CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nyanyi Macam Sampah? Nama Pun Program Hiburan" - Sharifah Shahirah

24-2-2021 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7051| Komen: 33

Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, 46, menjadi bahan bualan warganet semalam selepas muncul dengan persembahan melucukan dan bersahaja dalam program terbaru terbitan TV3, Famili Duo.



Kredit foto: IG tv3malaysia

Menyanyikan lagu berjudul dendangan asal Ella, Standing In The Eyes of The World, Shahirah yang bergandingan dengan anak perempuannya, Tallisya tidak menyangka ramai yang menyukai persembahannya walaupun dia tidak menyanyi dengan baik.



“Seumur hidup, itulah kali pertama saya menyanyi untuk sebuah rancangan televisyen. Selama saya menjadi pengacara untuk majlis-majlis makan malam atau korporat adalah juga menyanyi itu pun saja-saja.


“Kalau ada yang tak suka dan kutuk tu, saya faham. Tak marah pun sebab sudah sememangnya saya ni bukan seorang penyanyi,” katanya.



Shahirah membuat kemunculan dalam program tersebut bersama anaknya, Tallisya yang kemudiannya meraih perhatian penonton di televisyen dan media sosial kerana gelagatnya menyanyi dengan gaya spontan sambil menyelitkan aksi humor.

Selain itu,kata isteri pelakon Ijoy Azahari ini lagi, pada awalnya dia tidak begitu yakin untuk menyertai program tersebut namun setelah dipujuk oleh pihak produksi, dia kemudiannya mengubah fikiran.



“Bila penerbit kata cuma menyanyi macam karaoke, barulah saya bersetuju. Bukan apa, takut orang menyampah tengok saya menyanyi.

“Ada juga yang komen saya buat program itu macam sampahlah sebab tak menyanyi betul-betul. Nama pun program hiburan, saya pula penghibur. Kalau mahu yang serius, ada program lain yang lebih serius,” katanya.

Selain Shahirah, Famili Duo juga turut disertai oleh penyanyi lain seperti Siti Saerah, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Lan Solo, Amyza Aznan, Fauzi Nawawi, Amelina, Zarina Zainoordin, Hefny Sahad, Ara Johari, Ezad Lazim, Zamani, Sharif Zero, Atu Zero, Shiha Zikir, Aepul Roza, Leez Rosli, Haziq Hussni, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Program itu juga dihoskan oleh Uyaina Arshad manakala Mark Adam dan Didie Alias pula merupakan juri tetap yang dilantik.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 24-2-2021 02:42 PM
Hahaha memang lawak pun! Sedap juga suara dia kalau dia nyanyi betul-betul {:love
Quote helicornia 24-2-2021 02:43 PM
kalau hiburan mmg perlu program sampah ke kak oii...patut la prog hiburan kat malaysia kebanyakannya sampah sampai takde nilai seni
Quote Tunan 24-2-2021 02:44 PM
Suara anaknya sedapppp
Quote depresio 24-2-2021 02:53 PM
Lawak gila weiiii
Nasib ko la dik ada mak ting tong camtu
Hahahaha
Tapi mmg kelakar terbaikla
Swdap gak suara dia
Pitching tak out lansung
Quote drivethru 24-2-2021 02:53 PM
Host dan juri yg sampah. X sesuai. Hambar.
Quote depresio 24-2-2021 02:54 PM
Sedap suara dua beranak ni
Kelakar pon ye
Terbahak2 aku gelak tengok dorg
Quote Kancilkering 24-2-2021 03:15 PM
best lah sore dia...kira terhibur lah juga...dari tgk anak saudara dct n her
mother...
Quote alieyrina 24-2-2021 03:19 PM
Aku terhibur ja tgk 2 beranak ni. Jadi la ella tu..
Quote ira_229 24-2-2021 03:22 PM

itu anak dia dengan Jatt Ali kan? jadi pewarisi bakat papa dia lah..
Quote ira_229 24-2-2021 03:23 PM

itu anak dia dengan Jatt Ali kan? jadi pewarisi bakat papa dia lah..
Quote ira_229 24-2-2021 03:24 PM

itu anak dia dengan Jatt Ali kan? jadi pewarisi bakat papa dia lah..
Quote vee_zara 24-2-2021 03:40 PM
Kancilkering replied at 24-2-2021 03:15 PM
best lah sore dia...kira terhibur lah juga...dari tgk anak saudara dct n her
mother...

Rengsa tengok.. budak tu kecik lagi dah kena eksploitasi dengan mak dia
Quote mesmerize 24-2-2021 03:46 PM
ai pun tengok.. sh shahira nyanyi bukan niat nak menang pun.. dia banyak main2 n melawak je tu.. kesian anak dia yang menyanyi bersungguh2
Quote likecandy 24-2-2021 03:47 PM
Kesian plak tgk Tallisya kena tahan gelak
Tapi x lah teruk mana persembahan ni, jadi jugak suara ella tu
Lain kali mintak Jatt Ali perform ngan Tallisya plak
Quote Quinharley 24-2-2021 03:47 PM
host x best family duo tu.
Quote sleepandream 24-2-2021 04:01 PM
okla kelakar la jugak... belum tahap annoying tu okla
Quote epuepy 24-2-2021 05:07 PM
Aku terhibur tgok. Kalo aku jadi anak dia, mau tergolek tahan gelak.Pitching shira pn xde la out sgt.

Ada part interview yg dia kata dia suka karok lagu ni sbb dia rasa dulu2 suara dia mcm ella. Tp skrg dh kurang sikit. Dia punye confident level mmg tip top
Quote epuepy 24-2-2021 05:09 PM
Kelakar okeh. Aku Ulang2 tgok kat YouTube tv3.
Ptiching pn xde la out mana. Masih sedap di dengar cuma tu la, part beriya nk jadi Ella tu.
Quote elnor_81 24-2-2021 05:29 PM
Aku ok je..aku rengsa hos dia..uyaina?eeuuww..tgk dia berlakon pun aku rengsa.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.195764 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top