CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mia Sara Dikutuk Gara-Gara Berbahasa Inggeris Di Youtube

22-2-2021 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8894| Komen: 48

Gara-gara hanya menggunakan bahasa Inggeris pada setiap video yang dimuat naik di YouTube, Mia Sara dikritik dan dianggap bangga diri dengan kebolehannya berbahasa itu.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan bagaimanapun mengakui dia lebih selesa bertutur dalam bahasa tersebut dan berharap pendiriannya dihormati.


Foto: mStar

"Saya lebih memilih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris setiap kali saya buat video di YouTube. Jadi, jangan datang dekat saya dan beritahu 'tak boleh bahasa Inggeris' atau 'bodoh orang Melayu tapi cakap bahasa pelik-pelik'.

"Bahasa Melayu... orang Melayu saja faham. Memang penonton saya seratus peratus Melayu? Eh ada ramai orang yang tak faham bahasa Melayu!" tulis Mia di Twitter miliknya.




Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menganggap penggunaan bahasa Inggeris pelakon drama Adamaya itu juga dapat membantu anak muda memperlajari struktur ayat yang betul.

"Sama! Saya lebih selesa dengan bahasa Inggeris tapi sedih apabila mengetahui ramai orang kecam kalau kita berbahasa Inggeris daripada Melayu dalam kehidupan harian. Semua orang bebas untuk bercakap dalam apa saja bahasa.

"Saya setuju dengan apa yang awak katakan. Bukannya awak tak cakap Melayu pun bila berkomunikasi dengan orang dekat luar. Dengan cara ini kita dapat improve Inggeris kita. Bila lagi kita nak fasihkan bahasa Inggeris kalau kita tak berlatih.

"Saya sangat bersetuju dengan Mia. Mungkin ianya bagus buat anak muda yang mahu memahami isi video selain boleh menambah vocab, dan mempelajari struktur ayat dalam bahasa Inggeris," komen beberapa netizen.


Foto: IG

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen mencadangkan supaya pelakon itu meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam video tersebut agar lebih mudah difahami.

Membalas komen tersebut, Mia menjelaskan jadual yang terlalu padat membuatkan dia tidak mempunyai banyak masa melakukan suntingan untuk video tersebut.

"Boleh tapi suntingan lama dan saya sibuk... jadi, saya tak boleh habiskan masa dengan melakukan suntingan untuk video saya sendiri. Saya tidak mempunyai penyunting," ujarnya.

Isu penggunaan bahasa Inggeris masih menjadi perbualan hangat netizen sejak pelakon dan pengacara Adibah Noor menegur sebutan selebriti, personaliti media sosial dan tokoh politik.

Terbaharu, tindakan keterlaluan seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak, Yusuf Shukri mentertawakan kemampuan berbahasa Inggeris seorang guru yang juga tenaga pengajar di saluran DidikTV dikecam netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-2-2021 12:26 PM
Mia kecik2 kaler coklat.. awat bila dah besaq kaler putih?
Quote Nenasketum 22-2-2021 12:52 PM
Grammar ke laut dek.... sila ‘improvement’ yerk
Quote likecandy 22-2-2021 12:54 PM
Edited by likecandy at 22-2-2021 12:58 PM
EY THERES PPL WHO DOESNT UNDERSTAND MALAY!

Ayat ni pon ada grammatical error ya.
Tapi xpe lah mia, you do you, your channel, lantaklah u nak cakap BI ke BM ke apa
I pon x tahu sheols ada youtube channel  

Edit: dah tgk sikit2 video sheols
Ada jugak sheols mix BM...so penonton yg x cakap BM tu paham ke?
Cakap pon macam x keluarkan suara, sgt slurred/mumbling

Quote Kurex 22-2-2021 12:57 PM
Iols kalau ada youtube channel, iols akan buat bahasa melayu & berlatar belakang lagu omputih
Quote Kurex 22-2-2021 12:57 PM
Iols kalau ada youtube channel, iols akan buat bahasa melayu & berlatar belakang lagu omputih
Quote Lengkong 22-2-2021 12:58 PM
Tak suka tak payah tengok


Quote Redmyvi 22-2-2021 01:25 PM
netizen malaysia ni toxic dia kuat sgt.. hak individu la nak buat apa.. semua benda pun kena judge ka..
Quote umbut 22-2-2021 01:29 PM
Biarlah... sebabtu malay x pandai speaking.. bila speaking je kena kutuk berlagak lah.. xguna bahasa melayu lah.. camna nak improve... bahasa melayu memang dah tau plus another language.. ok kan
Quote epuepy 22-2-2021 01:41 PM
Hoi. Team mate aku dri India  pn kadg2 ckp dlm broken English.jenuh aku nk paham.
Boss aku dri France pn Kdg2 salah guna past - present tense.
Apa nk kesah. Janji maksud sampai.

Quote fadz84 22-2-2021 01:43 PM
likecandy replied at 22-2-2021 12:54 PM
Ayat ni pon ada grammatical error ya.
Tapi xpe lah mia, you do you, your channel, lantaklah u na ...

Apa content YT channel beliau? Menarik ke?
Quote Agarthan 22-2-2021 02:03 PM
Kaum melayu kerjanya mengkritik. Org speaking tak betul pun nk kritik. Desperate sgt. Padahal bahasa Melayu sendiri 99% pecah
Quote ngek 22-2-2021 02:31 PM
makin cantik pulak dia ni
Quote shaiy 22-2-2021 02:51 PM
apa2 je la dik..
Quote likecandy 22-2-2021 02:56 PM
fadz84 replied at 22-2-2021 01:43 PM
Apa content YT channel beliau? Menarik ke?

I tgk ada shopping haul, unboxing, vlog, biasa2 je
Standard youtube video youtubers BBNU
Quote asudau 22-2-2021 02:56 PM
kenapa aku rasa dia ni mengada-gada ye.. ke memang remaja sekarang peel macam ni..heheh
Quote bulalof 22-2-2021 02:59 PM
umbut replied at 22-2-2021 01:29 PM
Biarlah... sebabtu malay x pandai speaking.. bila speaking je kena kutuk berlagak lah.. xguna bahasa ...

totally agreed with you.
Quote BoongaKertas 22-2-2021 03:04 PM
org pandai ckp english, kata poyo

ckp bahasa melayu tuduh kata tak reti english.

ape yg netizen mau niiiii. eh pening.


btw comel sgt mia masa drama adamaya tu.
Quote Suchi 22-2-2021 03:15 PM
Dah mcm muka mak dia dah sikit2. Mak kandung dia cainis kan? Eh ke melayu+cina lupa dah tp yg ingat dulu mak kandung dia lawa cam muka dia gaklah.

Berapa dah umur mia ni yaa? Dah spm ke belum
Quote aderaderker 22-2-2021 03:16 PM
Tak suka tengok YT dia?

Tekan button Not Interested.
Don't Recommend Channel.

Akulah salah sorang tu..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057132 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top