CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Kakitangan JPJ Johor Ditahan SPRM. Manipulasi Sistem MySikap, Sebabkan Ketirisan RM3.1 Juta

22-2-2021 06:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1855| Komen: 4

Description: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) y ...



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan bermotor.

Mereka didakwa memanipulasi sistem MYSIKAP yang menyebabkan berlakunya ketirisan mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan sejak Julai hingga Disember 2019.

Menurut sumber, lima lelaki dan dua wanita berusia antara 27 dan 42 tahun itu ditahan antara pukul 11 pagi dan 1.00 tengah hari tadi di pejabat SPRM, Johor Bahru.

Kaunter hadapan JPJ dikenal pasti antara yang mudah terdedah kepada aktiviti jenayah terutama membabitkan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa. Malah, isu paling kerap berlaku adalah salah guna kuasa oleh kakitangan dengan menceroboh sistem JPJ.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki yang berada di Johor Bahru  untuk menghadiri mesyuarat bersama SPRM Johor, ketika dihubungi berkata semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok untuk direman. Siasatan akan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Beliau berkata siasatan itu bermula hasil makluman dan kerjasama yang baik oleh Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ.

Azam juga menyeru agar orang ramai yang berurusan di kaunter-kaunter jabatan untuk ambil peduli dan sentiasa memeriksa resit-resit selepas melakukan urusan di kaunter atau pun ejen-ejen yang dilantik.

Sementara itu di Alor Setar, Kedah, SPRM menahan reman empat individu termasuk seorang penolong pegawai penyiasat polis berpangkat sarjan. Ia bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tawaran RM18,000 yang tujuan menarik balik laporan polis berkaitan satu kes jenayah.

Perintah reman selama lima hari bermula hari dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim, selepas menerima permohonan daripada SPRM.

Semua suspek berusia antara 26 dan 64 tahun termasuk seorang wanita itu, disiasat mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata semua suspek ditahan antara pukul 1.00 dan 5.20 petang semalam di sekitar bandar raya Alor Setar. 


Sumber – Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 22-2-2021 08:15 AM
Buat malu penjawat awam jer
Quote Abahmung 22-2-2021 08:27 AM
fuhh 3.1 juta..busuk2 pun dapat 600k sorg
Quote Redmyvi 22-2-2021 09:20 AM
Jangan tanya la kenapa kalau family tak bhgia pastu anak2 tak menjd.. kalau dh sumber pun tak halal..
Quote Radzor 22-2-2021 12:50 PM
nak tunggu sapa2 boleh manipulasi sistem passport vaksin je

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050968 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top