CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Serina Redzuawan Sedang Hangat Bercinta, Belum Sedia Dedah Identiti Kekasih

18-2-2021 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14129| Komen: 77

Ketika ujian melingkari hidup dengan pelbagai fitnah yang bertebaran, pengacara, pelakon dan usahawan, Serina Redzuawan, 39, diberikan nikmat lain.

Nikmat indah yang sudah lama diketepikan sejak berpisah dengan bekas suami, kira-kira lima tahun lalu. Hatinya kini sedang berbunga cinta apabila menjalinkan hubungan dengan seseorang insan istimewa.

Sejak sekian lama, anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan itu mula membuka pintu hatinya menerima cinta lelaki lain.

Ramai terkejut apabila Serina menukar status 'In a relationship' dalam Facebook (FB) sejak pertengahan Januari lalu. Namun, siapakah jejaka bertuah yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu masih dirahsiakan.


Foto: IG


Bagi ibu kepada Tristan Tareef dan Isabella Saffiya, tidak salah dirinya ingin merasai nikmat dicintai dan mencintai seseorang, biarpun pernah berdepan dengan kegagalan rumah tangga.

"Secara jujurnya, saya sedang mengenali hati budi seseorang. Saya akui, hati sudah ditawan dan dimiliki seseorang. Kami baru sahaja berkenalan sejak beberapa bulan lalu.

"Cuma, saya belum bersedia berkongsi siapa gerangan jejaka yang berjaya membuka pintu hati yang pernah terkunci ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik.

"Sebagai wanita dan ibu, saya juga mengimpikan memiliki mahligai rumah tangga yang bahagia seperti pasangan lain. Mungkin saya pernah melalui pengalaman perkahwinan yang hancur, tetapi Allah lebih mengetahuinya. Saya juga mahu bahagia dan rasa dicintai lelaki.




"Insya-Allah, saya akan berkongsi berita baik sekiranya apa yang diharapkan menjadi kenyataan. Cuma, buat masa ini, berilah saya ruang untuk mengenalinya terlebih dahulu," katanya kepada BH Online.

Serina berkata, anak-anaknya tidak kisah dengan siapa bercinta, malah mereka menerima seadanya.

"Mereka masih kecil untuk tahu situasi yang saya lalui. Ada perkara tertentu mereka faham. Contohnya, saya dan bekas suami sudah berpisah. Saya pun sudah lama bergelar ibu tunggal, jadi sampai bila saya mahu menutup pintu hati?

"Bagaimanapun, setakat ini, Papa belum tahu lagi. Tetapi, apa sahaja dilakukan restu Papa paling utama. Hubungan kami baik-baik sahaja. Papa terlalu sibuk menguruskan restorannya. Saya ada juga membantunya termasuk melakukan promosi dalam media sosial. Papa juga menyokong perniagaan yang saya usahakan," katanya.



Mengulas dikaitkan dengan lelaki 'scammer' yang ditahan, baru-baru ini, Serina berkata, pelbagai fitnah mengaitkan dirinya dengan lelaki berkenaan.

"Hidup ini memang tak lepas ujian dan pelbagai fitnah. Saya difitnah dan dikaitkan dengan lelaki 'scammer' berkenaan. Bagaimanapun, saya sudah membuat laporan polis.

"Saya mengenali lelaki berkenaan selepas menunjukkan minat melabur dalam perniagaan yang saya usahakan. Jujurnya, saya tidak tahu lelaki ini terbabit dengan kerja tidak betul. Apabila lelaki ini ditangkap, timbul macam-macam fitnah mengaitkan saya. Kenapa pula nak mengaitkan saya, sedangkan saya baru kenal lelaki ini.

"Saya sudah berhijrah, kenapa saya nak buat kerja gila? Sudahlah saya ibu tunggal, berniaga dan mencari rezeki, setiap hari. Saya kecewa apabila nama saya terpalit buruk hanya kerana mengenali lelaki ini. Kami hanya berurusan soal bisnes, tetapi dia belum pun sempat membuat pelaburan," katanya.



Katanya, biarpun diuji dengan pandemik COVID-19, bisnesnya berkembang dengan baik.

"Sekarang saya fokus dengan perniagaan telekung, Serina Inspire serta bisnes makanan dan minuman, Serina Food Empire.

