Seiring dengan perkembangan karier nyanyiannya yang semakin memuncak nun di Amerika Syarikat, penyanyi bertaraf antarabangsa Yunalis Zarai atau Yuna juga hangat dengan kisah dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka Inggeris dikenali sebagai Julian Schratter (Jules). Meskipun sebelum ini Yuna pernah menyatakan lelaki yang juga merupakan jurugambarnya itu hanya sekadar kawan baik, namun keintiman mereka sedia menjadi bualan ramai peminat-peminat di tanah air. Lebih-lebih lagi apabila gambar-gambar mereka dimuat naik di laman Instagram. Bahkan Jules pernah mengikut Yuna pulang ke Malaysia sekitar hujung tahun lalu. "Hubungan kami macam biasa. Tapi sebolehnya saya tak mahu lah bercerita tentang hal peribadi. Ia terlalu privasi untuk saya beritahu pada umum. Lagipun saya belajar daripada kesilapan lalu membuatkan saya kini lebih selesa berahsia", tutur Yuna ringkas tatkala ditanya mengenai perkembangan hubungan rapatnya dengan lelaki tinggi lampai berkenaan. Dalam pada itu, Yuna yang ditemui pada majlis perlancaran album Inggerisnya, Nocturnal di ibu pejabat Google Malaysia semalam, turut berkata tindakannya menutup akaun sosial Instagram beberapa bulan lalu juga atas faktor mahu menjaga privasi dan keselamatanya. Dedah Yuna, dia pernah melalui pengalaman diiintip peminat fanatik yang mengetahui segala gerak gerinya menerusi laman sosial miliknya itu. "Sama jugalah dengan tindakan saya tutup akaun Instagram sebab nak privasi dan keselamatan saya. Sebelum ini saya ada pengalaman dengan stalker, itu yang buat saya risau. Sejak tutup Instagram, tak dinafi saya rindu dengan peminat-peminat. Tapi buat masa ni saya tak berhasrat nak aktifkan semula. Saya harap peminat-peminat saya faham", katanya. Target Tembusi Eropah
|
edoraixora posted on 8-11-2013 11:53 AM
baru2 ni, member ade bgambor ngan die...
elok jer die pakai tudung biase2, lagi cun dr pakai serk ...
ADVERTISEMENT