CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati Kering Sungguh, Curi Cincin Kekasih Untuk Lamar Wanita Lain

16-2-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1356| Komen: 1

Washington: Seorang lelaki memang 'berhati kering' apabila tergamak mencuri cincin milik teman wanitanya demi melamar gadis lain.

Tindakan lelaki itu, Joseph Davis, 48, akhirnya memakan diri apabila ditahan polis kerana mencuri cincin wanita itu.


New York Post melaporkan Pejabat Sherif Volusia County memaklumkan lelaki itu yang juga bekas banduan mengenali kedua-dua mangsa menerusi laman web cari jodoh, OKCupid.

Suspek menggunakan dua nama iaitu Joe Brown dan Marcus Brown untuk memikat kedua-dua mangsa.

Joseph Davis, Foto: Agensi

Jurucakap pihak berkuasa berkata, wanita pertama tinggal di Orange City dan sudah menjalin hubungan dengan Davis sejak 2015.


Wanita pertama itu mengetahui 'tembelang' lelaki itu apabila mengetahui Davis sudah bertunang dengan perempuan lain apabila melihat satu gambar di Facebook.

Lebih malang, pada gambar itu, dia melihat wanita berkenaan memakai cincin miliknya.

Barang kemas itu adalah cincin pertunangan yang dimilikinya menerusi perkahwinan terdahulu.

Dia kemudian memeriksa kotak perhiasannya sebelum mendapati cincin dan barang kemas lain dianggarkan berjumlah AS$6,270 (RM25,327), hilang.

Susulan kejadian, wanita pertama itu menghubungi tunang Davis yang tinggal di Orlando.

Wanita kedua itu yang mengakui berkenalan dengan lelaki terbabit pada 2016 juga kemudian mendapati komputer riba dan perhiasannya, hilang.

Mereka kemudian melaporkan kejadian kepada polis dan Davis masih gagal dikesan selepas melarikan diri.

Berdasarkan rekod polis, dia mempunyai rekod kesalahan lampau dan dikehendaki untuk pelbagai kesalahan termasuk kes langgar lari dan dadah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 16-2-2021 10:31 AM
duit tak ada

tapi hati ingin taweeeeeeeeen

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.028250 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top