnya nak dgr era balik.
Quote YomiuriLandMae 26-2-2021 03:29 PM
iols okay je dgn sherry tp iols tetap takkan dgr radio melayu memekak tu sendiri buat lawak sendiri gelak..
Quote mieymiey 26-2-2021 03:31 PM
Dah makin ramai pula slot pagi Era tu. Buang la 2 orang sekaligus. Bingit, tau tak??
Quote farhani87 27-2-2021 12:50 AM
Dia ni best juga kalau jadi deejay.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054914 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top