CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

DJ Digantung Tugas, Cikgu Rafidah Bangga Jadi Guru

20-2-2021 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23895| Komen: 180


Berikutan menjadi bahan jenaka seorang DJ, Cikgu Rafidah Rahmat menerusi hantaran di Facebooknya mengakui kelemahan diri ketika mengajar.

“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya,” tulisnya.


Kredit foto: FB

Dia bagaimanapun berkata bangga menjadi seorang guru dan berharap segala urusannya dan rakan pendidik lain dipermudahkan.

Menerusi ruangan komen pula, ramai menitipkan kata-kata semangat di samping menasihatinya supaya mengabaikan kritikan negatif orang ramai.

Terdahulu, tular video seorang DJ mentertawakan cara penyampaian guru berkenaan ketika mengajar melalui saluran televisyen DidikTV.


Memetik laporan Kosmo! Yusuf Shukri yang merupakan penyampai radio Hitz FM Sarawak digantung tugas selepas video itu mendapat kecaman hebat.  - CARI
5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • coco

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 19-2-2021 11:01 PM
“Saya bangga jadi cikgu” – Cikgu Rafidah

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... ikgu-cikgu-rafidah/

Oleh NUR HUDA MUSA
19 Februari 2021, 8:03 pm


Rafidah turut memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya sedang bersiaran di saluran televisyen DidikTV.

PETALING JAYA – Saya bangga jadi guru.

Itu luahan seorang guru wanita yang dijadikan bahan jenaka seorang penyampai radio yang tular baru-baru ini.

Guru tersebut, Rafidah Rahmat, melalui satu hantaran Facebook peribadinya berkata, dia bagaimanapun mengakui kelemahan yang berlaku semasa mengajar.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku (Facebook).

“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” katanya.

Status guru tersebut telah mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen memberi kata-kata semangat.

Tinjaun Kosmo! di ruang komen juga mendapati, netizen turut menasihati Rafidah supaya tidak menghiraukan kata-kata kecaman selain turut berterima kasih kepada guru berkenaan.

Terdahulu, seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak, Yusuf Shukri, digantung tugas selepas video dia mentertawakan guru tersebut yang sedang mengajar melalui saluran televisyen DidikTV mendapat kecaman hebat. – K! ONLINE
Quote jejarihalus 19-2-2021 11:03 PM
Alahai bingai sungguh...Aku rasa budak setan ni subjek lain dia bingai
Quote EJALTI 19-2-2021 11:04 PM
Padan muka....tunjuk lagik kebodohan bingai tolol tuh kat TikTok...
Quote Orennn 19-2-2021 11:09 PM
Mmg kurang ajar sgt2 lah cara dia tu. Bukan tak blh kritik, tp tu kan cikgu tgk pun tahu dia tak fasih sgt ckp english n buat presentation depan camera. Bagilah constructive criticism bukannya ko hina dia. Klu yg mcm makcik rina harun tu aku mmg tak kesian sbb dah g belajar kat us cv gemparrrr kan main nak tulis study kat US sekali ckp hauk dahlah salah guna kedudukan dgn pesen designer mekap retis dtg opis kpm photoshoot bagaiii kat ofis kpm.
Quote ifanonline 19-2-2021 11:10 PM
Quote Manjahati 19-2-2021 11:16 PM
X pasal2 kena gantung tugas...lain kali beringat sebelum nk persendakan org
Quote EJALTI 19-2-2021 11:22 PM
Penyampai radio biadab digantung tugas

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... ab-digantung-tugas/

Oleh NUR HUDA MUSA
19 Februari 2021, 6:17 pm



Seorang penyampai radio digantung tugas selepas memuat naik video menggunakan aplikasi TikTok mempersenda cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita.

Pengurus Besar Astro Radio East Malaysia, Hafiz Nizamuddin, berkata pihaknya memandang serius kejadian yang berlaku selain memohon maaf atas perilaku "buruk" DJ terbabit.

“Kami memohon maaf atas sikap buruk seorang daripada penyampai radio kami berhubung video yang menjadi tular baru-baru ini.

“Kami akan melancarkan siasatan dalaman berhubung isu berbangkit.

"Pada masa sama, penyampai radio terbabit akan digantung tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, DJ Yusuf atau nama penuhnya Muhammad Yusuf Shukri membuat satu video sebagai respons kepada sebutan bahasa Inggeris guru wanita sambil memaparkan reaksinya ketawa berdekah-dekah.

Video tersebut mencetuskan kemarahan netizen dengan segelintir daripada mereka mendesak stesen radio Hitz Sarawak memecat segera DJ Yusuf.

