CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemandu Lori Dipenjara 33 Tahun Lacur Anak Bini

10-2-2021 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3250| Komen: 13

Bekas pemandu lori berusia 44 tahun dipenjara selama 33 tahun atas kesalahan melacurkan isteri dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada 11 Julai tahun lalu.



Gambar hiasan

“Seorang wanita telah membuat laporan polis memberitahu anak saudaranya telah dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandungnya.

“Siasatan lanjut kemudian tuut mendapati yang lelaki tersebut telah melacurkan isterinya yang juga seorang jurujual di sebuah pasar raya yang berusia 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Zaid, suspek kemudian disiasat di bawah pada 8 Februari lalu, suspek telah mengaku bersalah di atas kesalahan yang dilakukan.

Ujarnya, Hakim Mahkamah Seksyen Klang (ATIPSOM) menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dari tarikh tangkap dan RM10,000 pampasan atas kesalahan melacurkan isteri dan sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara akan dijatuhkan.


“Bagi kesalahan melacurkan anak, hukuman 18 tahun penjara dari tarikh tangkap dan bayaran RM10,000 ribu pampasan. Sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara turut dijatuhkan.

“Kedua-dua hukuman akan dijalankan secara berasingan yang menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 33 tahun dan pampasan berjumalah RM20,000,” katanya.

Jelasnya, orang ramai diseru untuk terus melaporkan kepada pihak polis berhubung kejadian sebegini agar pesalah-pesalah ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya .

Tambahnya, perlakuan jenayah atas kesalahan  Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) merupakan kesalahan yang serius dan akan diambil tindakan yang tegas disisi undang-undang. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rachel_Green 10-2-2021 01:57 PM
gamak yer...orang kawin ko pon gedik nak kahwin...
Quote Skuau 10-2-2021 02:37 PM
apa kesudahan kes 2 beradik yg  'dilacur' mak drng kat bangla???(kes:taun 2017).
Quote Zazama 10-2-2021 03:38 PM
Tergamaknya dia!!!
Quote gorjeous 10-2-2021 04:26 PM
alhamdullilah..
Quote batusembilan 10-2-2021 04:47 PM
kesian. dh le suami dan bapa yg dayus sbb bg org lain mentekedarah bini dan anak sendiri.

masuk penjara lagi.........hina dh mcm binatang.

yg mentekedarah anak bini dia mcmn? terlepas? sedap byk laaa
Quote notM 10-2-2021 05:24 PM
Melayu ke?
Quote helicornia 10-2-2021 11:43 PM
pasaraya tu yg umo 38 tahun ye
so bini dia umo berapa? iols tk mau tau umo pasaraya
Quote notM 10-2-2021 11:50 PM
Skuau replied at 10-2-2021 02:37 PM
apa kesudahan kes 2 beradik yg  'dilacur' mak drng kat bangla???(kes:taun 2017).

Kes kat Kedah ada jugak....dia lacurkan Bini dia pada Bangla.
Quote Ain_h 12-2-2021 09:57 AM
Semoga berubah
Quote Decaffeinated 12-2-2021 04:22 PM
Takde ka bini yang nak lacur kan suami?
Quote farhani87 12-2-2021 11:40 PM
Binatang betul lahh.
Quote Buritan 13-2-2021 10:20 AM
Rachel_Green replied at 10-2-2021 01:57 PM
gamak yer...orang kawin ko pon gedik nak kahwin...

Kerat aje telo tuu.. jd mcm kucing aku.. aman hidup kucing aku lps kerat telo..makin comel ade laa..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.099286 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top