CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fendy Bakry Tak Harap Duit Shooting Je, Gigih Berniaga Kecil-Kecilan

19-2-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3399| Komen: 7

Description: Penggiat seni antara golongan yang paling terkesan ekoran pandemik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penggiat seni antara golongan yang paling terkesan ekoran pandemik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disebabkan itu, pelakon, Fendy Bakry memilih untuk tidak berdiam diri sebaliknya memfokuskan perniagaan kecil-kecilan.


Foto: IG

"Sejak PKP ini, saya akui turut terkesan. Banyak kerja tergendala dan apabila tak boleh menjalani penggambaran seperti biasa, saya fokus kepada perniagaan makanan yang saya usahakan.

"Sebagai penggiat seni, saya faham yang paling terasa impaknya adalah mereka yang bekerja di belakang tabir. Ada kerja, adalah gaji.

"Tapi, pada masa sama, kita kena fikirkan sesuatu untuk menampung kehidupan dan jana pendapatan dalam tempoh krisis ekonomi seperti sekarang," katanya.




Menurut Fendy, penggiat seni hari ini tidak boleh mengehadkan kemampuan dan mata pencarian dengan satu cara saja.

"Kalau nak teruskan kelangsungan hidup, kita kena 'cipta' sesuatu. Nak harapkan kerja penggambaran saja, memang tak boleh juga," katanya.

Berkongsi mengenai kerugian yang dialami kerana hilang tawaran kerja, anak kelahiran Perlis itu berkata, tidak ada apa-apa yang dapat dilakukannya.

"Kerugian memang banyak. Ada tawaran yang saya juga terpaksa tolak atas beberapa sebab. Sekarang, penggambaran dibenarkan secara 'indoor' saja dan itu juga mengehadkan banyak aspek," katanya.




Sama seperti penggiat seni lain, Fendy juga mengharapkan ada sinar cerah buat masa depan industri kreatif tanah air.

Terbaharu, dia menantikan kehadiran drama lakonannya, Tak Sempurna Mencintaimu yang dijangka ditayangkan di slot Akasia TV3 menjelang Mac ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 19-2-2021 02:48 PM
Hero kepam
Quote September14 19-2-2021 04:19 PM
Bgusla x mcm yg sorg tu duk merempan kutuk gomen lpstu thegeh2 mnta job gomen.. usaha malas bersenam pun malas..
Quote tagas 19-2-2021 07:08 PM
Laku ke rempit selekeh camni
Quote shernazz 20-2-2021 09:54 AM
Makin kepam plak
Dulu ada la juga hensem.dia..
Hurm...
Quote slyfynx 20-2-2021 12:54 PM
Ni gmbr beliau ke?
Quote GegarVaganja 20-2-2021 03:26 PM
slyfynx replied at 20-2-2021 12:54 PM
Ni gmbr beliau ke?

Bukan nok.
Ni Sangpiji rasanya.

Quote fadz84 20-2-2021 11:04 PM
slyfynx replied at 20-2-2021 12:54 PM
Ni gmbr beliau ke?

Ni sangpiji

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.234771 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top