Izzue Islam mengakui pernah diajak kahwin oleh beberapa wanita tidak dikenali menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram. Rela menjadi madu kepada isteri, Awin Nurin katanya. Malah, Izzue mendedahkan dia menerima banyak mesej sedemikian, bukan setaka satu dua saja.
Bagaimanapun, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan 30, dan isteri tidak pernah melayan mesej sedemikian. "Kami lebih suka biarkan semua DM yang kurang bermoral seperti itu. Kami tak perlu layan selagi ia tidak mengganggu keharmonian dalam rumah tangga serta hubungan sesama pasangan. "Lagi pun, buat apalah nak layan sebab saya dan Awin tidak pernah kenal mereka. Tambahan pula, di media sosial kebanyakan pengguna muncul dengan akaun palsu. Namun, ada juga yang guna akaun betul. Perkara macam ini memang tak boleh dilayan. Lebih baik biarkan saja dan kita bersama pasangan terus jalani kehidupan seperti biasa," katanya kepada Harian Metro.
Izzue juga menegaskan tindakannya sering berkongsi foto dan video romantis bersama isteri adalah tanda sayang seorang suami dan bukan mahu mencari perhatian wanita lain.
|
anggeriklatifah replied at 18-2-2021 05:34 PM
apa2 pun aku respek dgn dia ni yang setia dgn isterinya
iols selalu dgr dia cakap awin teman ketika ...
samshik: Die mmg ada rupa.. Tp ada rupa jela..patung supermarket pun ada rupa.. Yg lelain tu xder yg menarik pun.. Rsnyer alif satar lg outstanding even rupe m ...
ADVERTISEMENT