CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harap Peminat Tak 'Bosan', Kristal Mahu Kekal Relevan

19-2-2021 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2721| Komen: 12

Walaupun penularan Covid-19 hingga kini belum berakhir, namun perjalanan kerjaya seni perlu diteruskan.

Bagi kumpulan Kristal, harapan tetap dipertaruhkan berikutan mereka juga tampil dengan lagu baharu berjudul Bosan ciptaan Ejai Aziz tahun lalu.


Kristal yang dianggotai Rody sebagai pemain gitar, Kechiq (bass) dan Acap (dram) turut muncul dengan penyanyi baharu iaitu Ewal Ismail.

Menurut Ewal, apa yang diharapkan Kristal adalah lagu Bosan yang dilancarkan Oktober tahun lalu terus diterima baik pendengar muzik dan peminat.


Foto: Harian Metro

"Kami berharap akan dapat meneruskan perjuangan muzik ini sehingga berjaya dan mahu sentiasa kekal relevan.


"Saya sendiri sedia berjuang dengan Kristal kerana kami memiliki matlamat sama. Kami mahu terus berkarya dalam bidang muzik dengan berkongsi pelbagai idea segar.

"Apapun, dengan kehadiran single Bosan ini kami mahu peminat Kristal dan pendengar muzik menilai hasil kerja yang dibuat dengan baik dan positif," katanya.

Menurut Ewal, antara dia dan Kristal, masing-masing ada pengalaman yang lama dalam bidang muzik. Cuma, sekarang mereka baru berpeluang bergabung untuk mengukuhkan kumpulan itu.

"Pembabitan saya bersama Kristal kini adalah rezeki dan selain itu, saya juga berkebolehan menyanyi pelbagai genre lagu. Malah, saya serasi dengan semua anggota Kristal.

"Kami boleh berbincang dan bertukar fikiran dan kami juga saling menyokong. Sekarang, apa yang kami ingin dan harap semoga lagu Bosan terus mendapat sokongan," katanya.

Menurut Ewal yang mewarisi bakat seni daripada bapanya yang juga bekas penyanyi Wings iaitu Mel, minat pada nyanyian yang terlalu mendalam selama ini membuatkan dia tidak gentar terus mencuba dan enggan berputus asa.

Katanya, tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha. Oleh itu, selagi ada peluang, dia tidak mahu melepaskannya begitu sahaja. Dia juga yakin dengan sokongan peminat.

"Saya sudah menyanyi sejak kecil dan pelbagai pertandingan nyanyian saya sertai hingga ke Hollywood. Jadi, saya takkan mengalah kerana yakin rezeki masih tetap ada dalam kerjaya seni ini," katanya.

Terdahulu, muzik video lagu Bosan yang dimuat naik di platform YouTune MVM Music, hingga kini mencatat lebih 153,000 tontonan. Malah, lagu Bosan juga boleh diperdengarkan menerusi pelbagai pelantar muzik digital. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 19-2-2021 10:13 AM
kekal relevan?

gaya / imej rockers 80an.

music & sound still trend 80an.

rambut panjang mcm thn 80an.

riff guitar style 80an.

rock la sgt.

80an habis!
Quote pearl.silver 19-2-2021 10:56 AM
bulalof replied at 19-2-2021 10:13 AM
kekal relevan?

gaya / imej rockers 80an.

Udahnye zaman la ni lagu leweh2
U so cute la
Pujuk boifren merajuk la

Xkn kristal nk wat lagu cute2 mesra tiktok gitu..
Quote Carcosa 19-2-2021 11:11 AM
Aku tgk gambar kat atas tu pun, aku dah terbau busuknya sekor2. Semua muka busuk
Quote Yabang 19-2-2021 11:30 AM
Kristal kena ada lan,, lan sorang saja sesuai dgn kristal.. tanpa lan baik lu org tukar nama kumpulan..
Quote Yabang 19-2-2021 11:30 AM
Hidup lan kristal
Quote epuepy 19-2-2021 12:57 PM
Yabang: Kristal kena ada lan,, lan sorang saja sesuai dgn kristal.. tanpa lan baik lu org tukar nama kumpulan..


Setuju. Cuma lan je yg sesuai jadi lead vocal kristal. Btw, tukar la imej tu. Dh thn 2021dh pn..
Quote Nenasketum 19-2-2021 05:35 PM
Depa ni suma tak abis skolah kan. Ko skolah tak, kata Diva AA
Quote KIM.K 19-2-2021 05:41 PM
Takda gambar burung..takleh nak buat apa
Quote jijioaynna 20-2-2021 07:53 AM
Music band kt malaysia ni cuba tgk band2 kt korea tu FTisland,CNblue...muke,style wangi2,lagu2 best.. Kt cni...aduiii..muka malas mandi ..
Quote user.name 20-2-2021 02:02 PM
ko ni konon dah menang anugerah antarabangsa bagai pon imej tetap busuk kepam?
Quote user.name 20-2-2021 02:02 PM
Quote user.name 20-2-2021 02:03 PM
ko ni masuk af pon sendu jadi pelakon pon sendu masih gegeh lagi nak masuk kristal yang dah lama sendu?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072298 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top