Usahawan kosmetik, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii terhadap Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36.
"Dia (Sajat) dimaklumkan tidak datang dan hakim mengeluarkan waran tangkap," katanya.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sajat, Zuri Zabuddin Budiman berkata, anak guamnya tidak menghadiri sebutan semula yang sudah ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.
Foto: IG
"Saya tunggu juga, tapi dia tak datang.
"Mahkamah tangguh sebutan semula kes pada 1 Jun depan," katanya ketika ditemui pemberita sebaik selesai kes berkenaan di sini, hari ini.
Selain Zuri, Sajat turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.
Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain.
Nisha Ayub mesti busy hari nie khenn nk nak buat karangan berjela dlm fb mempertahankan bff nye ini mempromosikan dual gender concept selaras dengan kemenangan joe biden sebagai penyambung obama legasi human rights gittew ...
haritu konon jais ke jakim ke hape ke nak siasat status jantina sajat mse kontroversi g umrahhh
ape citer halll tu
dah dapt siasat lommmm
makan gaji buta je
Post time 23-2-2021 01:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pendapat pondan bapok yg aku leh terima kak vee je. Tp rasanya komuniti dorg tak berapa ngam lah kot ngn dia sbb viviana tu bukak closet ponen time keje je. Time harian dia duk bersinglet je semedang. Nisha ayob ni mempertahankan benda yg salah. Bz la dia arini eh
sebab dia tahu dia boleh manipulate the sistem, lawyer2 dan serikandi human rights tu...dia tahu nisha mesti dtg punye jadi wonderwoman sbb tu melampau sgt skrg!