CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Libatkan Dia, Semua Salah Saya" - Aiman Tino

9-2-2021 11:18 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 19041| Komen: 101|Original author: Oleh: LilRose

Sungguh mengejutkan apabila ibu Aiman Tino mendakwa penyanyi itu sudah berubah hingga melupakan keluarga akibat dikongkong seorang wanita dikenali sebagai Farah.

Tidak berdiam diri, Aiman tampil menjelaskan situasi sebenar.



Kredit foto: IG

Katanya, semua yang berlaku antara dia dan ibunya, Hazelina Mat Jalil adalah salah faham.

"Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

"Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.

"Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan... Sampai mereka boleh fikir macam-macam," katanya kepada Berita Harian.


Sedar sikapnya itu mendatangkan masalah kepada keluarga, dia segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan konflik itu.

Dia juga sedar membuat ibu bapanya risau dengan sikap sambil lewanya itu dan berharap dapat berubah demi kebaikan bagi mengelak menyusahkan orang lain.

Justeru, dia menegaskan salah faham itu berpunca dari silapnya sendiri dan menggesa semua pihak berhenti menyalahkan orang luar terutama Farah.



Kredit foto: IG

Sebelum ini, kecoh apabila ibu Aiman memuat naik status terkilan di Instastory dengan anaknya yang sukar dihubungi hingga mengganggu urusan membabitkan kariernyakerana dikongkong wanita didakwa kekasihnya. - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-2-2021 11:24 AM
Bila nak buat video cikcap lagi?
Quote umbut 9-2-2021 11:38 AM
Yg pompuan knp nak kongkong... nak soh perap dlm bilik ngadap ko 24 jam ke
Quote salmon-suki 9-2-2021 11:40 AM
Bila org tua meroyan kt socmed,xmanis makcik oittt..dah ler bukak aib anak sendiri..c eman ni ckp tabiat dr dlu lewat reply,or x angkt call,xkn laa makcik xfaham perangai anak mcm mana?nmpk sgt kongkong kuat makcik nih..

Simpan jah eman tu kt rumah yee makcik..xyah bg keluar dah..kalau bg keluar nti,hilang plak..meroyan plak macik~{:smile
Quote missHaidiD 9-2-2021 11:48 AM
Duk eman pegi le bgtau kt telinga mak ko tu.  Jgn pesan kt netizen.  Mak ko yg meroyan konon ank jntannya disembunyikan oleh gelpren
Quote helicornia 9-2-2021 11:49 AM
dh jadi macam mak sufi lak
sbb tu hodoh klu org tua main socmed ni.tk reti etika.main meroyan je
Quote KelisaSilver 9-2-2021 12:07 PM
mcm2 hal.... anak kan pemes..... BBNU
Quote makadek 9-2-2021 12:10 PM
Baik beking man..sdp sgt ke afam tu
Quote JalaEmas 9-2-2021 12:12 PM
blik rumah ye dik eman.. ckp kt mak jgn sllu sgt meroyan kt medsos.. ko pn same org call wassap tu jwb jela.. menyushkn.. klau tak jgn pkai henfon ya..
Quote hotmak 9-2-2021 12:14 PM
dek eman ni duduk mana, siap boleh balik kg lg, bukan tgh pkp ke
Quote mieymiey 9-2-2021 12:15 PM
Tak manis yach masalah keluarga dicanang sana sini.
Quote Orangelily 9-2-2021 12:39 PM
mieymiey replied at 9-2-2021 12:15 PM
Tak manis yach masalah keluarga dicanang sana sini.

F4r4h s4lleh kah perempuan iteww
Quote mieymiey 9-2-2021 12:41 PM
Orangelily replied at 9-2-2021 12:39 PM
F4r4h s4lleh kah perempuan iteww

Katanya Farah Hanis
Quote azimodin 9-2-2021 12:42 PM
Iouls pon sejenis lambat balas wassap, lambat angkat call tapi biasanya bila omak yg call iouls cecepat angkat. Karang kene sumpah jadi mangkuk tingkat pulak. Adik eman kenapa jadi begini, balik la dik eman
Quote idril 9-2-2021 12:45 PM
nama farah ni mmg slalu kongkong bf ke? tanya je.......
mak nya pun 1, mmg buruk ya org tua main ig
Quote Orangelily 9-2-2021 12:45 PM

Oic...tq mieymiey
Quote teen_angelJB 9-2-2021 12:52 PM
Mak...tooooo rempit la u..
Ko mak kot..jaga la sikit maruah tu...
Pening aku kalau mak.rempit cmni la..
Quote kucingitam 9-2-2021 01:00 PM
ko tinggal 10km radius dr rumah mak ko ke eman... kalau lebih, ko kena bagitau mak ko ler...pkp..mana boleh balik2 kg..
Quote True-X 9-2-2021 01:03 PM
bape umur mak aiman ni.. nampak mcm baya2 aku je...

aku fefeeling muda lagi.. hahahha
Quote slyfynx 9-2-2021 01:04 PM
Whatever la man oi.
Zaman ko dah berlalu

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068561 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top