|
View: 2392|Reply: 12
|
Bekas Pemandu Lori Dipenjara 33 Tahun Lacur Anak Bini
[Copy link]
|
|
|
Bekas pemandu lori berusia 44 tahun dipenjara selama 33 tahun atas kesalahan melacurkan isteri dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada 11 Julai tahun lalu.
 Gambar hiasan
“Seorang wanita telah membuat laporan polis memberitahu anak saudaranya telah dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandungnya.
“Siasatan lanjut kemudian tuut mendapati yang lelaki tersebut telah melacurkan isterinya yang juga seorang jurujual di sebuah pasar raya yang berusia 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohd. Zaid, suspek kemudian disiasat di bawah pada 8 Februari lalu, suspek telah mengaku bersalah di atas kesalahan yang dilakukan.
Ujarnya, Hakim Mahkamah Seksyen Klang (ATIPSOM) menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dari tarikh tangkap dan RM10,000 pampasan atas kesalahan melacurkan isteri dan sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara akan dijatuhkan.
“Bagi kesalahan melacurkan anak, hukuman 18 tahun penjara dari tarikh tangkap dan bayaran RM10,000 ribu pampasan. Sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara turut dijatuhkan.
“Kedua-dua hukuman akan dijalankan secara berasingan yang menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 33 tahun dan pampasan berjumalah RM20,000,” katanya.
Jelasnya, orang ramai diseru untuk terus melaporkan kepada pihak polis berhubung kejadian sebegini agar pesalah-pesalah ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya .
Tambahnya, perlakuan jenayah atas kesalahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) merupakan kesalahan yang serius dan akan diambil tindakan yang tegas disisi undang-undang.
Sumber: Suara Merdeka |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gamak yer...orang kawin ko pon gedik nak kahwin... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa kesudahan kes 2 beradik yg 'dilacur' mak drng kat bangla???(kes:taun 2017). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian. dh le suami dan bapa yg dayus sbb bg org lain mentekedarah bini dan anak sendiri.
masuk penjara lagi.........hina dh mcm binatang.
yg mentekedarah anak bini dia mcmn? terlepas? sedap byk laaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pasaraya tu yg umo 38 tahun ye
so bini dia umo berapa? iols tk mau tau umo pasaraya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 10-2-2021 02:37 PM
apa kesudahan kes 2 beradik yg 'dilacur' mak drng kat bangla???(kes:taun 2017).
Kes kat Kedah ada jugak....dia lacurkan Bini dia pada Bangla. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde ka bini yang nak lacur kan suami?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rachel_Green replied at 10-2-2021 01:57 PM
gamak yer...orang kawin ko pon gedik nak kahwin...
Kerat aje telo tuu.. jd mcm kucing aku.. aman hidup kucing aku lps kerat telo..makin comel ade laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|