CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Meninggal Pun Tetap Jalani Hukuman Gantung

26-2-2021 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3488| Komen: 15

Jalani hukuman gantung walaupun sudah tidak bernyawa. Itu berlaku kepada seorang wanita Iran yang meninggal dunia akibat serangan jantung dan masih perlu 'menjalani' hukuman mati di Jel Rajai Shahr.



Gambar hiasan

Arab News melaporkan peguam, Omid Moradi berkata, anak guamnya, Zahra Ismaili sebelum ini dihukum mati kerana membunuh suaminya, Alireza Zamani.

Pada hari pelaksanaan hukuman itu, Zahra sedang menanti gilirannya untuk menjalani hukuman gantung bersama 16 pesalah lelaki lain.

Bagaimanapun, sebelum gilirannya, dia diserang sakit jantung ketika melihat pesalah lain menjalani hukuman berkenaan dan meninggal dunia.

Namun, Omid bagaimanapun mendakwa, hukuman gantung itu terhadap wanita itu tetap diteruskan bagi memberi 'keadilan' kepada keluarga suaminya.

Beliau mendakwa, ia bagi peluang kepada ibu Alireza untuk menendang kerusi yang menjadi tempat pijak kaki pesalah yang menjalani hukuman gantung.


Omid kemudian memuat naik hantaran di internet bagi menceritakan insiden berkenaan.

Susulan itu, kejadian berkenaan dikecam oleh banyak pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia.

Dalam pada itu, ahli akademik Australia, Kylie Moore-Gilbert yang dibebaskan dari penjara di Iran, baru-baru ini, berkongsi mengenai pelaksanaan hukuman itu yang disifatkan amat kejam.

Bagi seorang penganalisis, Kasra Aarabi dari Institut Tony Blair berkata, insiden itu tidak wajar dan menggesa pemimpin dunia supaya campur tangan.

Wakil Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Iran, Javaid Rehman berkata, 233 orang sudah menjalani pelaksanaan hukuman berkenaan di negara itu tahun lalu.

Beliau mendakwa, ia termasuk tiga banduan yang juga kanak-kanak.

Menurut laporan Independent UK, hukuman mati di Iran boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak yang 'sudah matang'.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 26-2-2021 01:04 PM
Who was Zahra Ismaili? Iranian woman's dead body hanged after heart attack death while awaiting execution

Ismaili suffered a fatal stroke after witnessing 16 men being hanged before her but authorities still hanged her dead body

An Iranian woman who died of a heart attack while waiting to be executed for murder in Iran was hanged anyway so that the victim’s mother could watch, according to her lawyer.

The woman, named Zahra Ismaili, was convicted of killing her own husband, who is reportedly a senior agent in the Ministry of Intelligence. Her lawyer Omid Moradi said that he was an abusive partner and Ismaili acted to defend herself and her daughter. According to The Times of London, last Wednesday, she was waiting for her turn at the gallows.


dah boleh agak..mesti mangsa dera.
Quote che-cikL 26-2-2021 01:28 PM
Dah la masa hayatnya Alireza tu mendera anak bininya, pastu emaknya pulak diberi peluang menendang tempat hukuman gantung menantunya.  Punya besar pangkat Alireza dalam Intelligence  ya...
Quote tumpanglalu74 26-2-2021 01:40 PM
che-cikL replied at 26-2-2021 01:28 PM
Dah la masa hayatnya Alireza tu mendera anak bininya, pastu emaknya pulak diberi peluang menendang t ...

Moradi said: "They hanged her dead body, and the victim's mother, Fatima Assal Mahey, kicked the seat from under her feet so that she could see the body of her son’s wife on the noose for a few seconds."
Quote Gomea 26-2-2021 03:11 PM
Berminat pulak nak tau 3 banduan kanak2 tu buat kesalahan ape sampai kena gantung?
Quote mejaputih 26-2-2021 03:23 PM
Bukan ke kira seksa mayat kalau mcm ni?
Quote Eliadaisy83 26-2-2021 03:50 PM
Negara syiah what do u expect la...
Quote notM 26-2-2021 04:11 PM
Ni la teknik hukuman yang diperjuangkan lelobai unta
dari serambi influencer.
Quote dudaberhias 26-2-2021 04:14 PM
teruknya pengakhiran hidup dia... dah la laki abusive... dapat mertua pulak dari neraka.... mereput la ko nekkkk... moga hantu beliau ganggu mertua tu sampai ke mampos.... bagi mertua tu bunuh diri pulak
Quote tikusmontok 26-2-2021 05:29 PM
tak terkata betapa laju nya degupan jantung dia terpaksa menunggu ...lepas satu..satu...sampai la nombor 17....




thx momod
Quote spankee_fili 26-2-2021 08:04 PM
Harap abusive husband tu masuk neraka
Amin
Quote takayama 26-2-2021 08:14 PM
innalillahiwainnailaihirrajioun moga dia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh, sedih baca kisah dia ni, ms hidup tersiksa dah meninggal pun terseksa, moga suami yg dah goal dan mak mertua from hell akan sesama mereput dlm neraka
Quote kelapaparut 26-2-2021 08:16 PM
iols rase dia mmg xbersalah , malaikat amik nyawa dia dulu supaya dia x mati dlm hukuman gantung mungkin nak tunjukkan pd manusia yg dia xbersalah, tp tulah puak syiah hati busuk mayat da mati pun masih nak dihukum
Quote ultra78 26-2-2021 08:20 PM
Keluarga mangsa yang jadi algojo..Bila malaysia nak tiru?
Quote ultra78 26-2-2021 08:23 PM
Bila bunuh laki sendiri tandanya ada something wrong dengan laki dia.
Quote swateng1 1-3-2021 02:43 PM
iran ni memang la. agungkan sgt jantan2 kat sana walaupun jantan tu tak guna. memang tak membela wanita lansung. undang2 syiah. kanak2 pun kena hukuman gantung.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.088724 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top