CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Itu Budaya Kafir," -Gara-Gara Ucapan Hari Valentine Untuk Isteri, Edika Yusof Ditegur

16-2-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4063| Komen: 16

Baru-baru ini, pelakon Edika Yusof ada menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan sambutan hari kekasih atau lebih sinonim dengan panggilan Valentines Day.

Jelas Edika, dia akan sentiasa menyayangi isterinya itu bukan sahaja ketika Hari Valentines tetapi juga untuk selama-lamanya.

Malah, Edika turut menyifatkan kejayaan hidupnya selama ini banyak didorang oleh rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya itu.


Foto: IG

“I love you dis Valentine’s Day and always! I am a successful man because I love an incredible woman who always believes in me.

“You bring out my best, and your love completes me. Happy Valentine’s Day! 18th,” tulisnya.




Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Mencari Kiblat itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram.

Bagaimanapun, entri berkenaan nyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang menyifatkan seseorang muslim tidak sepatutnya menyambut hari tersebut.

“Mintak maaf dalam Islam tidak ada hari Valentines day itu budaya orang kafir yang memperingati kematian sepasang kekasih iaitu Valentines dan kekasihnya mati bunuh diri pada 14 Februari,” jelasnya.



Melihat komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Edika;

“Terserah niat masing-masing. Kita tak ikut mereka kita just cara kita, InsyaAllah,” balasnya.



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Edika seorang yang sangat romantis selain turut mendoakan agar rumah tangganya akan berkekalan sampai bila-bila.

Untuk rekod, Edika dan isterinya, Nor Hidayah Yusri telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Januari 2003.



Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 16-2-2021 09:29 AM
helok2 anak heols , dah mak pak pun helok. tetiber teringat buaya2 di mesia syuk, tikus bendang tauke yucks turn off terus
Quote Nenasketum 16-2-2021 09:48 AM
Alaaah, nak berkasih sayang ngan bini pun salah. Ada founder sengal kissing mulut adik angkat lelaki dia boleh plak, siap kepiah atas kepala lagi.
Quote LadyCarefree 16-2-2021 10:15 AM
Dah 2021 pun masih ada yg xfaham. Valentines Day ni dah berzaman no longer a religious event. Siapa je wish sambil dok fikir pasal St Valentine ke apa ke. Kot wish bini masa valentines terus jd murtad kah?
Quote Nana_Man 16-2-2021 10:41 AM
So wat dia nk wish wish happy valentines day. Biar lah. At least sebagai lelaki muslim, dia dah tunjuk sifat tanggungjawab sbgi seorang suami. Tak mcm yg acah3 muslim warak tapi nafkah kt bini sesen pun tak bagi.
Quote Kurex 16-2-2021 10:43 AM
Makin tua makin helokkkkk
Quote lonely_classic 16-2-2021 11:07 AM
At least dia ni tak abaikan wife dia yang handiccaped
Quote MontanaHannah 16-2-2021 11:11 AM
Entahlah

kita ni adakala nak Islam sangat

di waktu yg lain ke zouk pula bersama keluarga.

Fikir fikir kanlah
Quote MontanaHannah 16-2-2021 11:13 AM
Aku pun dapat  ucapan " U are my Valentine"...
aku minta LV sebiji


dajjei apa sekadar ucapan tp  LV xde ,hawing sebiji

bab cinta kita cakap kemudian

Quote lovelytouch 16-2-2021 11:20 AM
Nenasketum replied at 16-2-2021 09:48 AM
Alaaah, nak berkasih sayang ngan bini pun salah. Ada founder sengal kissing mulut adik angkat lelaki ...

Boleh amendenye uolsss dah kena report polis akaun kena block yacchh
Quote stinger.baik 16-2-2021 09:19 PM
valentine dngn bini bkn kapir la ngok

tu nafkah zahir dan batin ngok

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote monsterwife 17-2-2021 07:29 PM
Ucapan ok kot janji bukan celebrate xmas acah2 urban sbb kwn anak celebrate jgk
Quote namieamuro 18-2-2021 10:30 AM
argh sibuk la acik netizen tu. at least die sanggup bersame dgn isteri die yg sakit. susah senang bersame. bkn mcm playboya mcm shuk ke tauke ke
Quote salimrock 18-2-2021 10:44 AM
Nenasketum replied at 16-2-2021 09:48 AM
Alaaah, nak berkasih sayang ngan bini pun salah. Ada founder sengal kissing mulut adik angkat lelaki ...

janji pakai kopiah noks...


sama la juga cam gambar tiktok pakai baju ketat kt tetek tu, janji tudung noks....
Quote akuman1981 19-2-2021 11:51 AM
kenapa tak all out je kata m'sia ni negara islam. haram ada kdai jual arak, judi, kuil, gereja, disco. fon dari china haram sebab china sana zalimi uyghur
Quote Nenasketum 19-2-2021 12:03 PM
Ek eleeeeh, what a bunch of hypocrites. Yang fb, IG, Tik Tok tu Sultan Salman ke buat?
Quote KIM.K 19-2-2021 01:03 PM
Dia tu lagi mulia dari sesetengah muslim. Biarlah nak wish cinta hujung nyawa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039336 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top