CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Comelnya Anak Ada Tahi Lalat, Tapi Hati-Hati Dengan 5 Tanda Ini!

20-2-2021 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2960| Komen: 2

Description: Tahi lalat merupakan satu keadaan pada kulit yang biasa terjadi kepada ramai orang termasuk kanak-kanak. Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan tahi lalat yang tumbuh pada kanak-kanak boleh mendatang ...
Tahi lalat merupakan satu keadaan pada kulit yang biasa terjadi kepada ramai orang termasuk kanak-kanak. Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan tahi lalat yang tumbuh pada kanak-kanak boleh mendatangkan bahaya.




Secara umumnya, tahi lalat tumbuh ketika zaman kanak-kanak atau remaja dan ia boleh membesar serta berubah warna gelap sejajar dengan peredaran masa. Kebiasaannya ia tidak berbahaya.

Bagaimanapun, kehadiran tahi lalat di bahagian tertentu badan boleh menjadi petanda melanoma atau kanser kulit. Berikut adalah beberapa tanda tahi lalat yang berbahaya dan perlu dirujuk ke hospital.


Kredit foto: Ada bayi yang baru lahir sudah mempunyai tahi lalat dan ia kemerah-merahan.


1. Perubahan tahi lalat
Tahi lalat yang tumbuh atau berubah warna adalah normal namun anda perlu berwaspada jika ia mengalami perubahan dengan sangat cepat.

2. Tahi lalat berbentuk kubah, bergerigi
Jika tahi lalat tumbuh menonjol seperti bentuk kubah berwarna kemerah-merahan atau coklat gelap ia mungkin adalah spitz nevus.

Spit nevus biasanya muncul ketika seseorang berusia 10 ke 20 tahun. Meskipun tidak bahaya, tetapi keadaan itu serupa dengan melanoma yang boleh berdarah, pecah dan membesar dengan luar biasa.

3. Berdarah
Tahi lalat yang berdarah tanpa sebab meskipun tidak diusik berkemungkinan petanda melanoma. Segeralah berjumpa doktor.


Kredit foto: Saiz tahi lalat yang besar boleh menjadi petanda ia tidak normal.

4. Jumlah tahi lalat banyak
Secara umumnya, orang dewasa akan mempunyai 10 ke 20 tahi lalat pada tubuh mereka namun jika kanak-kanak mempunyai 50 tahi lalat, waspadalah!

Ia boleh menceritakan tentang keadaan kesihatan kanak-kanak, sama ada melanoma, kanser atau penyakit kulit yang lain.

5. Saiz
Selalunya saiz tahi lalat hanya kecil dan tidak menonjol. Bagaimanapun, ada sesetengah kanak-kanak saiz tahi lalat mereka cepat membesar dan berbentuk luar biasa.

Kanak-kanak yang memiliki tahi lalat yang besar berisiko mengalami melanoma dan masalah kesihatan lain.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 20-2-2021 03:16 PM
Ank2 buah ade lh 2, 3 org yg ada tahi lalat sgt besar

Yg sorg kt tgh2 dahi
Jenis timbul
Saiz lbh kurang syiling 50 sen lm
Now dh 13 thn umur dh x berapa nmpk

Lg sorg kt tgn
Saiz lbh kurang seinci setengah
Pun sm jenis timbul, dkt 0.3 cm jgk kot tebal
Warna hitam dh makin pudar, nk sm warna kulit dh
Tp saiz mcm tu jgk
Klu pegang lembik je
Now she's 8 years old




Quote Artemesiaa 21-2-2021 11:21 AM
Eloklah rujuk doktor kalau rasa bimbang akannya.  Kurang2 boleh tahu sama ada ianya selamat atau tidak.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042627 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top