CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhan Rani Kecewa, Disangka Pokai Tak Mampu Bayar Hutang Bank

26-2-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6331| Komen: 23

Gara-gara bergurau kononnya diburu pihak bank kerana gagal membayar hutang, pelakon Azhan Rani mula 'sakit kepala' memikirkan akibat yang bakal ditanggungnya pada masa depan.


Ujar Azhan, 45, tindakan beberapa penulis blog menggunakan posting sosial media yang dibuatnya tanpa menyelidik terlebih dahulu menimbulkan salah faham.

Foto: IG

"Dalam posting itu saya cuma bergurau. Saya tidak tahu pula mereka (blog) akan gunakan tajuk yang jauh menyimpang seolah-olah nak cakap yang saya dikejar pihak bank sebab tak bayar hutang.

"Saya tahu mereka nak lariskan cerita, tapi sekurang-kurangnya telefon saya dahulu, macam yang pihak mStar buat ni... tanyakan kepastian.

"Ini tidak, mereka buat tajuk macam itu, nanti kalau di masa akan datang saya nak buat loan, mungkin akan hadapi masalah kerana artikel begitu," katanya kepada mStar.



Sebelum ini Azhan ada memuat naik posting bernada gurauan bercerita kononnya dihubungi pihak bank kerana terlambat melunaskan komitmen bulanan.

Malah pelakon drama Nur ini menulis kelewatan itu disebabkan dia tidak mempunyai pendapatan kerana tidak boleh bekerja susulan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Namun jelas Azhan, muat naik berkenaan hanyalah sekadar gurauan dan sebenarnya tidak berdepan masalah seperti yang diperkatakan.



"Saya memang jenis suka bergurau dalam Instagram, sebabnya nak hiburkan hati sendiri.

"Tak banyak benda serius pun dalam Instagram saya tu, semua benda merepek je.

"Tapi apabila mereka buat tajuk saya kena buru bank, macam teruk sangat hidup saya ni ya," katanya.




Sementara itu dalam perkembangan lain, Azhan kini berkampung di Hulu Langat selama dua bulan untuk menjayakan penggambaran drama bersiri Kiblat Yang Hilang terbitan Awesome TV.

"Kiblat Yang Hilang ini merupakan drama untuk tayangan bulan Ramadan nanti. Semua pelakon dan kru produksi kena berkampung selama dua bulan, kami tak boleh keluar sebab terikat dengan SOP (prosedur operasi standard) yang mana buat masa ini hanya membenarkan penggambaran dalam studio sahaja," katanya.

Selain Azhan, Kiblat Yang Hilang turut dibintangi Sweet Qismina, Laila Nasir, Kartina Aziz dan Neera Azizi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 26-2-2021 01:28 PM
Sendiri mengundang, hadap jelah
Quote Skuau 26-2-2021 01:50 PM
Edited by Skuau at 26-2-2021 01:54 PM

Adibah Noor,DJ Yusuf,Janna Nick,Bunga Isme,Azhan Rani.........
Quote shailyvelera 26-2-2021 02:23 PM
saja kan nk tarik perhatian org...
Quote addved 26-2-2021 03:00 PM
Alahao tak payah la kecewa, you should have expected the backlash the moment you posted that. Takkan you ingat sume orang akan gelak and find it funny.
Quote bulalof 26-2-2021 03:19 PM
sejenis lapar perhatian juga?
Quote Redmyvi 26-2-2021 03:25 PM
halah mcm la bru jd retis.. mcm la tak tahu perangai org kt malaysia mcm mana..
Quote kucingitam 26-2-2021 04:00 PM
lain kali tulis kat bawah..(gurauan semata)... rakyat msia bukan reti sarcasm, gurau ni bang..drg ramai yang jadi pembaris
Quote edoraixora 26-2-2021 04:04 PM
Aku rasa dia ni dah semakin merasa diri lebih bagus dari orang lain....dah tak best nk follow dia, semacam ada vibe yg poyo
Quote newyork 26-2-2021 04:04 PM
Dia ni single ke dudds
Quote ninjago 26-2-2021 04:15 PM
bahaya pic baju melayu skirt kuning tu.  ada iras2 acik Caitlyn Jenner dah
Quote MadameOnion 26-2-2021 04:28 PM
ninjago replied at 26-2-2021 04:15 PM
bahaya pic baju melayu skirt kuning tu.  ada iras2 acik Caitlyn Jenner dah

dia ni tak kawen lagi kan?
Quote AshkieLa 26-2-2021 04:35 PM
so pihak bank sekarang check background loan application pakai berita socmed
dah ke tak perlu check pakai ctos/ccris semua tu dah? #tanyajer
Quote AshkieLa 26-2-2021 04:39 PM
edoraixora replied at 26-2-2021 04:04 PM
Aku rasa dia ni dah semakin merasa diri lebih bagus dari orang lain....dah tak best nk follow dia, s ...

perasan gak dia dah lain semenjak menang award aritu.

Quote SiMontel 26-2-2021 04:54 PM
dulu aku suka gak ahh tgk mamat ni...mcm takde byk issues..tapi lelama aura poyo  mcm bagus bagus keluar..terus boring..
Quote cap_ayam 26-2-2021 08:25 PM
kahwin la bang..semoga hidup akan bertambah tenang inshaAllah.
Quote Eliadaisy83 26-2-2021 09:02 PM
edoraixora replied at 26-2-2021 04:04 PM
Aku rasa dia ni dah semakin merasa diri lebih bagus dari orang lain....dah tak best nk follow dia, s ...

kan...iols pon perasan benda yg sama..dah pandai dia dok perli2 n acah2 gado dgn followers..iols dah unfollow ig dia
Quote Perawankota 27-2-2021 04:11 AM
Dah mula tunjuk poyo, so dh x Minat. Baik aku tgk khir Rahman..
Quote LadyCarefree 28-2-2021 09:27 PM
Padan muka. Buat lg cerita hasanah
Quote swateng1 1-3-2021 01:02 PM
dia memang suka bergurau. kesahnya reporter yang suka cedok cerita dari ig artis. pastu twist story nak kasik netizen menggelupur.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.082121 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top