|
Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story nekad mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat insurans terkemuka negara kerana masih belum melunaskan bayaran. Bukan jumlah yang sedikit, hampir RM200,000 katanya. Mana Ruhainies tidak berang. Lantaran itu, Ruhianies memberi tempoh tiga hari agar syarikat berkenaan melunaskan bayaran tersebut. Dalam hantaran lain, Ruhianies berpesan kepada orang ramai supaya berfikir masak-masak sebelum mengambil sebarang insurans. "Diorang ni bab memujuk memang pandai, bila ada kes atau isu, senyap. Mengelak tak jawab bila dihubungi, Dah setahun berlalu, mana boleh sabar lagi," tulisnya.
Berkata kepada Gempak, dia memberi masa sehingga Jumaat ini bagi pihak terbabit memberi penjelasan dan melunaskan hutang yang dituntut. - CARI
|
CiliPadiSedap replied at 17-2-2021 11:17 PM
Banyak tu rm 200k mcm harga myvi
addamnor replied at 17-2-2021 11:31 PM
Myvi apa harga sampai 200k? Turbo charge engine volvo full spec with AI controller ke?
bedahmenjuyah replied at 17-2-2021 11:29 PM
Jarang2 berita kemut tak de kena mengena dgn boipren jantan dan sewaktu dgn nya
LadyCarefree replied at 18-2-2021 04:34 AM
Dia masih berendut dgn bf melei London ke?
lofar11 replied at 18-2-2021 05:22 AM
dh putus dah pun last year, klau x tiap minggu post Bergabo dpn bf umo 24 punya Ferrari eh silap m ...
ADVERTISEMENT