CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"7 Tahun Menunggu, Selamat Datang Ke Dunia Axel Nova Rhee" - Jehan Miskin

22-2-2021 07:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9723| Komen: 53

Description: Pelakon Jehan Miskin berkongsi berita gembira bahawa isterinya iaitu Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu.
Pelakon Jehan Miskin berkongsi berita gembira bahawa isterinya iaitu Julie Camelia Rhee selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu.



Perkara itu dikongsikan Jehan di laman sosial dengan memuat naik foto bersama cahaya mata pertamanya yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.

Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, kelahiran putera sulungnya pada tengah malam hari ke sembilan sambutan Tahun Baru Cina diiringi letupan bunga api.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan, nama pertama saya. Lahir pada tengah malam hari ke-9 sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api, awak benar-benar keajaiban,” tulis Jehan.



Kredit foto: IG Jehan & Julie

Ruangan komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti antaranya Alif Satar, Sherry Alhadad, Anis Nabila dan Esma Daniel.

Sebelum ini, Julie Camelia Rhee yang merupakan warganegara Korea mengakui teruja dan tidak pernah membayangkan dirinya hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

"Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan datang dalam dunia kecil kami, yang akan buat segalanya-galanya berubah. Kami akan bergelar ibu bapa!

"Saya dapat bayangkan yang perjalanan ini akan menjadi sesuatu hal yang mengujakan," katanya menerusi satu posting di Instagram miliknya pada September tahun lalu.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Manjalara itu mendirikan rumah tangga dengan Julie pada Mei 2013.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Geeayden 22-2-2021 07:59 AM
Tahniah dikurniakan rezeki anak. Semoga menjadi anak yg soleh.
Quote Redmyvi 22-2-2021 08:06 AM
Alhamdulilah.. akhirnya smpai pun rezeki dia after 7 years.. look how happy jehan & wife

suka baca cerita cmni, motivasi utk aku jugak..
Quote Nenasketum 22-2-2021 08:27 AM
Tahniah, supaya anak menjadi cerdik pandai seperti Atukya, abahnya Jehan.
Quote makneng 22-2-2021 08:31 AM
Tahniah      
Quote iresju 22-2-2021 08:44 AM
Tahniah. Unik nama anak
Quote rookiecake 22-2-2021 08:52 AM
Tahniah Julia dan Rehan
Quote md_nana 22-2-2021 08:57 AM
uniknya nama. macam mana nak sebut.
Quote BoongaKertas 22-2-2021 08:59 AM
tahniah keduanya. btw jehan mmg dah x berlakon ke skrg? rindu plak nk tgk muka heols on screen.
Quote faraway1 22-2-2021 09:04 AM
Second time kenal budak separuh Korea nama Nova.
Quote kaka_tima 22-2-2021 09:17 AM
Org korea pelat R jugak. Rhee= Lhee
Quote JunkMail 22-2-2021 09:24 AM
Kelakar pulak bila translate first of my name tu jadi nama pertama saya
Langsung hilang ciri2 GoT nya
Quote Tinot7 22-2-2021 09:26 AM
Tahniah.. tingat nama axl rose..
Quote doubleA 22-2-2021 09:45 AM
Tahniah jehan dan isteri
Quote Boomibulat 22-2-2021 09:57 AM
Alhamdulillah..Jehan Miskin sudah kaya sbb sudah ada anak..
Quote adelea 22-2-2021 10:11 AM
nama baby macam letupan bintang
anyway tahniah jehan
Quote mrsbale 22-2-2021 10:35 AM
Congrats to the new parents! Syoknya ada baby baru
Quote exclusive_vvip 22-2-2021 11:14 AM
Wahhh...Tahniah Jehan n wife ...tapi napa iols rasa nama anak diorg bunyi mcm ubat..ahhh lantaklah
Quote GigaMom 22-2-2021 11:16 AM
Ayah2 yg dapat anak sulung di usia senja ni
Mesti sayang giler kat anak kaan
Quote likecandy 22-2-2021 11:17 AM
Tahniah Jehan and wife

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.403682 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top