CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa pengeluaran KWSP selamatkan Malaysia dan kerajaan

17-2-2021 04:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2662| Komen: 8



Minggu lalu kerajaan memansuhkan semua syarat bagi pengeluaran akaun pertama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Sinar. Keputusan yang dijangka itu menggembirakan banyak pihak termasuk mereka yang tidak terkesan dengan pandemik Covid-19.

Banyak pihak termasuk parti politik dan pencarum sudah lama mendesak kerajaan memudahkan pengeluaran daripada KWSP. Akhirnya kerajaan tunduk kepada kehendak majoriti. Tetapi keputusan itu bukan hanya disebabkan tekanan banyak pihak.

Kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan. Ekonomi negara telah sampai ke peringkat ia memerlukan suntikan modal tanpa kerajaan perlu berbelanja atau berhutang besar. Penyusutan ekonomi lebih buruk pada 2020 daripada unjuran memudahkan keputusan pengeluaran besar-besaran KWSP.


Keluaran Da-lam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu menyusut 5.6 pe-ratus, catatan te-rendah sejak penyusutan 7.4 peratus pada 1998.

Penyusutan itu lebih tinggi berbanding unjuran 3.5 hingga 5.5 peratus. Pertumbuhan KDNK untuk suku keempat 2020 jatuh kepa-da 3.4 peratus, lebih buruk berbanding 2.7 peratus pada suku ketiga dan -17.1 peratus pada suku kedua. Pemulihan tidak menjadi kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).

Lockdown pada suku terakhir tahun lalu memusnahkan permintaan, sekali gus mengheret ekonomi negara.

PKP sekarang akan menyebabkan ekonomi negara kekal negatif dengan penyusutan sekitar 4 peratus. Ekonomi Malaysia jika tanpa sebarang insentif lebih RM350 bilion yang diumumkan kerajaan sepatutnya susut sehingga -9.6 peratus tahun lalu berbanding -5.6 peratus.

Tetapi harus diingat daripada jumlah lebih RM350 bilion itu, hampir RM82 bilion wang moratorium pinjaman yang mana ia wang rakyat. Lebih kurang RM10 bilion dijana menerusi pengurangan caruman wajib KWSP daripada 11 peratus kepada tujuh peratus. Itu tidak termasuk skim pengeluaran i-Lestari yang juga simpanan rakyat.

Persoalannya adakah kerajaan mampu berbelanja besar tahun ini terutama dengan kadar pengangguran kembali mencecah 772,900 orang atau 4.8 peratus pada Disember 2020? Kebanyakan industri dijangka mengecilkan kakitangan dalam beberapa bulan ini kerana PKP 2.0. Jadi tanpa perlu berbelanja besar, jalan paling mudah “mencairkan” simpanan KWSP pencarum.

Jika 10 juta daripada 14.6 juta ahli KWSP membuat pengeluaran minima RM10,000, itu bermakna RM100 bilion akan memasuki ekonomi negara. Jika jumah itu digandakan, ia bermakna RM200 bilion menjana ekonomi tanpa kerajaan membuat suntikan modal.

Dengan cara ini, mereka yang terkesan atau tidak dengan Covid-19 dapat mengeluarakan wang menyokong pelbagai kegiatan ekonomi. Jika RM200 bilion disuntik ke dalam ekonomi, itu dapat menjana kira-kira dua peratus pertumbuhan KDNK tanpa kerajaan perlu mengeluarkan wang atau meningkat defisit.

Pada akhir krisis ini, kita akan lihat ke belakang dan mendapati rakyat telah berkorban menyelamatkan negara. Kita mungkin cuba melakarkan lukisan seperti Monalisa tetapi ia tidak mungkin seindah yang asli.




Sumber: Utusan



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 17-2-2021 06:56 AM
Alhamdulillah la ada isinar, dpt keluarkan duit utk mcm2 kegunaan..  rakyat gak yg bantu selamatkan negara..
Quote noor2 17-2-2021 08:01 AM
Sekarang ni duk tunggu dividen kwsp ....bulan Mac biasanya kan...
Quote Abahmung 17-2-2021 08:57 AM
Jika 10 juta daripada 14.6 juta ahli KWSP membuat pengeluaran minima RM10,000, itu bermakna RM100 bilion akan memasuki ekonomi negara. Jika jumah itu digandakan, ia bermakna RM200 bilion menjana ekonomi tanpa kerajaan membuat suntikan modal.



duit rakyat gak yg selamatkan Msia..
Quote Eliadaisy83 17-2-2021 09:26 AM
Dr awal taknak pula midin mansuhkan syarat ni..dah kena tekan baru ada akal..
Quote pu3_rania 17-2-2021 01:58 PM
Sampai sekarang masih tak selesai masalah pasal pending approval utk group yang mohon 25/1 & 26/ sedangkan yang mohon beberapa hari lepas dah approved
Macam SAMPH cara pemprosesan KWSP
Lagi satu hal, vendor manalah KWSP dah guna sistem depa yang HAUK sangat
Quote Boomibulat 17-2-2021 01:59 PM
Alhamdulillah..dpt la bayar mana yg tertunggak..
Quote stinger.baik 17-2-2021 02:23 PM
lwk tol bila ada tongong buta ekonomi bg komen dlm thread ni acah2 dia power

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote silencekiller 17-2-2021 03:17 PM
hujung2.. duit rakyat masa tua juga kena jarah kununnn utk selamatkan negara... duit KERAjaan buat apa?? dewan buleh buat... project billion2 buleh bagi kat menantu... pak2 menteri & MP masih dapat gaji penuh + elaun...

Bodoh betoi KERAjaan abahcow ni.. tak reti or clueless tu letak jawatan laa dari menyusahkan rakyat marhaen... masa muda kuat buleh bekerja.. masa tua ... mampu kaa nak buat kerja macam2... bodoh sekoq2..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052724 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top