Singapura: Media Singapura memperoleh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita muda berlari ke dalam sebuah kereta yang sedang terbakar di Jalan Tanjong Pagar di sini, untuk menyelamatkan lima individu termasuk tunangnya yang terperangkap dalam kenderaan itu.
Bahan visual itu diperoleh secara eksklusif oleh akhbar The Straits Times. Kereta BMW M4 putih yang terlibat dalam nahas berkenaan dilihat berpusing-pusing selama beberapa saat pada 5.40 pagi Sabtu lalu sebelum merempuh sebuah rumah kedai, demikian menurut versi dalam talian akhbar harian itu. Lampu isyarat kereta itu boleh dilihat berada dalam keadaan berkelip-kelip kira-kira 15 saat sebelum kenderaan tersebut meletup dan terbakar.
Kira-Kira 20 saat kemudian, Raybe Oh kelihatan dalam video itu. Dia dilihat berlari ke arah kereta yang sedang terbakar dan terus masuk ke dalam api yang sedang marak. Dia muncul 10 saat kemudian dalam keadaan badannya dijilat api dan dilihat berlari ke arah beberapa rumah kedai yang terletak bertentangan dengan jalan sempit dua lorong itu. Menurut akhbar itu, Oh, 26, seorang bekas pramugari kini dalam keadaan kritikal di Hospital Besar Singapura dan dilaporkan mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus badannya. Kereta yang terbakar itu dipandu oleh tunangnya, Jonathan Long, 29, dan turut dinaiki empat rakan lelaki tersebut iaitu Eugene Yap, 29; Elvin Tan, 28; Teo Qi Xiang, 26; dan Gary Wong, 29. Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa ia melihat enam klip video berhubung nahas itu antara 5.24 pagi dan 5.50 pagi. Kereta BMW itu dilihat melakukan tiga pusingan di jalan yang sama sebelum hilang kawalan dan terbabas semasa pusingan keempat. Kereta itu dilihat dipandu lebih perlahan pada pusingan sebelumnya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Belibis replied at 17-2-2021 11:24 AM
Ni ada kat utube.laju macam F1.elok la ke alam barzakh.
mamajawie replied at 17-2-2021 11:59 AM
mana link youtube tu?share la link
merrissa replied at 17-2-2021 12:02 PM
taip je kat youtube Raybe Oh...terus jumpa
ADVERTISEMENT