Mengesan Suspek Samun Kedai Emas Tomei Di Kompleks Danau Kota Kuala Lumpur. Nama: NORENA BINTI LAMUDDIN @ HASNAH BINTI HASSAN (Filipina) Umur: 27 Tahun Alamat : Kampung Lambitan, Filipina. Lanjutan daripada tangkapan ke atas suspek utama berkaitan kes ini pada 3/11/2013 jam 0730 pagi bersama rakannya seorang (L) warganegara Filipina di LCCT, Sepang. Siasatan mendapati kedua-dua lelaki ini memiliki kad pengenalan milik orang lain yang telah dipalsukan. Berdasarkan siasatan pihak polis menunjukkan kedua-dua mereka ingin berlepas ke Sabah melalui LCCT untuk pulang ke Filipina. Pada peringkat ini, polis hanya menemui semula sebanyak 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun oleh suspek. Polis mengesyaki barang kemas tersebut telah diserahkan kepada teman wanita suspek yang dikenali dengan nama NORENA BINTI LAMUDDIN @ HASNAH BINTI HASSAN, berumur 27 tahun berasal dari Lambitan, Filipina. Sehubungan dengan itu pihak polis meminta bantuan sesiapa yang mengenali atau pernah melihat wanita berkenaan seperti gambar yang diedar untuk tampil memberikan kerjasama atau suspek (wanita berkenaan) tampil di mana-mana balai yang berdekatan bagi membantu siasatan. Pihak polis juga memberi peringatan kepada mana-mana orang ramai, peniaga pajak gadai, kedai emas atau pembeli barang kemas yang didatangi wanita ini tampil memberi maklumat bagi membantu mengesan barang-barang kemas terbabit. Pihak polis juga memberi amaran kepada mereka yang membeli atau memiliki barang kemas tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan,iaitu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun atau boleh didenda. Bagi mereka yang terbabit membeli barang kemas adalah dianggap telah menjalankan perniagaan yang merupakan harta curi di bawah kesalahan Seksyen 413 Kanun Keseksaan iaitu suatu kesalahan yang boleh dihukum pemenjaraan selama 20 tahun dan didenda.
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan gambar teman wanita, suspek utama yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes samun kedai emas membabitkan seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Setapak, Khamis lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, wanita yang dikenali sebagai Norena Lamuddin @ Hasnah Hassan, berusia 27 tahun, dipercayai bergerak dengan menggunakan kad pengenalan palsu. “Wanita berasal dari Lambitan, Filipina itu kini diburu kerana menyimpan 83 utas rantai emas yang dilarikan suspek utama dari kedai emas terbabit. Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya menemui 10 utas rantai emas selepas menangkap dua individu, termasuk suspek utama, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Ahad lalu. “Orang ramai yang mengenali wanita berkenaan diminta tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. Pihaknya percaya wanita berkenaan masih berada di Lembah Klang," katanya. Sebelum ini, polis menahan seorang penyelia sebuah syarikat keselamatan berusia 51 tahun dan rakan kepada suspek utama, berusia 32 tahun, dalam serbuan di rumah masing-masing di Shah Alam dan Sentul. |
9
Bagus |
10
Marah |
5
Terkejut |
3
Sedih |
11
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
annehuda posted on 6-11-2013 08:22 PM
camne die merompak tu??? mcm tak tercapai plak akalku muka cun lemah lembut mcm ni perompak rupenye
annehuda posted on 6-11-2013 08:22 PM
camne die merompak tu??? mcm tak tercapai plak akalku muka cun lemah lembut mcm ni perompak rupenye
Polis mengesyaki barang kemas tersebut telah diserahkan kepada teman wanita suspek yang dikenali dengan nama NORENA BINTI LAMUDDIN @ HASNAH BINTI HASSAN, berumur 27 tahun berasal dari Lambitan, Filipina.
boyagombak posted on 6-11-2013 08:32 PM
Pompuan tu x merompak, dia cuma girlfriend siperampok. Dia disyaki bawak lari 90 utas dari 100 uta ...
annehuda posted on 6-11-2013 08:22 PM
camne die merompak tu??? mcm tak tercapai plak akalku muka cun lemah lembut mcm ni perompak rupenye
ADVERTISEMENT