CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Persekutuan Ketepi Undang-undang Syariah Selangor Berkaitan Seks Luar Tabii

25-2-2021 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9526| Komen: 98

Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Barisan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.



Gambar hiasan

Malaysiakini melaporkan Peruntukan Syariah negeri itu menetapkan adalah satu kesalahan bagi umat Islam di Selangor melakukan seks di luar tabii.

Lelaki itu kini menghadapi kes berkaitan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, di mana dia didakwa di bawah peruntukan tersebut dengan tuduhan cubaan melakukan hubungan seks di luar tabii.

Anggota hakim yang lain adalah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim.


Dalam membacakan keputusan sebulat suara, Maimun memutuskan bahawa Seksyen 28 belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor.

Dia berkata bahawa ini kerana undang-undang mengenai perkara yang dibahas dalam Seksyen 28 – yang menyentuh mengenai seks di luar tabii – hanya boleh digubal melalui parlimen.


Sumber: Suara Merdeka
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 25-2-2021 02:25 PM
Haaaaaa....Parlimen lagi tinggi.
Quote Skuau 25-2-2021 02:31 PM
Quote kelapaparut 25-2-2021 03:03 PM
kalu mcm tu boleh la nak berjubo dgn aman di selangor..untung jemin dan anwart
Quote AbukRokok 25-2-2021 03:05 PM
adaklah selepas ini... mereka yg mendesak utk mempertahankan perlembagaan akan uturn meminta perlembagaan diubah?
Quote Al-Patih 25-2-2021 03:08 PM
jadi yg siJAIS...kerah 122 anggota baru..cari Sarjat...pe hal!
Quote awanysss 25-2-2021 03:08 PM
dah tu apa guna mahkamah syariah? agong diam je ke..
dah tu apa guna islam agama persekutuan kalau kesalahan utk org islam pun tak boleh dakwa..
setakat dalam perlembagaan je la..
Quote budaktua 25-2-2021 03:16 PM
kelapaparut replied at 25-2-2021 03:03 PM
kalu mcm tu boleh la nak berjubo dgn aman di selangor..untung jemin dan anwart

bkn jubo shj...

ikut mulut pun dikategorikan 'luar tabii'...


Quote notM 25-2-2021 03:18 PM
budaktua replied at 25-2-2021 03:16 PM
bkn jubo shj...

ikut mulut pun dikategorikan 'luar tabii'...

Betul......

Sebelum ni xda yang fight kot sampai ke Mahkamah Persekutuan..senang2 je kena hukum
Quote notM 25-2-2021 03:19 PM
awanysss replied at 25-2-2021 03:08 PM
dah tu apa guna mahkamah syariah? agong diam je ke..
dah tu apa guna islam agama persekutuan kalau  ...

Sebab tu meols ulang2 cakap Malaysia ni Muslim moderate.

Dah ulang banyak Kali kot.

Kalau bawa ke Parlimen belum tentu dilluluskan.
Quote mbhcsf 25-2-2021 03:20 PM
Edited by mbhcsf at 25-2-2021 03:26 PM

nama Hakim ni sangat familiar bagi beberapa kes ye? kalau tak salah sayalah setelah mengikuti kes kes yg berkaitan syariah wow laaa...
satu bin Abdullah nyer case
satu lagi pasal unilateral ? hal apa tu berkaiatan umur anak na pilih agama, kalau salah tolong betulkan
recently on - kes yg bebaru ni , kan? yg stats Islam wanita tu diragui.
dan ini ye sekali lagi -wow

Quote mbhcsf 25-2-2021 03:27 PM
notM replied at 25-2-2021 03:19 PM
Sebab tu meols ulang2 cakap Malaysia ni Muslim moderate.

Dah ulang banyak Kali kot.

define moderate - ikut  sapa punya pemahaman, tu ? your intepretation atau mewakili kelompok  tertentu atau ape?
Quote notM 25-2-2021 03:28 PM
mbhcsf replied at 25-2-2021 03:27 PM
define moderate - ikut  sapa punya pemahaman, tu ? your intepretation atau mewakili kelompok  tert ...

Fahamkan apa Wassatiyah....
Quote awanysss 25-2-2021 03:29 PM
notM replied at 25-2-2021 03:19 PM
Sebab tu meols ulang2 cakap Malaysia ni Muslim moderate.

Dah ulang banyak Kali kot.

muslim modrate tu maksudnya? meols tak faham

Quote Skuau 25-2-2021 03:30 PM
sy tidak pasti samada lelaki tersebut seore muslim ke x.....(x bgtau nama kat artikel atas tu)......andai katalah dia tu muslim...mengapakah dia x nak dibicarakan di Mahkamah Syariah???
Quote mbhcsf 25-2-2021 03:31 PM
Edited by mbhcsf at 25-2-2021 03:33 PM
notM replied at 25-2-2021 03:28 PM
Fahamkan apa Wassatiyah....

based on whose pemahaman?
kerangka mana?
liberals? yg cairkan the actual semantic of that
yes?

kan
atau ikut ASWJ?

which intepretations?

dan i akan tahu unya akan jadi argument last sekali akan bersifat relatism

hahaha typical...
Quote awanysss 25-2-2021 03:32 PM
mbhcsf replied at 25-2-2021 03:20 PM
nama Hakim ni sangat familiar bagi beberapa kes ye? kalau tak salah sayalah setelah mengikuti kes ke ...

Ketua Hakim Negara? dia sorang je, sbb tu la femes kot..
apa2 kes mahkamah syariah pun, kalau bawak ke mahkamah persekutuan, mesti kalah..
alasan dia, sbb hak agama tu kan bebas dalam perlembagaan..
mmg selayaknya agong semua masuk campur utk pelihara agama ni.. hakim2 tu just jalankan kerja kehakiman je..
yg badan berkuasa ni buat la something..
masing2 nak duduk istana je, tp tak reti pelihara agama.. tp tu la, dorang pun kadang lebih omputih dr omputih..
Quote Skuau 25-2-2021 03:33 PM
'Dia tak takut ke....tgk la kek Sgor ni...kes x turun2 pon"-Acik Kepam.
Quote dua_chzy 25-2-2021 03:34 PM
budaktua replied at 25-2-2021 03:16 PM
bkn jubo shj...

ikut mulut pun dikategorikan 'luar tabii'...

Tapi yang ni ramai ja buat kan. Hipokret ke camna ni.
Quote mbhcsf 25-2-2021 03:34 PM
awanysss replied at 25-2-2021 03:32 PM
Ketua Hakim Negara? dia sorang je, sbb tu la femes kot..
apa2 kes mahkamah syariah pun, kalau baw ...

oh okay ...

i cuma tengk kes kes sebegini i ikuti sapa hakim hakim itu so her name is familiar lah dalam beberapa kes , that one i ingatlah dari thread thread isu semasa forum .

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.402179 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top