CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghantar Makanan Terima Tip RM1000, Pelanggan Minta Doa Supaya Diberi Zuriat

22-2-2021 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7815| Komen: 72

"Saya tidak pernah terima tip (wang) sebanyak ini daripada pelanggan, jadi memang terkejut. Saya bersyukur, ini rezeki saya," kata penghantar makanan, Muhammad Faris Faizul.

Muhammad Faris, 28, memuat naik hantaran di Facebook (FB) mengenai kisahnya menerima sampul berisi wang RM1,000 daripada seorang pelanggan wanita, kelmarin.

Dia berkata, dia menerima wang berkenaan selepas menghantar pesanan kepada seorang pelanggan di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.


Foto: FB
Muhammad Faris berkata, itu bukan kali pertama dia menerima tip daripada pelanggan tetapi jumlah diterima kelmarin adalah yang paling banyak sejak bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa awal tahun lalu.

"Sebagai penghantar makanan, memang ada pelanggan yang bermurah hati memberikan tip dan paling banyak pernah diterima ialah RM50 tetapi saya tidak berharap sangat kerana sudah memang tugas menghantar pesanan kepada mereka.

"Sama juga seperti kelmarin kerana sebaik menerima pesanan, saya bergegas mengambil makanan dipesan di restoran dan menghantarnya ke rumah pelanggan jam 5.25 petang.

"Ketika dalam perjalanan, pelanggan itu ada menghantar kiriman mesej memaklumkan saya supaya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul yang ada di situ," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selepas beredar daripada situ, Muhammad Faris berhenti rehat di satu kawasan dan terkejut apabila melihat ada RM1,000 di dalamnya.

Bagi mendapatkan kepastian, Muhammad Faris menghubungi semula pelanggan berkenaan kerana bimbang tersilap mengambil sampul sepatutnya.

"Rupanya, pelanggan berkenaan memang berniat memberi saya wang sebanyak itu.

"Dia ikhlas cuma minta saya doakan semoga dia dikurniakan zuriat dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain.

"Ikutkan saya tidak mahu berkongsi kisah itu di FB tetapi lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas terbaca hantaran saya," katanya.

Muhammad Faris berhasrat menyumbang sebahagian wang diterimanya kepada anak yatim.

"Saya belum usik lagi wang itu tetapi ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu berpanjangan.

"Siapa tahu, dengan sedekah itu, Allah makbulkan impian wanita itu untuk mendapat zuriat seperti yang diharapkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • yeos

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-2-2021 11:40 AM
Orang kaya yg murah hati...rezeki rider...
Quote Scheherazade 22-2-2021 11:43 AM
Murah hati pelanggan tu. Semoga murah rezekinya & dikurniakan zuriat yg diharapkan.
Quote tikusmontok 22-2-2021 11:49 AM
Scheherazade replied at 22-2-2021 11:43 AM
Murah hati pelanggan tu. Semoga murah rezekinya & dikurniakan zuriat yg diharapkan.

aminnn
Quote zulka 22-2-2021 11:49 AM
tung arr..
Quote otai_g 22-2-2021 11:51 AM
Bg org kaya 1k umpama rm 10 jer.
Bg org susah rm 1 tu umpama rm 100.
Ada org keje sebulan gaji dia sama dgn org lain yg keje setahun.
So, kongsi2 lah rezeki yg ada tu.
Quote che-cikL 22-2-2021 11:52 AM
Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin
Quote CARI-MRO 22-2-2021 12:00 PM
"Saya tidak pernah terima tip (wang) sebanyak ini daripada pelanggan, jadi memang terkejut. Saya bersyukur, ini rezeki saya," kata penghantar makanan, Muhammad Faris Faizul.


Muhammad Faris, 28, memuat naik hantaran di Facebook (FB) mengenai kisahnya menerima sampul berisi wang RM1,000 daripada seorang pelanggan wanita, kelmarin.


Dia berkata, dia menerima wang berkenaan selepas menghantar pesanan kepada seorang pelanggan di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.




Foto: FB


Muhammad Faris berkata, itu bukan kali pertama dia menerima tip daripada pelanggan tetapi jumlah diterima kelmarin adalah yang paling banyak sejak bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa awal tahun lalu.


"Sebagai penghantar makanan, memang ada pelanggan yang bermurah hati memberikan tip dan paling banyak pernah diterima ialah RM50 tetapi saya tidak berharap sangat kerana sudah memang tugas menghantar pesanan kepada mereka.


