Usahawan kosmetik, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii terhadap Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36. "Dia (Sajat) dimaklumkan tidak datang dan hakim mengeluarkan waran tangkap," katanya. Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sajat, Zuri Zabuddin Budiman berkata, anak guamnya tidak menghadiri sebutan semula yang sudah ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini. "Saya tunggu juga, tapi dia tak datang.
"Mahkamah tangguh sebutan semula kes pada 1 Jun depan," katanya ketika ditemui pemberita sebaik selesai kes berkenaan di sini, hari ini. Selain Zuri, Sajat turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal. Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii. Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam. Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000. -CARI Sumber: Harian Metro
|
BicaraHatiku replied at 23-2-2021 12:23 PM
Nisha Ayub mesti busy hari nie khenn nk nak buat karangan berjela dlm fb mempertahankan bbf nye ini ...
Acikgomen replied at 23-2-2021 12:28 PM
Hihi tabaekkkk ckp akak misel pondannnn
BicaraHatiku replied at 23-2-2021 12:51 PM
Big Mike..
JalaEmas replied at 23-2-2021 12:54 PM
lolssss... terjojol kt dress hijo tu punai ke.. hanat nya.. hahaha
lucero replied at 23-2-2021 12:48 PM
apa pulak la drama yg sajat nk create bile polis nak serah waran tangkap nanti... Can he just follow ...
lucero replied at 23-2-2021 12:48 PM
apa pulak la drama yg sajat nk create bile polis nak serah waran tangkap nanti... Can he just follow ...
laksmanabentan replied at 23-2-2021 01:35 PM
tup2 nanti keluar ler surat covid 19..
tetiba sajat kena covid sebab tu tak dapat datang mahkamah.. ...
ADVERTISEMENT