|
Penyanyi dan pelakon, Erul Samah berdepan kecaman dan sindiran netizen apabila dilihat kerap kali meninggalkan komen di Instagram ramai selebriti termasuk Instagram RAP Harian Metro, @myhmrap.
Erul ketika dihubungi berkata, akaun Instagram miliknya itu dikendalikan dia bersama adiknya. Namun, dia tidak menyangka adiknya akan melakukan tindakan agresif dengan meninggalkan komen di pelbagai Instagram milik orang lain. "Jadi, orang ingat saya yang menulis komen itu. Sebenarnya bukan saya, tapi adik saya sebab dia juga mengendalikan Instagram saya. Jadi, saya tak tahu dia menjadi agresif dengan meninggalkan komen di banyak tempat," katanya kepada Harian Metro. Menurut Erul, melihatkan situasi yang sudah berlaku, dia akan meneruskan apa yang dirasakan tepat untuk dilakukan. "Saya akan ikut saja sebab benda pun dah jadi. Nak berhenti pun, orang dah bercakap dan kecam macam-macam. Kalau saya komen, mereka cakap macam-macam. Bila saya tak komen, ada yang cakap mereka rindukan saya pula. Jadi, saya ikut saja mana-mana yang betul dan sepatutnya," katanya yang akan melancarkan single terbaru berjudul Tak Bisa hujung bulan ini.
Sumber: Harian Metro |

Sumpah x tau drama ape berlakon,lagu ape die nyanyi.Bekas pelajar AF je kan tpi bio kat IG macam2.Ke meols yg tertinggal train die ade kuar produk?Lantak ko la labu.Ingt meols sorg je notice pasal ni rupenye ramai lagi.



ADVERTISEMENT