"Sama juga seperti kelmarin kerana sebaik menerima pesanan, saya bergegas mengambil makanan dipesan di restoran dan menghantarnya ke rumah pelanggan jam 5.25 petang.


"Ketika dalam perjalanan, pelanggan itu ada menghantar kiriman mesej memaklumkan saya supaya meletakkan makanan di meja dalam kawasan rumah dan mengambil sekali sampul yang ada di situ," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Selepas beredar daripada situ, Muhammad Faris berhenti rehat di satu kawasan dan terkejut apabila melihat ada RM1,000 di dalamnya.


Bagi mendapatkan kepastian, Muhammad Faris menghubungi semula pelanggan berkenaan kerana bimbang tersilap mengambil sampul sepatutnya.


"Rupanya, pelanggan berkenaan memang berniat memberi saya wang sebanyak itu.


"Dia ikhlas cuma minta saya doakan semoga dia dikurniakan zuriat dan berkongsi rezeki itu dengan rakan yang lain.


"Ikutkan saya tidak mahu berkongsi kisah itu di FB tetapi lakukannya dengan harapan lebih ramai yang akan mendoakan wanita itu selepas terbaca hantaran saya," katanya.


Muhammad Faris berhasrat menyumbang sebahagian wang diterimanya kepada anak yatim.


"Saya belum usik lagi wang itu tetapi ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu berpanjangan.


"Siapa tahu, dengan sedekah itu, Allah makbulkan impian wanita itu untuk mendapat zuriat seperti yang diharapkan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote messyjet 22-2-2021 12:05 PM
Hermm Ade tertengok 1 ig acah instafamos
Bgi rm50 dlm smpul tpi buat video siap ckp aah rm50 tu tok awal
Motif mentioned jumpa dh KENAPA
Quote chandrahusin 22-2-2021 12:08 PM
Aaminn Ya Rabb!
Moga tercapai hasrat
Quote Amandaminaj96 22-2-2021 12:15 PM
Alhamdulillah rezeki..rm1000 utk rakyat marhaen boleh beli mcm2.. orka rm1000 beli lip balm dior cosmetic {:cryrun
Quote renko 22-2-2021 12:19 PM
sedekah kat budak tahfiz
minta dorg doa
Quote idril 22-2-2021 12:21 PM
Edited by idril at 22-2-2021 12:30 PM

abg rider ni pun hati baik siap nak derma supaya kebaikan dan pahala tu berpanjangan untuk si pemberi....
Quote little_sis 22-2-2021 12:21 PM
Aku doakan moga makbul hajat pemberi tip 1k tu, moga terkabul hajatt dia, dan dpt zuriat yg soleh solehah..aamiin...
Quote Meiizu 22-2-2021 12:22 PM
Woowww banyak tip tu..takpelah rider ni bagitau utk war war kan kebaikan pemberi.
Asalkan jgn dedah rumah pemberi sudah.

Semoga pemberi dikurniakan zuriat soleh & solehah.
Zmn skrg ni yg ada keje rider tu lagi teruk keje dari penerima bantuan tetap.

Tengoklah pendedahan syed azmi & NGO lain...yg terima bantuan taknak berubah sebab bila dpt keje nanti bantuan stop katanya..aduhaii
Quote Tinot7 22-2-2021 12:33 PM
little_sis replied at 22-2-2021 12:21 PM
Aku doakan moga makbul hajat pemberi tip 1k tu, moga terkabul hajatt dia, dan dpt zuriat yg soleh so ...

Aminn..   
Quote prettyuglybabe 22-2-2021 12:42 PM
banyak duit pi la buat ivf..
zaman ni memang kena orang doa baru makbul ye..
Quote sally03tomato 22-2-2021 12:56 PM
prettyuglybabe replied at 22-2-2021 12:42 PM
banyak duit pi la buat ivf..
zaman ni memang kena orang doa baru makbul ye..

Dah buat lah tu... Minta doa dapat zuriat maybe melalui ivf..
Quote MissVixen 22-2-2021 12:57 PM
Kalau sedekah dekat anak yatim dan bagi makanan mahal lagi elok kot. Sambil sembang dengan budak2 ni, minta doakan dapat zuriat. Riders ni pendapatan boleh tahan.
Orang kaya ni mesti dah berpuluh kali buat ivf. Kadang2 dah takde ikhtiar lain, kita kena tawakal dan berdoa kepada Allah je. Dah cuba sehabis baik tapi kalau tuhan tak bagi, xde juga
Quote makadek 22-2-2021 01:28 PM
Jarang aku jumpa org kaya murah hati

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.075138 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top