CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4318|Reply: 21

[Jenayah] Betina Pinoy dicari PDRM...!

[Copy link]
Post time 6-11-2013 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Mengesan Suspek Samun Kedai Emas Tomei Di Kompleks Danau Kota Kuala Lumpur.




Nama: NORENA BINTI LAMUDDIN @ HASNAH BINTI HASSAN (Filipina)

Umur: 27 Tahun

Alamat : Kampung Lambitan, Filipina.

Lanjutan daripada tangkapan ke atas suspek utama berkaitan kes ini pada 3/11/2013 jam 0730 pagi bersama rakannya seorang (L) warganegara Filipina di LCCT, Sepang. Siasatan mendapati kedua-dua lelaki ini memiliki kad pengenalan milik orang lain yang telah dipalsukan.

Berdasarkan siasatan pihak polis menunjukkan kedua-dua mereka ingin berlepas ke Sabah melalui LCCT untuk pulang ke Filipina. Pada peringkat ini, polis hanya menemui semula sebanyak 10 utas daripada 100 barang kemas yang telah disamun oleh suspek. Polis mengesyaki barang kemas tersebut telah diserahkan kepada teman wanita suspek yang dikenali dengan nama NORENA BINTI LAMUDDIN @ HASNAH BINTI HASSAN, berumur 27 tahun berasal dari Lambitan, Filipina.

Sehubungan dengan itu pihak polis meminta bantuan sesiapa yang mengenali atau pernah melihat wanita berkenaan seperti gambar yang diedar untuk tampil memberikan kerjasama atau suspek (wanita berkenaan) tampil di mana-mana balai yang berdekatan bagi membantu siasatan.

Pihak polis juga memberi peringatan kepada mana-mana orang ramai, peniaga pajak gadai, kedai emas atau pembeli barang kemas yang didatangi wanita ini tampil memberi maklumat bagi membantu mengesan barang-barang kemas terbabit. Pihak polis juga memberi amaran kepada mereka yang membeli atau memiliki barang kemas tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan,iaitu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 5 tahun atau boleh didenda.

Bagi mereka yang terbabit membeli barang kemas adalah dianggap telah menjalankan perniagaan yang merupakan harta curi di bawah kesalahan Seksyen 413 Kanun Keseksaan iaitu suatu kesalahan yang boleh dihukum pemenjaraan selama 20 tahun dan didenda.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=572123052842241


sila tembak sampai mampus.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 06:41 PM | Show all posts
suluk betina ke ni? entah2 dah selamat sampai kat pilipin.
diharap yg jantan nya ~dibelai~ cukup2 dlm jel

Go PDRM, go
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2013 07:55 PM | Show all posts
beribu-ribu tania.....!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:22 PM | Show all posts
camne die merompak tu??? mcm tak tercapai plak akalku muka cun lemah lembut mcm ni perompak rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:29 PM | Show all posts
annehuda posted on 6-11-2013 08:22 PM
camne die merompak tu??? mcm tak tercapai plak akalku muka cun lemah lembut mcm ni perompak rupenye

?cun?



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:31 PM | Show all posts
rompak2 hasil keluaran msia pastu  gunakannya utk subsidized suluk punya army menentang msia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2013 08:31 PM | Show all posts
TOPwind posted on 6-11-2013 08:29 PM
?cun?

agak cun la jugak. bkn muka tipikal bibik indon

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:32 PM | Show all posts
annehuda posted on 6-11-2013 08:22 PM
camne die merompak tu??? mcm tak tercapai plak akalku muka cun lemah lembut mcm ni perompak rupenye
Polis mengesyaki barang kemas tersebut telah diserahkan kepada teman wanita suspek yang dikenali dengan nama NORENA BINTI LAMUDDIN @ HASNAH BINTI HASSAN, berumur 27 tahun berasal dari Lambitan, Filipina.
Pompuan tu x merompak, dia cuma girlfriend siperampok. Dia disyaki bawak lari 90 utas dari 100 utas barang kemas yg dirampok

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 08:34 PM | Show all posts
boyagombak posted on 6-11-2013 08:32 PM
Pompuan tu x merompak, dia cuma girlfriend siperampok. Dia disyaki bawak lari 90 utas dari 100 uta ...

oh rupenye die merompak boypren die yg perompak tu lah maknenye

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:34 PM | Show all posts
annehuda posted on 6-11-2013 08:22 PM
camne die merompak tu??? mcm tak tercapai plak akalku muka cun lemah lembut mcm ni perompak rupenye

dia x merompak.. dia awek kepada perompak@pak guard yang merompak kedai emas
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:36 PM | Show all posts
annehuda posted on 6-11-2013 08:31 PM
agak cun la jugak. bkn muka tipikal bibik indon

dah guna cermin mata tebal ni
tapi....emmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:44 PM | Show all posts
Ada Madey kisah...

Penyangak2 ni dah mula wat onar kat Semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:47 PM | Show all posts
muka kemek hidung pesek dikata cun...

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:47 PM | Show all posts
so kasila IC lagi kat pinoy...janji BN menang occay
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:51 PM | Show all posts
Boleh tahan lawa jugak la ahkak pinoy ni, tapi muka lakinya hazab tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 08:59 PM | Show all posts
ni mesti hugie kata melayu ni
sebab nama melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 09:00 PM | Show all posts
dapat IC free cmna ni yer?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 09:01 PM | Show all posts
pernah jumpa dia ni kat Mabul, pakai mini pario lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 02:42 PM | Show all posts
macam-macam la
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 04:07 PM | Show all posts
wah teman wanita je yg dpt dicari? xde gmbr tuan yg merompak tu ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.097090 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list