CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tunjuk Gambar Suami Salah, Tak Tunjuk Salah," -Datin Alyah

25-2-2021 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6705| Komen: 38

"Tak tunjuk gambar dengan suami, dituduh macam-macam. Apabila muat naik di Instagram, lain pula dicakap. Apa yang netizen nak sebenarnya?" soal penyanyi Datin Alyah mengenai sikap netizen yang menulis di ruangan komen Instagram miliknya.


Foto: IG

Alyah berkata, komen berbaur sindiran muncul sejurus dia muat naik hantaran gambar bersama suami, Datuk Ramli MS.

Menurut Alyah yang juga penyanyi lagu Meluruh itu, dia mengambil pendekatan menyekat pengguna akaun berkenaan.





"Tak fahamlah dengan orang yang busuk hati. Saya muat naik detik bahagia, perkongsian dan rasa syukur. Rasanya tak kacau orang pun, tapi masih ada yang masuk Instagram saya bagi ayat sindiran.

"Kalau nak caci, maki dan hina saya di ruangan lain saya memang tak ambil peduli, tapi apabila masuk Instagram saya dan komen dengan ayat sindiran yang anda sendiri tidak tahu cerita dari awal, bermakna anda masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya. Takkan saya nak diam.




"Saya mesti simbah air panas dengan orang macam ini. Biar dia tahu adab masuk rumah orang," katanya.

Alyah menjelaskan keterangan gambar 'I'm not ur bibik anymore, Kita seri bro' itu merujuk kepada hantaran yang pernah dimuat naik ketika program Gegar Vaganza musim ketujuh berlangsung tahun lalu.


"Ramai sangat yang buat spekulasi mengenai kapsyen bibik ni. Kapsyen ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami semasa peringkat separuh akhir GV yang lalu.

"Jadi tak perlulah menokok tambah cerita yang tak ada. Apa yang lepas tu biarlah berlalu," katanya.

Gambar memaparkan Alyah dan suami berpakaian sedondon warna kuning itu diambil ketika majlis pernikahan anak perempuan Ramli hasil perkahwinan dengan Jennifer Thompson, baru-baru ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 25-2-2021 09:27 AM
Tinyah umo 40 tahun ni ka?
Quote kucingitam 25-2-2021 10:16 AM
jgn peduliklah dgn apa org cakap..biorkan je..u just upload your moment together..i suka la tgk both of you..cute je..
Quote coco 25-2-2021 10:17 AM
tak faham..... apa kisah bibik tu
Quote tagas 25-2-2021 10:48 AM
Edited by tagas at 25-2-2021 10:50 AM

Nak main socmed hati kena kering

takat lembik2 mudah nyentap

better main forum jelah

ko nak maki luah ape pun bkn org kenal
Quote izat123 25-2-2021 11:00 AM
Dah tua tua ni tak payah lah layan haters makcik.
Quote momomikomiki 25-2-2021 11:13 AM
caption #bibik tu mengundang sgt

Quote kiah_mai_pulak 25-2-2021 11:16 AM
saje lah tu netizen nk suruh tinyah menggelabah tetksssss
Quote tembamgirl09 25-2-2021 11:18 AM
kalau hidup berkiblatkan netizen, jadila gini..tu pun nak ajar ke
Quote nanasno 25-2-2021 12:12 PM
alyah ni sayang jadi cemni suara sedap. takpela semoga berbahgia.
Quote jelitayu 25-2-2021 12:25 PM
kenapa la nak di kesahkan sesetengah netizen yg bongok2 tu. kena tahu, bukan semua org dilahirkan cerdik. ada yg mmg dah bongok sejak azali, atau makin tua makin bongok puna ramai juga...persetan kan aje la....
your IG, your caption, lantak lah sapa2 nak merempan pun.
Quote sleepandream 25-2-2021 12:57 PM
senang tokram kawinkan anak musim pkp ni...
jimat belanja
Quote dekmieDandy 25-2-2021 01:04 PM
cantik pulak cutting baju kelawar tu, sesuai dengan size alyah
Quote Redmyvi 25-2-2021 01:26 PM
kuat sentap betul dia nie.. boring
Quote me12345 25-2-2021 01:38 PM
Netizen time mco ni byk masa...budak2 pun lepak x sekolah...jgn layan
Quote prettyuglybabe 25-2-2021 01:55 PM
block saja la sapa yang buat kacau tu..
biar followers sikit tapi u tau followers u berkualiti..
anyway bagus tok ram dengan jennifer..
dah cerai pun masih boleh bekerjasama dan berbaik..
Quote lanse 25-2-2021 02:02 PM
Block kan senang. Yang pi layan buat apa.
Quote Nenasketum 25-2-2021 07:49 PM
Dia lah dulu yang suka buat benda2 mengundang kat soc med pastu nak salahkan netizen yang memang suka buat provokasi.
Quote Afifi82 25-2-2021 10:08 PM
Cantiknya baju Alyah .
Quote pichee 25-2-2021 10:15 PM
Blh x ignore je komen org datin...

Be classy la...org mmg akn ckp apa sje..u tnjk la kebahagiaan u even apa pn jd dlm hdp u...aduhai..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040412 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top