"Niat saya mahu membantu ibu tunggal dan orang buta berniaga Industri Kecil dan Sederhana yang membekalkan makanan kepada saya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 18-2-2021 09:08 AM
Cantik Chef Wan..
Quote wadiunong 18-2-2021 09:22 AM

iols respek anak2 CW ni diaorang tak pernah nak tumpang kekayaan & populariti bapaknya.

mmg nampak la Serina ni gigih cari rezeki . CW pon jenis tak cover kalo anak2 buat salah. sama je dia hentam
Quote Fazzbulous 18-2-2021 09:40 AM
wadiunong replied at 18-2-2021 09:22 AM
iols respek anak2 CW ni diaorang tak pernah nak tumpang kekayaan & populariti bapaknya.

mmg nam ...

btul..tringat masa cw marah btul bila srina bg hak pjagaan anak kt ex..sanggup dia crikn lawyer tbaik utk anak dia fight...pengorbnan seorg ayah weii...
Quote MontanaHannah 18-2-2021 09:42 AM
Bodoh serena ni

mahkamah beri dia hak jagaan anak tp dia tolak ,dia nak share hak tu dengan bekas suami.

Dia ni xberapa jaga suami dia dulu.

Apa tujuaan cari lain kalau yg dah ada pun xdijaga ???

xperlu lah ,kanggg bercerai lagi.

chef wan ni kaya ,berjaya tp agama xde,  chef wan ni gay.

ada bela anak ikan...habis anak-anak dia gagal rumahtangga

berubahlah,kita semua xtongkat langit.
Quote epal21 18-2-2021 09:48 AM
Dia terkait dgn lelaki scammer mana? Ketinggalan pulak iols. Semoga ke jinjang pelamin dgn lelaki misteri tu macam kak kepoms, elok je berlakikan cikgu.
Quote matchstick 18-2-2021 10:00 AM
epal21: Dia terkait dgn lelaki scammer mana? Ketinggalan pulak iols. Semoga ke jinjang pelamin dgn lelaki misteri tu macam kak kepoms, elok je berlakikan cikg ...


Hahaha..bila sebut lelaki misteri ni mmg aku bayangkan scammer je
Quote matchstick 18-2-2021 10:01 AM
Serina ni kalau diet n pakai cantik2 confirm lagi letops drpd Rina harun
Quote stinger.baik 18-2-2021 10:03 AM
dngn negro pulak ke?

haaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote Nenasketum 18-2-2021 10:41 AM
Ramai jer losers and opportunists akan kawen ngan dia ni. Dok meroyan kata single mom, tapi cincin kat jari cincin puluh ribu. Pigi daaah.
Quote kakakpositifker 18-2-2021 10:54 AM

hahahahahaha jahat mu
Quote mh17 18-2-2021 10:58 AM
Sampah,tlg clear!
Quote juruterra 18-2-2021 11:00 AM
MontanaHannah replied at 18-2-2021 09:42 AM
Bodoh serena ni

mahkamah beri dia hak jagaan anak tp dia tolak ,dia nak share hak tu dengan bekas ...

chouls dok serumah dgn serina & chefwan ke mcm tau semua hal dlm kain mereka
Quote GegarVaganja 18-2-2021 11:02 AM
MontanaHannah replied at 18-2-2021 09:42 AM
Bodoh serena ni

mahkamah beri dia hak jagaan anak tp dia tolak ,dia nak share hak tu dengan bekas ...

Tapi chuolls, anak2 n cucu2 dia terima boyfriend dia seadanya okeh. Relaks2 je event2 keluarga bf ada sekali. Dah diterima masuk keluarga rasanya

Quote TomyamPuteh 18-2-2021 11:05 AM
Cer korang gugel gmbr2 serina time dia ank dara dolu2. Mmg cantik sggh.
Quote NazRysha 18-2-2021 11:06 AM
wadiunong replied at 18-2-2021 09:22 AM
iols respek anak2 CW ni diaorang tak pernah nak tumpang kekayaan & populariti bapaknya.

mmg nam ...

aah kan
tak menempel langsung kekayaan bapaknya
gigih meniaga macamm2

Quote Tinot7 18-2-2021 11:08 AM
GegarVaganja replied at 18-2-2021 11:02 AM
Tapi chuolls, anak2 n cucu2 dia terima boyfriend dia seadanya okeh. Relaks2 je event2 keluarga bf  ...

Apa rupa anak ikan tu?
Quote mieymiey 18-2-2021 11:11 AM
Semangat yach badan sheols sekarang. Sheols ni cantik, cuba jaga badan. Buat come back macam Balkish tu. Letops!
Quote GegarVaganja 18-2-2021 11:14 AM
Tinot7 replied at 18-2-2021 11:08 AM
Apa rupa anak ikan tu?

Chuolls check je IG cep1. Melambak je gambar dia. Lagi eensng nak kenal, chuolls cari post keluarga. Confirm ada menyelit. Haha
Quote Tinot7 18-2-2021 11:26 AM
GegarVaganja replied at 18-2-2021 11:14 AM
Chuolls check je IG cep1. Melambak je gambar dia. Lagi eensng nak kenal, chuolls cari post keluarg ...

Tak jumpe...

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054978 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top