Namun, segelintirnya pula meminta Yusuf tidak dipecat sebaliknya menggesa dia memohon maaf secara terbuka.

Yusuf, 29, bagaimanapun sebelum itu sudah menurunkan video berkenaan selepas teruk dikecam melalui Twitter dan platform lain media sosial.

Menurut Hafiz lagi, sebagai sebuah badan penyiar pihaknya komited untuk menyampai dan menghiburkan pendengar.

“Hitz komited untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Yusuf meminta bantuan secara terbuka agar dia dapat dihubungkan dengan guru berkenaan untuk membolehkannya memohon maaf atas sikap yang dipamerkan.

“Perkara pertama adalah saya dengan seikhlas hati memohon maaf kerana mempersenda guru terbabit.

“Ia langsung tidak lucu dan saya tak boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk membenarkan sesuatu sikap buruk.

“Ia satu sikap saya yang amat biadab dan untuk itu saya mahu memohon maaf secara peribadi kepada dia dan keluarganya.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua guru-guru yang tersinggung selepas menonton video yang saya hasilkan,” katanya.
Quote Punat_button 19-2-2021 11:26 PM
nah siapa nak tengok...

[fbp]https://www.facebook.com/watch/?v=169482891432082[/fbp]


Quote notM 19-2-2021 11:30 PM
Tapi English orang Kuching meols Tak nafikan better berbanding English orang Kajang

Haaaaaaa

Sebab diorg ada kelas Bible dan English import dari luar negara.
Quote rikiruj 19-2-2021 11:32 PM
gila nak jadi influencer sampai melangkau batasan... banyak kes.. kalau luar negara prank sampai cederakan orang dan diri sendiri.
Quote notM 20-2-2021 12:02 AM
Edited by notM at 20-2-2021 12:07 AM

Tapi memang sebutan Sheols teruk sangat....Masa buka caption di YouTube...Womb jadi Room..time up jadi thumbs up...nine months jadi nice month.

Lagi satu orang Putih mana ada sebut beralun, berlenggok macam tu....diorg sebut tegas, jelas dan sweet....haaaa

Adverb diucap dengan intonasi tak beralun Dan Tak panjang..
Quote cha-cha 20-2-2021 12:19 AM
Serabut nya video tu. Yang ketawa serabut, yang teacher pun serabut.
Quote dudaberhias 20-2-2021 12:21 AM
Padan mukaaaa
Quote tumpanglalu74 20-2-2021 12:24 AM
Aku pon rase keamanan jiwe aku terganggu dengan alunan sora cekgu ni..
Quote tikusmontok 20-2-2021 12:26 AM
Dah tiba musim dj2 radio bangang kena gantung ke ni
Quote Tinot7 20-2-2021 12:28 AM
notM replied at 20-2-2021 12:02 AM
Tapi memang sebutan Sheols teruk sangat....Masa buka caption di YouTube...Womb jadi Room..time up ja ...

Dikdum, it's supposed to be "time's up" or "time is up". Bkn time up, ye.

Ckp beralun ni bergantung kpd lokaliti. Ni stail org melayu mesia ckp. Stail omputih ada byk: ada yg beralun, ada yg tak.
Quote notM 20-2-2021 12:39 AM
Edited by notM at 20-2-2021 01:30 AM
Tinot7 replied at 20-2-2021 12:28 AM
Dikdum, it's supposed to be "time's up" or "time is up". Bkn time up, ye.

Ckp beralun ni bergan ...


Adverb Tak disebut beralun....sebab word tu x panjang.

Then sepatut just say then....Tak perlu Theeeeennnnn,

Such a waste of time and energy untuk stress pada word 'Then'..in fact Tak perlu pun
Quote Tinot7 20-2-2021 12:40 AM
notM replied at 20-2-2021 12:39 AM
Adverb Tak disebut beralun....sebab word tu x panjang.

Then sepatut just say then....Tak perlu  ...

Itu stail dia ckp, stail yg ramai org iols pernah tgk buat cenggini. Hang tak pernah ke masuk pertandingan bercerita dlm BM, dikdum?
Quote diazzaid 20-2-2021 12:41 AM
Tinot7 replied at 20-2-2021 12:28 AM
Dikdum, it's supposed to be "time's up" or "time is up". Bkn time up, ye.

Ckp beralun ni bergan ...

Khennn. Itu blom dgr lagi kalo org Siam ckp English. Lg lah obvious lenggok Thai nye

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.074462 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top